Ep 3

134 35 28
                                    

"Kau okey, babe?" Yaya menggosok-gosok bahuku.

"Tak okey..." Aku menangis tersedu-sedu.

Tisu muka yang dipenuhi dengan air mata dan hingus bertebaran di atas lantai dibawa angin kipas. Aku di sini masih lagi sakit hati dengan berita yang diterima. Sakit hati sampai menangis marah.

"Dasar jantan pengecut!" teriakku lagi.

"Relaks, princess. Meh sandar dekat aku. Hugs." Yaya menepuk-nepuk pula belakang badanku.

"Aku dah fikirkan pelan untuk terbalikkan meja. Kau nak dengar?" bisiknya pula.

"Gilalah tak nak. Cepat kasi tahu. Aku nak ajar Alex cukup-cukup!" Aku mengetap gigi.

"Macam ni... bla bla bla," beritahu Yaya sambil tersengih.

"Aku setuju. Cepat babe."

Aku terus bangun lalu berjalan laju ke almari. Tracksuit kucapai dan kusarung ke tubuh. Akhir sekali, zip kutarik kemas sampai ke dagu. Aku dah bersedia untuk berperang!

Loker simpanan barangan pelajar lelaki kutuju. Dengan kaki terjingkit-jingkit, aku dan Yaya berpaling ke kiri dan kanan serta masuk sehabis senyap ke dalam ruangan tersebut. Setelah memastikan tiada orang, segera kami mendapatkan loker Alex.

Dengan menggunakan dawai baju, klik! Kunci loker terbuka dengan sendiri. Cepat-cepat kami meletakkan sebuah majalah ke dalam loker lalu menutup kemas pintu tersebut. Dan... jeng jeng jeng! Aku dan Yaya cepat-cepat berlari keluar lalu bersembunyi di sebalik tingkap.

Figura bising Alex bersama rakan sepasukannya bergelak ketawa kudengar dengan hati mengejek. Gelaklah selagi boleh. Sekejap lagi bila coach bola keranjang dia orang datang, habislah. Padan muka!

"Round call!" laung Coach Jamal.

Alex dan rakan-rakannya segera berdiri di tepi loker masing-masing. Coach Jamal dan pembantunya bertindak memeriksa loker mereka bagi memastikan jaguh sukan mereka tidak membawa bahan terlarang.

"Buka loker," arah Coach Jamal kepada Alex.

Dengan senyuman yakin, Alex segera membuka pintu lokernya lalu mempersilakan jurulatih tersebut memeriksa barangnya. Apa nak takut? Dia kan 'clean' orangnya.

"Alex!" jerkah Coach Jamal.

"Ini apa?" Coach Jamal melemparkan sebuah majalah ke muka Alex.

"Ini ya kerja kamu? Tengok perempuan telanjang?" tempik Coach Jamal.

Kemarahan jurulatih itu meledak. Aku yang mengintai drama sebabak di sebalik tingkap hanya mampu menahan ketawa. Puas hati aku melihat Alex melutut dan merayu tak bersalah. Itulah, berani sangat kan kacau aku? Amik ko!

-
-
-
__________
Dear Diary,

Aku sangat marah apabila dituduh membaca majalah porno. Sumpah aku tak tahu macam mana majalah tu boleh ada di dalam beg aku. Sepanjang hayat, aku tak pernah buat perkara terkutuk tu. Aku luahkan kepada Yaya masalah aku. Aku tak mampu nak handle bila semua orang pandang serong kepada aku. Aku tak bersalah. Aku dah jelaskan, tapi semua orang tak percaya. Itu sebab apabila Yaya dapat tahu yang Alex kenakan aku sebab aku laporkan kegiatan dia mengintai pelajar perempuan di dalam tandas, aku tak boleh sabar. Dia sengaja cemarkan reputasi baik aku! Kau dapat apa kau buat, tu prinsip aku. Last, aku letakkan majalah porno tu di dalam loker dia. Biar dia rasa macam mana sakitnya hati apabila maruah tercalar!

Yang berdendam,
Princess.

____________
450pp
11/9/21
6.40 petang

KERANA BERANGAN ITU PERCUMA (COMPLETED)Where stories live. Discover now