"Hi class. My name is Adeef Aryan. I akan mengajar kamu semua subjek Fizik Engineering sepanjang semester empat ini."
Kelas sunyi sepi. Masing-masing tidak dapat mengalihkan pandangan pada pensyarah baru mereka. Kacak dan maskulin!
"Sebelum I mulakan kelas, I akan list down buku yang kamu semua kena prepare. Kalau nak jimat, you can simply buy from your senior. I bet they will offer you the cheapest price." Ujarnya dengan menulis sesuatu pada slide dan dipantulkan ke hadapan white board.
"And this is my phone number. My office at level 2 Engineering Department. Anything regarding my subject you can see me. Anthing!" Jarinya menunjuk bahagian bawah sekali yang tertera nombor telefonnya di situ.
"For your information, I don't like my student sleep or skip in my class. Everytime you sleep or skip, I will deduct 5 marks on this subject. And of course that will effect you final marks."
Tak ada seorang pun yang berani bersuara. Semua membisu. Nampaknya kali ini mereka mendapat pensyarah baru yang penuh disiplin dan tegas.
"Since this is my first class, let introduce yourself. Make it faster. Just tell me, your name and age." Adeef menunjuk ke bahagian paling belakang sebelah kiri. Meminta gadis bertudung labuh itu memulakn sesi perkenalan.
"Nama saya Hajar. 24 tahun."
"Saya Khalif, 25 tahun."
Adeef meliarkan mata ke sekitar kelas. Ramai juga pelajarnya di sini. Tak macam tempat dia mengajar dulu. Ramai tak berminat dengan subjek physics engineering.
Tiba giliran seorang gadis bertudung merah jambu, Adeef bagi tumpuan penuh.
"Wafaa, 23."
Terangkat kening Adeef. Terlalu ringkas apa yang diucapkan gadis itu. Hanya dua patah perkataan.
Selesai sesi perkenalan, Adeef sandarkan punggungnya ke bucu meja. Matanya terarah pada pelajar-pelajarnya di depan.
"Before I start the class, anything else you want to know about me? And before I forget, you all can call me sir. Just sir." Dia tak suka dipanggil dengan gelaran Dr atau Prof. Sir lebih terasa muda dan mesra.
"Sir dah kahwin?" Seorang gadis berambut pendek yang duduk di barisan paling hadapan bertanya.
Spontan mata Adeef jatuh pada gadis yang duduk di tengah-tengah kelas dengan bertongkat pipi. Gadis yang bernama Wafaa tadi.
"Not yet." Jawabnya serius.
"Wuuu.." Riuh rendah kelas dengan suara pelajar perempuan. Masing-masing seronok bila sir kacak di depan mereka belum milik sesiapa.
"But, my heart already taken." Sambung Adeef membuatkan kelas yang bising tadi berubah sunyi bagai disambar garuda.
Adeef melorek senyum nipis.
"Can I start the class now?"
Wafaa menguap malas. Dia tak sukakan subjek ini. Dan yang paling penting, dia tak sukakan orang yang berdiri di depan sana. Annoying!
Dina siku lengan Wafaa di sebelahnya. Sudah beberapa kali dia melihat Wafaa menguap.
"Apa?" Wafaa bertanya dengan matanya yang semakin memberat.
"Kau tidur tak semalam?"
Wafaa menggeleng.
"Aku siapkan assigment lah wei. Banyak kot yang Puan Rosma bagi."
Menjeling Dina mendengar alasan Wafaa.
"Alasan kau pun dah salah. Bukan banyak dia bagi tapi masa kelas dia kau ponteng kan. Itu yang jadi banyak."
YOU ARE READING
Sir, Make Me Yours (Sudah Terbit)
RandomSIR, MAKE ME YOURS Kahwin tanpa cinta? Pilihan keluarga? Klise bukan? Tetapi itulah yang terjadi di antara Wafaa dan Adeef. ADEEF ARYAN, pensyarah di universiti tempat isterinya belajar. Payah sebenarnya nak mengajar isteri sendiri. Ada saja benda y...