A few days after the incident...
"DAH LAMA TAK NAMPAK CIK BELI AISKRIM KAT SINI. APA KHABAR?" Aku hanya mampu memgerdipkan mata tanda hairan dan aneh dengan teguran yang diberikan oleh pekerja kedai ini. Jarang sekali aku nampak dia , samada pekerja baru atau lama aku tidak pasti. Tetapi daripada gaya nya , dia kelihatan seperti seorang yang baik.
"Eh. Awak selalu nampak saya ke?" Aku menyoal soalan kepadanya. Masakan aku tidak pelik jika seseorang yang aku tidak kenal sama sekali menegur bagaikan mereka sudah berkenalan lama dengan aku. Jejaka itu tergelak kecil sambil tersenyum memandang aku. Comel. Boleh lah.
"Semua pekerja kat sini kenal dengan cik. Setiap bulan atau seminggu sekali mesti beli aiskrim coklat banyak-banyak. Sampai kitaorang kena selalu restock aiskrim Magnum Classic khas untuk cik." Mendengar jawapan jejaka itu , aku tergelak kecil.
Betul lah tu. Andai kan aku menjadi salah seorang pekerja disitu , dan wujud seorang pelanggan gila yang sering membeli aiskrim berbelas atau berpuluh-puluh setiap bulan , pasti aku juga akan ingat wajah pelanggan pelik itu. Oh ya , aku lah pelanggan pelik itu.
"Dah lama saya tak nampak cik singgah kedai."
"Ada hal sikit. Macam-macam benda jadi dekat kawasan ni. Lagipun , saya busy dengan kerja." Mendengar jawapan aku , jejaka itu hanya mengangguk tanda akur. Dompet aku keluarkan tetapi kali ni aku hanya membeli dua aiskrim iaitu aiskrim Magnum Classic dan Milo.
"Berapa?"
"Tak apa. Saya belanja." Ujar jejaka itu. Aku blur untuk beberapa saat.
"Eh tak payah lah. Saya bayar."
"Saya belanja. Jangan risau. Pun , sikit je ni. Tak sampai 10 ringgit. Ni je la saya mampu."
"Alright , if you're insist." Aku menutup kembali dompet yang berada di tangan. Aiskrim
diatas kaunter aku ambil."Terima kasih. By the way , nama awak siapa?" Tidak mahu terasa seperti kurang ajar , aku menanyakan namanya walaupun hakikat sebenar , aku tidak berminat untuk tahu apa nama nya.
"Khai-Khairil. Nama saya Khairil."
" Owh nice name. Nama saya..."
"Alicia." Khairil menyambung dengan menyebut nama aku sebelum sempat aku
mengenalkan diri. Mungkin betul aku ini adalah pelanggan pelik yang semua pekerja akan ingat akan nama aku. Aku mengangguk dan memberikan senyuman kecil untuk nya.Aiskrim yang Sudah di masukkan kedalam plastik dan diletakkan Keatas kaunter aku ambil. Tanpa sedar , tangan kami bersentuhan tanpa sengaja kerana semasa aku ingin mengambil aiskrim itu , Khairil juga turut mencapai plastik itu untuk diberikan kepada aku. Kebetulan. Aku tahu dia tidak sengaja berbuat demikian. Khairil mengalihkan tangannya dengan pantas. Wajah nya turut kelihatan kemerah-merahan.
Aiskrim Sudah selamat di dalam genggaman aku. Aku menunduk sedikit tanda hormat sebelum melangkah keluar dari kedai. Khairil masih terkaku di hadapan kaunter tanpa membalas tundukan hormat.
Sambil berjalan keluar dari kedai , telefon yang berada di tangan aku buka. Aplikasi whatsapp menjadi destinasi utama Jari jemari dan nama Emily aku cari. Siapa lagi yang aku boleh harapkan apabila berkaitan dengan hal kerja.
"I'll come to the office today. So siapkan semua team. Saya nak details and everything. Saya tak pasti saya masuk pukul berapa , just get ready. Jangan gelabah okay? ☺" sent. Pesanan ringkas dihantar terus kepada Emily...
*****
PORTFOLIO DAN FAIL PENUH MEMENUHI RUANG MEJA OFIS. Bau ofis. Sungguh aku rindu dengan bau-bauan Kertas , aircond , meja , kerusi dan fail yang bertimbun.
"Emily , panggil semua staff yang terlibat dengan recent project. Saya nak gambar , details designer , makeup artist yang dah dikumpul." dengan langkah yang pantas , aku terus masuk ke dalam bilik kerja yang jarang sekali dihuni. Emily kelihatan gelabah dengan kehadiran aku , mungkin kerana aku terus masuk dan tanpa salam , nama dia aku Seru untuk memanggil mereka yang terlibat masuk ke dalam ofis.
"Tok tok tok." Bunyi ketukan pintu memenuhi ruang.
"Masuk."
Kelihatan Emily dan beberapa orang yang terlibat untuk projek kali ini , melangkah masuk ke dalam ruang pejabat aku.
"Dah dapat dah apa yang saya minta?" Fail diatas meja yang bertimbun aku belek. Bukan lah niat untuk mengabaikan kerja , tetapi semua detail Sudah aku minta Emily untuk emailkan kepada aku. Mungkin ini adalah fail fizikal daripada email yang dihantar kepada nya.
"Dah. Ni details pereka fasyen dan makeup artist yang kami dah kumpul plus yang nak berkolaborasi dengan kita." Emily menyerahkan kertas-kertas yang tertera nama-nama mereka yang bakal terlibat.
"Good." aku memandang muka mereka semua dengan senyuman. Kelihatan jelas bahawa mereka semua lega dengan reaksi yang aku berikan.
"Itu je lah. Dah boleh bersurai" aku memandang muka mereka satu per satu dengan senyuman. Tetapi mata aku tertangkap pada satu wajah baru yang tidak pernah aku lihat. Seorang gadis. Cantik. Tinggi dan badan yang sedang-sedang sahaja.
"Emily. Ni siapa?" Aku menahan Emily Sebelum dia melangkah keluar dari ruang pejabat.
"Oh. Ini pekerja baru kita. Nama dia Tania. Tania , ni big boss kita." Emily memperkenalkan kami dengan satu sama lain. Tania jelas kelihatan gelabah.
"A.. aa.. na.. nama saya Tania. Saya clerk assistant kat sini. Tapi dulu saya student fashion. Saya baru habis diploma. Tapi , banyak butik tak terima designer baru. Jadi saya cuba je jawatan yang mana saya boleh masuk." Laju kata-kata nya. Mata Tania tertunduk 45 darjah kebawah. Melihat gadis muda itu , aku tersenyum. Ingin gelak, risau disalah tafsir. Comel.
"Tania juga lah yang bagi cadangan nama-nama pereka fesyen masa kitaorang tengah blur nak cari designer-designer tu semua. So , saya decide untuk serap dia masuk team untuk projek ni."mendengar penjelasan Emily , aku percaya dengan kredibiliti yang ditunjukkan dalam masa terdekat ini.
"Okay. Saya faham. Terima kasih Tania. Sebab dah mudahkan kerja kami."aku cuba memberikan senyuman yang paling manis , sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Tania gelabah. Lagi. Habis semua fail-fail yang dipegangnya jatuh ke bawah semata-mata mahu menyambut salam. Aku dan Emily tergelak Kecil melihat gelagat Tania. clumsy...
YOU ARE READING
AISKRIM
Mystery / ThrillerAlicia adalah seorang gadis muda yang cantik dan Berjaya. Tetapi hidupnya sendiri , tiada ibu dan bapa. Menjadi obses dengan aiskrim dan percaya bahawa kehidupan sangat berkait rapat dengan aiskrim dari pelbagai segi. Rasa , bentuk , warna yang terk...