"Kita harus menolong untuk menyelamatkan erm--ouh siapa nama dia?"ujar jeonghan sambil cuba untuk ingat kembali nama yang setahu dia putera terkecil di antara mereka.Sekarang hanya ada mereka berdua belas sahaja di situ raja daripada tadi dah pergi kerana harus menyelesaikan sesuatu.
"Chan"
"Ouh ya ichan!"ujar jeonghan sambil tersenyum kerana telah mengingat kembali nama itu padahal jisoo yang memberitahu kepadanya.
"Nama dia chan"
"Ah iya ichan"malas mahu bergaduh dengan lelaki yang berada di depan dia sekarang dia hanya mengeluh malas lalu menganguk.
"Aku setuju kita harus menolong untuk selamatkan dia"kata jisoo.Yang lain hanya terdiam seperti sedang berfikir.
"Kenapa? Aku malas lah"ujar soonyoung sambil menyilangkan kedua belah tangannya ke belakang.Seokmin mengganguk.
"Itukan kerja kerajaan dan pengawal lagi satu memang kita boleh masuk campur?"ujar seokmin dengan kening sebelah kanan yang ternaik sedikit sambil melihat ke arah jisoo.Jisoo terdiam manakala jeonghan tersenyum miring.
"Ouh soal itu jangan risau aku tahu apa yang akan aku lakukan kepada raja"kata jeonghan dengan raut muka yang nakal.Mereka semua menatap jeonghan ngeri kecuali minghao dan wonwoo yang seperti sudah agak apa idea jeonghan itu dan tahu yang berdua pasti akan terlibat sekali.Seungcheol menatap ke arah jeonghan dengan muka sedikit berasa ingin tahu dengan apa yang akan dia lakukan lalu bertanya.
"Apa yang akan kau lakukan?"
"Dah tentu lah dengan me--"kata-kata jeonghan terpotong apabila seungkwan tiba-tiba sahaja memotong percakapan dia dan terus berdiri melihat ke arah jeonghan dengan mulut yang membulat.
"Kau mahu menggoda raja!"
Pakk!
Jihoon terus memukul kepala seungkwan.Manakala seungkwan meringis menahan sakit kerana di pukul oleh jihoon.
"Aw! Aw! Hyung sakitlah"marah seungkwan sambil memuncungkan bibirnya dan menatap jihoon dengan wajah yang tidak berpuas hati.
"Lain kali jangan potong cakap orang lain"kata jihoon.Seungkwan dengan mulut yang masih memuncung melihat ke arah sekeliling dia.Ya semua orang yang berada di situ menatap ke arahnya datar lagi-lagi jeonghan melihat ke arah seungkwan seperti mahu menelan dia saja.Dia tersengeh kekok lalu perlahan-lahan duduk kembali di atas kerusi itu.
"Ehe sambunglah tak baik tau tengok-tengok orang oho malu lah saya"mereka hanya menggulingkan mata ke atas dan memilih untuk abaikan seungkwan dan menatap kembali ke arah jeonghan.
"Silakan sambung?"
"Ouh--ya! Aku akan me--"
"Kami akan menggoda raja"kalini bukan seungkwan yang memotong jeonghan tetapi wonwoo yang kelihatan tenang sahaja.
"Ya betul tu! Eh--tunggu! Bukan itulah maksudku!"marah jeonghan kenapa manusia-manusia di sini suka sangat memotong cakap orang.Wonwoo menatap ke arah jeonghan pelik.
"Bukan menggoda?"jeonghan menggeleng.Belum sempat wonwoo mahu bercakap minghao telah memotongnya.
"Kami akan memujuk raja"
"Kau memang pandai minghao"
•••
YOU ARE READING
ALASTIA || The Last Hope
Fantasy13 putera yang telah lama disembunyikan di dalam istana akhirnya keluar untuk menjalankan misi mereka.Iaitu menjaga dan memastikan kerajaan ALASTIA sentiasa berada di dalam keadaan yang baik daripada ancaman musuh. Tapi mereka yang selalu sangat ber...