MUDAH CAIR. LIKAT. BERKRIM. BERPUTAR. Pelbagai bentuk. Pelbagai rasa. Pelbagai perasa. Perasa utama yang menjadi pilihan adalah coklat dan strawberry. Siapa yang tidak menggemari dua perasa utama itu? Pasti sulit untuk kita temui manusia sebegitu. Pembenci coklat? Aneh.
Dengan zaman serba canggih ini , semua manusia berpusu-pusi untuk merasai perasa aiskrim yang baharu. Samada rasa buah-buahan , atau perasa air minuman yang kita minum seperti koka kola , Pepsy dan A&M. Macam-macam perasa aiskrim sudah tercipta dizaman serba canggih ini. Bahkan aiskrim perasa Mylo juga sudah turut menguasai pasaran aiskrim Malaysia. Kopi , green tea , oh ya.. TEH AIS juga mendapat peminat nya yang tersendiri. Hahahaha. Dunia dan manusia. Keanehan mereka yang semakin menjadi-jadi. Apa-apa sahaja boleh dijadikan satu perasa yang baharu. Barangkali besi atau tanah akan digubah rasa nya untuk dijadikan sebatang aiskrim, lalu viral!
"Mencipta inovasi baharu!" Katanya. Manusia , deki mata wang , sanggup memerah akal untuk mendapatkam sekeping kertas yang mampu membeli jiwa manusia.
Aiskrim. Aiskrim adalah makanan yang dibuat daripada perasa dan beberapa bahan pemanis serta air. BANYAK pemanis...
Semesti nya itu bukan lah realiti sebenar dalam kehidupan.
Manis , pahit , masam , masin dan pelbagai lagi rasa yanh perlu ditelan ketika menempuhi kebenaran kehidupan. Bukan setakat manis sahaja. Terkadang ada yang manis. TERLALU MANIS. Tetapi ianya 'manisan' yang palsu. Manis buatan. Tak tahan lama. Ada kehidupan yang pahit , getir , namun jaja di media sosial untuk mendapat perhatian mata marhaen yang lain. Tapi mereka lupa , bahawa itu lah HIBURAN mereka ketika sedang leka menatap media sosial menggunakan gajet yang tidak lekang dek mata dan tangan.
Aku Alicia. Seorang event organizer yang agak berjaya , sudah banyak perasa kehidupan yang aku lalui. Menghadap manusia yang penuh dengan kepalsuan membuatkan aku lelah untuk bersosial atau berinteraksi dengan dunia luar. Bilangan rakan aku juga boleh dihitung menggunakan jari. Atau mungkin tiada jari yang diperlukan kerana aku percaya, aku cuma ada diri sendiri. Menikmati hidup dengan keperluan asas yang cukup , bahkan berlebihan , membuatkan aku tenang.
Bercakap soal aiskrim , aiskrim coklat ada kegemaran aku. My ultimate favorite flavor. Ramai yang tidak tahu bahawa rasa coklat ada perbezaan nya yang tersendiri. Terlalu manis , pahit , cukup rasa, dan banyak lagi. Mengeksplorasi rasa aiskrim coklat sudah menjadi salah satu aktivit kegemaran aku. Tak kisah. Jenama mahal , mahu pun murah. Coklat koko murah , atau coklat belgium yang mahal ? Akan aku rasa. Obsesi aku terhadap aiskrim coklat , bukan lah satu benda yang sihat. Tetapi aku tak kisah. Sebab ini lah... dunia aiskrim ku. Dunia Aiskrim Alicia...
YOU ARE READING
AISKRIM
Mystère / ThrillerAlicia adalah seorang gadis muda yang cantik dan Berjaya. Tetapi hidupnya sendiri , tiada ibu dan bapa. Menjadi obses dengan aiskrim dan percaya bahawa kehidupan sangat berkait rapat dengan aiskrim dari pelbagai segi. Rasa , bentuk , warna yang terk...