𝟎𝟓

366 82 41
                                    

Lelaki itu mengambil pizza yang aku pegang dan terus campak ke arah lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lelaki itu mengambil pizza yang aku pegang dan terus campak ke arah lain .

"En-ncik... t-tolong jangan apa - apakan saya" aku mula merayu kepada lelaki itu dengan peluh di dahi aku menitik - nitik jatuh.

Dia memandang aku dengan satu senyuman yang sangat menyeramkan.

"Ah aku tak kira! Kau kena masuk rumah aku sekarang jugak" lelaki yang bernama Taehyung membalas dengan kasar.

Dia terus tarik aku ke dalam rumah tetapi aku cuba menolak dengan sekuat hati. Malah aku tidak berdaya untuk melawan dia kerana dia lebih kuat daripada aku.

Pada masa itu aku harus memikirkan sesuatu untuk melepaskan diri. Dan aku memberi satu cakaran di muka dia. Walaupun tidak kuat tetapi aku berjaya melepaskan diri.

"AGH SHIBAL!" dia mengaduh sakit apabila wajahnya dikenakan cakaran aku.

Aku dengan segera berlari menuju ke arah kereta dan dia mengejar aku dari belakang. Belum sempat lagi aku masuk ke dalam kereta malah dia berjaya menangkap aku sekali lagi.

Aku tidak berdaya untuk menolak dia lagi.

"Eh perempuan! apasal kau layan aku macam ni. Susah sangat ke nak masuk dalam rumah!" dia menghamburkan api kemarahannya kepada aku sambil merentap lengan aku yang sangat kuat.

Aku cuba untuk mendapatkan sesuatu dan mencapai apa - apa yang aku ada di dalam kereta dan mula sembur minyak wangi tepat pada wajah dia. Tidak lama itu, dia melepaskan tangan aku.

Akhirnya aku berjaya masuk ke dalam kereta dan pintunya ditutup dengan kuat lalu menguncinya.

Semasa aku menghidupkan enjin, lelaki pyscho itu melompat ke arah hadapan kereta dan mengetuk cermin dengan pisau di tangannya.

Aku bertindak pantas menekan reverse dan terus tekan minyak laju - laju. Tetapi dia masih berada di atas kereta aku. Dia sangat aggressive dan tidak berputus asa untuk mendapatkan aku.

Aku memandu kereta dengan tahap maksima sangat laju supaya dia jatuh dari kereta malah dia langsung tidak berganjak dan masih melihat ke arah aku.

Srettt!

Sebaik sampai di selekoh, aku pusingkan kereta untuk mengambil arah kanan. Lelaki psycho itu akhirnya jatuh ke tanah jua.

Aku berjaya melarikan diri.

❏❏❏

❏❏❏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | TRAPPED Where stories live. Discover now