AISKRIM : BAB SATU

11 0 0
                                    

BUNYI KETIKAN KOMPUTER RIBA MEMENUHI SEGENAP RUANG SUNYI. Melakukan kerja dalam posisi duduk selama beberapa jam , jelas membuatkan leher ku pegal.

"Save." Jari laju mencari button shut down untuk menamatkan tugas yang panjang dan memenatkan pada hari ini. Lega sekali kerja yang dilakukan di akhiri dengan baik. Satu pencapaian yang cemerlang untuk aku. Meneliti segenap ruang rumah yang sunyi , hanya dipenuhi dengan bunyi mesin daripada penghawa dingin , aku bangun , dan membuat sedikit regangan untuk melonggarkan urat sendi tubuh yang kian mengeras. Berjalan terus melangkah menuju kearah dapur yang hanya jauh beberapa langkah dari kedudukan asal ku lalu pintu peti ais aku buka. Penuh. Stock sebulan aiskrim coklat dari pelbagai jenama untuk aku sumbat ke dalam usus ketika waktu-waktu seperti ini. Aku memandang kesemua aiskrim yang berada di dalam peti sejuk sambil berlipat lengan. Sambil aku fikir. Sesungguhnya ini umpama membuat satu keputusan besar buat ku.

"Magnum Classic. Always my favorite." Sambil tersengih , tangan aku memanjang menggapai aiskrim yang terletak di bahagian freezer peti ais itu. Untuk memastikan aiskrim sentiasa berada di dalam keadaan , keras , sejuk pada suhu yang tepat dan sedia untuk di makan apabila plastik pembungkusan dikoyakkan. Aku buka bungkusan dengan penuh berhati-hati agar tidak memecahkan chocolate shell yang kelihatan seperti satu seni yang membaluti dan menghiasi kecantikan aiskrim itu. Rasa pahit dan manis yang seimbang , dengan cengkerang coklat yang tebal , jelas menaikkan semangat aku. Badan yang asalnya lesu kini terasa cergas. Almaklumlah , aku pernah terbaca fakta mengatakan bahawa coklat adalah komponen yang mampu merehat otot. Tetapi jika di ambil secara berlebihan , otot yang sering 'berehat' itu akan bertukar menjadi lemak.
Tetapi tidak untuk aku. Seorang gadis yang pernah menderita dan sedang berusaha untuk pulih daripada Bulimia Nervosa , Eating Disorder dan Body Dysmorphia , masakan aku akan membenarkan tubuh yang tidak lah begitu seksi , hot , kurus ini untuk naik. Tidak , tidak. Memang tidak akan aku benarkan. Setiap hari aku akan memulakan hari ku dengan sangat produktif. Bangun pagi , mengerja kan solat subuh , terus bersenam selama 20-30 minit untuk mengaktifkan kembali otot yang sering berehat. Meskipun dengan ketinggian 170cm dengan berat 49kilogram , Ianya masih terlalu berat untuk manusia yang tidak reti bersyukur seperti aku. Aku tahu dan sedar , sesiapa yang melihat figura tubuh aku pasti sahaja mereka akan menganggap yang pekerjaan aku adalah seorang model. In MY dreams. Kah!

Tidak mahu menghancurkan harapan pembaca , tetapi untuk menjadi seorang model , bukan lah cita-cita yang aku impikan. Mungkin seronok , bekerja didalam studio dan dibayar mengikut jam. Mengenakan pakaian-pakaian cantik , menjadi tumpuan kamera dan juga orang-orang yang melihat. Benar. Ianya kedengaran seronok dan indah , tetapi seperti yang aku cakap , itu bukan lah jalan dan bidang yang aku kejar.

Memerah otak adalah kerja aku. Menghadap komputer riba , berfikir untuk membuat satu kertas cadangan yang meletop , agar dapat mengaut keuntungan yang lumayan , ya, itu lah pekerjaan aku. Siap sahaja satu kertas cadangan , aku akan hantar kepada team yang akan membantu dalam membuat deal dengan para sponsors yang berpotensi untuk memberi kan kerjasama dengan event proposal yang tercetus dari buah pemikiran aku. By the way , untuk berurusan dengan orang , bukan kepakaran aku. Aku tidak pandai nak bermulut manis dengan sesiapa. Bekas teman lelaki aku juga mengatakan hal yang sama mungkin sebab itu aku dicurangi oleh semua lelaki yang pernah wujud dengan title kekasih di dalam hidup aku.

Disebabkan aku sedar dengan kekurangan diri di dalam bidang kerja yang aku pilih , aku menggajikan beberapa orang dan membentuk satu team dan mereka yang akan menyuarakan pendapat dan cadangan-cadangan yang tertulis di dalam kertas cadangan itu dan mereka juga lah yang akan keluar dan berjumpa dengan para sponsor untuk membuka hati dan dompet atau buku cek mereka untuk menyumbang kepada event yang bakal dilaksanakan. Most of the event yang di lakukan oleh syarikat kecil yang aku bentuk, alhamdulillah, berjaya. Bukan sahaja berjaya menarik sponsors dan orang ramai , malah syarikat kami juga berjaya mengaut keuntungan yang memberansangkan. Dengan rezeki dari keuntungan yang diperolehi , dapatlah aku membayar gaji para pekerja serta membeli barang keperluan dan kemahuan.

AISKRIMWhere stories live. Discover now