𝟎𝟏

600 130 155
                                    

30 / 12 / 2015Daegu , South Korea

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

30 / 12 / 2015
Daegu , South Korea

Kim Hara ' s POV

Ramai orang kenal aku dengan nama Hara. Kisah ini berlaku semasa aku berusia 18 tahun.

Aku bekerja sebagai penghantar pizza di salah satu cawangan, Pizza Hut. Biasanya aku akan bekerja shift pagi hingga ke lewat petang. Akan tetapi baru - baru ini terdapat seorang pekerja dari shift malam jatuh sakit.

Pada waktu lewat petang itu, bos terpaksa memilih aku untuk menjadi pengganti sebagai penghantar pizza pada waktu malam.

Dan aku dengan berani berkata kepadanya.

"Tapi bos, saya tak boleh kerja untuk shift malam ni. Saya masih baru lagi dan saya risau kalau ada terjadi apa - apa macam mana?" aku menolak permintaannya kerana bimbangkan keselamatan diriku sekarang.

Tetapi aku perasan dia mencerlung aku tajam dengan panahan mata seolah - olah dia tidak terima kenyataan aku.

"Ha sudah! Saya bos ke atau awak bos sampai tak boleh buat kerja mudah ni?"

Aku sedikit tergamam mendengar suara garau yang cukup kuat padaku. Aku menggeleng kepala.

"Tapi–"

"Kalau awak tak boleh ganti untuk shift malam, saya akan pecat awak. Awak nak ke saya pecat awak dari sini?"

"Lagi satu saya tak nak dengar apa - apa complain dari customer lain. Faham?" Dia berkata tegas kepada aku.

"Faham, boss" aku mengeluh kecil.

Aku terpaksa bersetuju kerana tiada pilihan lain untuk menolak permintaan bos. Kadang - kala aku terfikir masa ini, aku perlukan duit untuk aku sambung belajar pada masa yang terdekat.

❏❏❏

❏❏❏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | TRAPPED Where stories live. Discover now