Pastikan baca sambil dengar music di atas
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬Hara's POV
Bulan pertama shift malam aku bekerja tanpa sebarang masalah. Pelanggan yang aku jumpa semuanya baik tidak sehingga aku perlu menghantar pizza ke salah satu buah rumah yang jauh dari kawasan.
Aku melalui satu jalan yang gelap dan sangat sunyi. Dalam 30 minit, aku memandu kereta sampai ke destinasi.
Aku begitu terkejut melihat rumah pelanggan itu kelihatan seperti rumah lama dan terbiar.
Ding !
Dong !
Setelah aku menekan loceng disitu masih kelihatan sangat sunyi. Aku menekan loceng sekali lagi dan masih tiada sebarang respon di dalamnya.
"Rumah ni ada orang ke tak? Aduh macam mana ni?" aku mula rasa risau ketika itu.
Aku sempat melihat sekeliling sangat sunyi hanya dengar bunyi cengkerik sahaja. Kemudian, aku sekilas berpaling semula apabila pintu rumah dibuka kedengaran.
Klerk !
Dalam beberapa saat itu, terdapat seorang lelaki yang membuka pintu itu. Lelaki itu kelihatan seperti berusia sekitar 25 - 30 tahun. Dia kelihatan tinggi, berbadan sasa dan ada rupa yang agak tampan sekali.
Aku memberitahu lelaki itu bahawa pizza yang dipesan sudah sampai. Tetapi dia hanya berdiri dengan memandang aku atas bawah.
"Um encik okay ke?" sedikit gugup aku bertanya kepada lelaki itu.
Lelaki itu segera mengangkat muka dengan senyuman yang terpancar di wajahnya.
"Maaf, saya agak penat baru lepas balik dari kerja." Lelaki itu menunduk sedikit kepada aku menandakan dia meminta maaf kepada aku.
Aku hanya membalas senyuman nipis kepada lelaki itu. Kemudian, dia menghulurkan duit dan aku menghulurkan pizza kepada dia.
Sementara aku mengambil baki duit di dalam poket, dia mula bersuara untuk mengenal dirinya.
"Saya Kim Taehyung."
Aku sedikit tersentak sebelum mengangkat wajah aku memandang lelaki itu. Tiba - tiba dia bertanya.
"Boleh saya tahu nama awak ? Do you have boyfriend, honey?" kening lelaki dijongket sama sekali memandang aku. Senyumannya meleret sinis.
Aku mula rasa curiga mendengar soalan itu dan terus aku jawab dengan bohong.
"Maaf encik, saya dah ada boyfriend."
Tetapi dia kelihatan sedikit kecewa dengan jawapan itu. Dia masih merenung aku tanpa mengeluarkan suaranya lagi.
Renungan lelaki itu membuatkan aku rasa bimbang sangat jadi aku mula menapak sedikit ke belakang.
"Se-selamat malam."
Semasa aku menghidupkan enjin kereta, aku terperasan yang dia asyik sedang memerhatikan aku di tepi rumah.
Keadaan itu seolah olah dia tidak berpuas hati dengan sesuatu dia mahukan.
❏❏❏
YOU ARE READING
C | TRAPPED
Mystery / ThrillerMYSTERY DARK SERIES - Aku dapat panggilan yang sama dari customer aku tanpa sedar orang itu adalah pembunuh psycho. Apa yang berlaku seterusnya? p/s; penulisan yang kurang matang, sila baca ikut tone misteri kerana kandungan dalam cerita ni mempun...