Ep 5 (Akhir)

185 39 47
                                    

Wardah berhenti menyelak helaian sebuah diari kecil berwarna hitam milik pesakitnya. Selepas pada luahan "Dear Diary" yang keempat, halaman seterusnya adalah kosong. Putih bersih tanpa sebarang kesan tinta.

"Yaya..." Jarinya mengetuk-ngetuk meja.

Matanya tertancap pula ke arah sebuah fail di hadapannya. Petang tadi, Prof. Dr. Adnan, pengarah hospital menyerahkan kes pesakit mental baru kepadanya. Ini semua kerana kes budak bernama Princess terlalu sukar untuk ditangani.

Menurut doktor yang merawat Princess sebelum ini, gadis itu merupakan mangsa buli. Disebabkan tak tahan tiap-tiap hari dibuli oleh rakan sekolej, akhirnya dia mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan asrama setinggi lima tingkat.

Akan tetapi, pada hari kejadian, perbuatannya dapat dilihat oleh seorang pensyarah sekali gus felo kolej kediaman. Pensyarah itulah yang berusaha menyelamatkan nyawanya dengan memberi bantu mula dan mengejarkannya ke hospital.

"Tapi, kenapa..." Wardah melepaskan keluhan.

Princess koma selama sebulan. Selepas sedar daripada koma, perwatakan gadis genit itu berubah 100 peratus. Serius. Princess yang pada asalnya seorang pendiam, baik hati, tak melawan, lembut, ayu dan sopan terus bertukar ganas apabila sedar.

Seolah-olah, empat buah kisah pembalasan dendam yang diluahkan di dalam diarinya merupakan rasa hatinya yang sebenar tapi dipendam. Princess sekarang bagaikan "Princess" di dalam diari. Habis semua pesakit lain di wad psikiatri Malaysia Sport Centre Hospital dikacaunya!

Kring... kring...

Telefon pintar milik Wardah bergetar dari dalam poket kot putih. Tanpa melihat nama pemanggil, dia menyambut panggilan tersebut dengan senyuman lebar tersungging di bibir. Dia memang tahu pun siapakah gerangan pemangggil tersebut. Siapa lagi kalau My Hero Tuanku Sultan dia?

"Waalaikumussalam, tuanku sultan yang handsome plus handsome terlebih handsome," sambut Wardah sambil ketawa terkekek-kekek.

"Amboi, suka hati nampak? Malam ni balik ke rumah tak, My Heroine Tuanku Puteri yang cute lagi cantik plus tak berapa nak ayu?" gelak Ahwaz di talian.

"Abang ni... orang dah puji diperlinya pula kita," balas Wardah dengan nada geram. Acah merajuk pun, ya juga.

"Mana ada perli? Bukan ke tuanku puteri kesayangan abang ni memang tak ayu? Abang berani jamin yang sekarang ni, sayang sedang duduk di kerusi sambil kaki letak atas meja," ujar Ahwaz. Gelakannya di talian semakin keras.

"Abang ni!" Cepat-cepat Wardah menurunkan kaki lalu membetulkan duduknya. Cis, psiko ke apa suami dia?

"Ya, malam ni sayang balik. Insya-Allah." Wardah mahu membalas lagi, tapi ketukan di pintu membuatkannya terpaksa menghentikan perbualan.

Kelihatan Aina menjengulkan kepalanya dari sebalik pintu dengan mulutnya tersengih-sengih bagaikan kerang busuk. Tanpa meminta kebenaran, pantas saja jururawat itu masuk sambil berlenggang lalu mengambil tempat di kerusi hadapannya.

"Aku dah tahu siapa Yaya." Ayat itu meluncur keluar dari mulut Aina.

"Siapa?" Wardah mengangkat kening.

"Diri Princess yang satu lagi," jawab Aina.

Mendengarkan itu, Wardah mengangguk faham. Diari di atas meja kembali dibuka dan dibaca sekali lagi. Jika betul Yaya adalah orang yang sama dengan Princess, maknanya apa yang ditulis di dalam diari itu hanyalah khayalan seorang mangsa buli yang ingin membalas dendam tapi tak kesampaian. Hanya mampu meluahkan di dalam diari.

"Jadi, kau nak buat macam mana, Wardah?" soal Aina.

"Apa lagi? Rawat dialah. Apalah kau ni." Wardah meletakkan diari tersebut lalu memasukkannya ke dalam laci.

KERANA BERANGAN ITU PERCUMA (COMPLETED)Where stories live. Discover now