𝟎𝟐

377 105 68
                                    

Sementara menunggu pesanan pizza disiap, aku sempat menghubungi seseorang bahawa aku akan melewati pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sementara menunggu pesanan pizza disiap, aku sempat menghubungi seseorang bahawa aku akan melewati pulang ke rumah. Sudah pasti orangnya adalah abang aku, Kim Namjoon. Dia bekerja sebagai pengawal di sebuah kilang biskut yang terdekat.

Satu - satunya dia selalu mengambil berat tentang keselamatan aku sejak kami dilahirkan di sebuah asrama anak yatim piatu.

"Hello Hara? Hara tak balik lagi ke?" Kedengaran suaranya mula menjawab di hujung talian.

Aku menghela nafas berat.

"Oppa... Hara balik lewat malam sikit sebab baru tadi ada seorang penghantar pizza tempat Hara tiba-tiba jatuh sakit."

"Hara kena ganti malam ke?" Kedengaran suaranya sedikit risau di hujung talian.

"Yeah... jangan risau, Hara tak akan apa - apa."

"Kalau Hara dah selesai kerja semua, jangan lupa hubungi oppa okay. Nanti oppa ambik Hara malam ni."

"Baik oppa..." panggilan kami turut dimatikan sekali.

❏❏❏

Author's POV

Namjoon melepaskan satu keluhan berat dan dia mula rasa tidak senang hati setelah mendapat tahu bahawa adiknya akan melewati pulang ke rumahnya.

"Kenapa ni, bro?" soal salah seorang kawan sekerja Namjoon , Hoseok yang melihat wajah suram sahabatnya sendiri.

"Harini adik aku balik lewat malam . Aku cuma risau nanti terjadi apa - apa pada dia macam mana?"

"Aku pun risau jugak dah lah baru-baru ini ada banyak kes culik. Harap Hara kita tak terjadi apa - apa nanti."

Namjoon meraup wajahnya sambil menghela nafas berat . Dia mendongak sebentar ke atas siling sambil memejam matanya rapat . Dia seolah - olah bimbang apabila mendapat tahu bahawa Hara akan berkerja pada waktu malam.

Sebagai tanggungjawab seorang abang adalah keselamatan adik perempuan sendiri.

❏❏❏

❏❏❏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | TRAPPED Where stories live. Discover now