Bab 3

1.9K 18 0
                                    

Tanpa membuka telekung selepas solat Isya' tadi, Wafaa turun ke tingkat bawah. Terjingkit-jingkit kakinya menuruni anak tangga. Dia tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi. Kalau Adeef sedar kehadirannya, rancangan dia akan hancur.

Mendengar bunyi suara tv dari bawah, dia pasti Adeef ada di ruang tamu. Biasanya setiap malam, lelaki itu akan menonton tv sebelum tidur.

Sebaik mata ternampak figura Adeef di sofa, bibir melorek senyum lebar.

"Jembalang datang ni.."

Wafaa atur langkah ke arah sofa yang diduduki Adeef. Kakinya terhenti betul-betul di belakang Adeef. Lelaki itu masih tidak sedar dengan kehadirannya.

Seketika tangan naik menyentuh muka untuk pastikan bedak sejuk yang dia tempek ke muka tadi masih melekat elok.

Setelah yakin yang semuanya sempurna, jari telunjuk Wafaa naik mencuit bahu Adeef dari belakang.

Serentak dengan itu, Adeef menoleh. Pucat mukanya bila melihat Wafaa.

"Mak!" Adeef menjerit kuat.

Ketawa besar Wafaa. Muka aje macho, penakut rupanya. Rugi pula dia tak rakam muka Sir Hot terkejut tadi.

Adeef raup mukanya. Macam nak luruh jantung dia. Wajah merah Wafaa yang seronok ketawa ditatap.

"Happy?"

Wafaa angguk dengan sisa tawanya.

"Kelakar. Awak patut tengok cermin." Ujar Wafaa seraya menekan perut. Senak perutnya ketawa.

Adeef bangun berdiri dan matanya terus memamah wajah Wafaa.

"Sini." Gamitnya.

Wafaa menggeleng. Buatnya Adeef nak balas dendam. Naya.

"Come here." Tekan Adeef dengan tangan sudah naik bercekak pinggang.

Selangkah Wafaa mendekat.

"Why you doing this?"

"Awak panggil saya jembalang."

"So you want to prove it that you are jembalang?"

Wafaa menggeleng. Muka menunduk menekur lantai. Sudah macam pelajar dimarahi guru kerana nakal.

"Nasib baik I tak ada heart attack." Adeef kembali labuhkan duduk ke sofa. Wajahnya juga sudah berubah tidak setegang tadi.

"Go back to your room."

"Hah?"

"Balik.. Bilik.." Jelas Adeef satu persatu.

Wafaa angguk serupa belatuk. Tadi beria sangat dia ketawa tapi bila tengok muka tegang Adeef dia kecut perut pula. Nampaknya Adeef betul-betul marah.

Wafaa berpaling ke belakang, dia mahu naik ke tingkat atas. Elok sahaja dia pusingkan tubuh, kakinya terpijak kain telekung. Spontan tubuh mahu tumbang ke belakang.

"Aaa!!" Wafaa pejam mata.

Badan yang sepatutnya tumbang menyentuh lantai berada kemas dalam pangkuan seseorang.

"Open your eyes."

Mendengar suara Adeef begitu dekat dengan mukanya, Wafaa buka mata.

Bulat matanya apabila melihat Adeef sedang tersenyum herot.

"Clumsy!" Adeef menggumam perlahan.

Kelam kabut Wafaa cuba bangun tatkala sedar yang dia tersandar pada dada bidang Adeef. Dan tangan sasa Adeef elok sahaja melingkar di pinggangnya.

"Pap!"

Dahinya pula terhantuk dengan dahi Adeef.

Spontan Wafaa gosok dahi. Adeef juga gosok dahinya sendiri.

Sir, Make Me Yours (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now