AISKRIM: BAB DUA

5 0 0
                                    

"SAYANG NAK AISKRIM." Seorang gadis yang memiliki suara yang geli-geli manja cuba memujuk dan meminta dibelikan aiskrim oleh teman lelaki nya. Teman lelaki yang sedang fokus dengan pemanduannya jelas terganggu. Cukup dengan karenah yang sudah penat hendak dilayannya. Tetapi , disebabkan masih sayang , dilayankan sahaja.

"Sekejap ye baby. I try cari kedai terdekat. You nak aiskrim apa?"soal si teman lelaki dengan nada yang sangat lembut sambil tersenyum kelat memandang wajah si teman Wanita. Si teman wanita menarik muka. Mulut di muncungkan sedepa. Mungkin itu adalah cara untuk dia menunjukkan tanda kecomelannya sebagai seorang gadis.

"Sayang ni. Takkan lah lupa yang I suka aiskrim VANILLA. I repeat , VANILLA. Hmmm" si teman lelaki mula membuat muka annoying dan rolling eyes. Si teman wanita yang perasan dengan reaksi wajah yang dibuat oleh teman lelaki nya, mula menghentakkan kaki walaupun mereka berada di dalam kereta.

"Adam!!! I saw what you did just now! You ingat I buta ke?!" Si gadis mula hilang arah. Menjerit-jerit bagaikan orang yang hilang kewarasan. Adam yang mula bengang , memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia menarik nafas yang dalam kerana dia masih lagi cuba untuk bertahan agar tidak memaki gadis yang berada di sebelahnya. Untuk tidak merumitkan keadaan , dia menenangkan diri nya dan cuba untuk memujuk gadis itu.

"Baby , I'm sorry okay? It's my fault. I know." Adam cuba menenangkan si gadis yang mula menggila dengan menyalahkan dirinya. Walhal dia tahu , bukan dia yang menjadi punca mengapa gadis itu menggila. Gadis itu memeluk tubuh. Tidak mahu memandang wajah Adam. Adam menarik nafas dalam dan panjang , lalu menghembuskan hembusan berat. Kepala mula menggeliga memikirkan tentang perkara yang menghantuinya beberapa hari yang lepas.

"You know what. I can't do this anymore. I tak boleh nak act macam I saw nothing. I cuba untuk sabar , untuk pertahankan , tapi I tak boleh." Si gadis mula memandang Adam. Menurunkan ego nya kerana merasa sesuatu tidak kena. Hati nya mula rasa tidak enak.

"Wh-what do you mean?" Gadis itu bersuara dengan sedikit tergagap. Memandang tepat ke wajah Adam. Adam memalingkan wajah nya.

"Tell me now!" Gadis itu menaikkan suara nya. Hati nya berdebar laju. Dada nya berombak. Adam memandangnya.

"I saw you. With your some random guy.. Holding hands with each other. Makan bersuap. Tengok wayang. Apa semua tu? I do have feelings. Okay? I'm sorry , I think this is the end. I just can't take it anymore. Kena tipu macam I ni bodoh. Now , ni duit tambang untuk you balik office you , naik grab. You ada apps grab kan? Sorry. I can't do this. Please turun sekarang." Adam tidak mampu lagi untuk memandang wajah gadis itu. Tanpa memikirkan kesan dan akibat , gadis itu turun. Dengan pantas , Adam memecut kereta nya tanpa memandang ke belakang. Meninggalkan gadis yang kini bergelar bekas kekasih nya. Penat melayan karenah wanita yang merasa hanya diri nya sahaja yang betul sepanjang masa.

Meskipun masih wujud perasaan sayang tetapi menyedari dirinya diperbodohkan
sebegitu , lebih baik dia melangkah pergi dan meneruskan hidup sebagai jejaka single. Sia-sia sahaja dia menghabiskan sisa masa hampir setahun bersama wanita yang tidak pandai menghargai  dirinya sebagai teman lelaki.

Fokus dengan pemanduannya , dia memecut keretaya untuk pulang kerumah. Masa kan dengan keadaannya yang tidak stabil itu dia hendak masuk ke pejabat. Tidak mungkin kerja akan dapat dikerjakan dengan pecus. Beberapa minit pemanduannya , dia tiba di perkarangan residen nya , tetapi sebelum dia masuk ke tempat kawasan parkir khas untuk penduduk residen itu , mata nya tertancap dengan satu kedai serbaneka yang terletak di bawah residen nya. Mengenangkan bekas teman wanita nya ingin kan aiskrim , tekak nya mula terasa ingin sesuatu yang sejuk dan manis untuk menenangkan jiwa nya.

AISKRIMWhere stories live. Discover now