"MANUSIA YANG BERNAMA EX NI SEPATUT NYA MATI JE KAN?" Suara gadis dihujung talian jelas membuatkan bulu roma nya naik. Bagaikan orang gila. Orang yang sudah tidak punya akal.
"Eh. Kau ni. Dalam kes kau dengan Adam bukan salah dia. Tapi salah kau. Kau kan yang curang dengan dia." Sebagai seorang sahabat , walaupun agak takut dengan kjetidakwarasan sahabat nya ketika ini , nasihat tetap nasihat.
Suara raungan yang kuat kedengaran.
"Memang lah salah aku tapi aku sayang dia. Dia kaya!" Raungan esakan tangisan yang kuat membingitkan telinga. Dijauhkan sedikit telefon bimbit dari kepala untuk menyelamatkan gegendang telinga yang jika rosak , mungkin tiada ganti.
"Ramai lagi orang kaya. Apa kata kau cari orang lain. Budak-budak ofis kau ke?" Mendengar soalan itu , esakan semakin perlahan. Semakin malap. Hanya bunyi hingus yang disedut sahaja kedengaran.
"Memang ada budak ofis aku yang hensem , tapi aku tak tahu diaorang tu kaya ke tak. Sebab , kerja ofis je. Kalau kaya mesti diorang dah jadi macam Adam." Suara nya kedengaran manja. Tetapi bunyi kesedihan sudah beransur hilang.
"Ha! Mana tahu ada yang anak orang kaya. Kau tak tahu tu kan?" Sekali lagi sokongan diberikan agar gadis situ tidak menjadi gila dan membunuh ex nya 'lagi'. Ya , lagi. Tetapi dia tidak dapat disabitkan kesalahan dek kerana dia mempunyai penyakit masa silam iaitu 'Bipolar Depression'. Mereka yang menghidap kemurungan ini disabitkan sebagai orang bermasalah mental , dan jika mereka membunuh , hospital akan menyelamatkan pesakit mereka daripada disabitkan sebagai pembunuh. Maka mereka dengan mudah menang kes di mahkamah. Walaupun pernah membunuh , dan menang kes tanpa sabitan membunuh , gadis itu perlu duduk di dalam hospital yang menempatkan orang-orang yang hilang akal. Tetapi disebabkan perlakuannya normal , juga dengan bantuan cable atau lebih tepat orang atasan , dia hanya perlu duduk disitu selama setahun sahaja. Terima kasih kepada wang dan kuasa.
"Nanti aku selidik! By the way , sebenarnya kan , company kitaorang akan bekerjasama dengan mall Adam tau. Ehek! Mana tahu nanti aku boleh goda dia balik. Kan kan?" Suara gadis dihujung talian itu mula kedengaran teruja. Walaupun dia sudah kaya , dia masih memerlukan seorang kekasih yang kaya juga. Ingin mengelakkan kisah silam nya terjadi lagi.
Lelaki yang miskin tetapi mengambil kesempatan keatas kekayaan wanita adalah lelaki yang sangat tak guna.
Penat."Ye. Aku doakan yang terbaik untuk kau.. Now , buat lah apa yang boleh bantu kau tenang. Hah! Apa kata kau makan aiskrim. Kau suka aiskrim kan. Pergi cari aiskrim vanilla yang sedap-sedap." Nasihat terakhir sebelum mengakhiri perbualan dek kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.
"Okay! Dah beli dah tadi. Banyak. Hehehe. Bye!" Tanpa mengucapkan terima kasih , gadis itu mematikan talian. Kawan yang mendengar hanya tersenyum nipis dan menggelengkan kepala dengan karenah gadis itu...
YOU ARE READING
AISKRIM
Mystery / ThrillerAlicia adalah seorang gadis muda yang cantik dan Berjaya. Tetapi hidupnya sendiri , tiada ibu dan bapa. Menjadi obses dengan aiskrim dan percaya bahawa kehidupan sangat berkait rapat dengan aiskrim dari pelbagai segi. Rasa , bentuk , warna yang terk...