Bab 5

2.9K 25 1
                                    

Di dalam kelas, Wafaa hanya diam membisu. Matanya saja yang fokus ke depan tetapi jiwanya sudah melayang entah ke mana.

Dina cuit lengan Wafaa.

"Kau okey je? Dari tadi aku perasan kau macam mengelamun."

"Okey." Sepatah Wafaa menjawab.

"Pucat aje aku nampak muka kau."

"Aku okeylah. Cuma aku lupa pakai lipstick hari ni."

"Oo.. Patutlah. Aku ingat kau demam." Mata Dina jatuh pada bibir Wafaa.

"Tak adalah."

Keluar sahaja Prof Hashim dari kelas, masing-masing betulkan urat. Lega berakhir juga kelas 3 jam itu. Penat badan. Penat minda.

"Lepas ni kelas Sir Adeef." Dina tarik sengih.

"Dah kenapa kalau kelas dia?"

"Boleh cuci mata."

Wafaa cebir bibir. Hatinya masih sakit melihat Idora bersama Adeef tadi.

"Assalamualaikum and good evening class."

Terdengar suara Adeef,Wafaa angkat kepala. Saat melihat senyuman meniti di bibir lelaki itu, hatinya berdarah. Mesti lelaki itu tengah gembira sebab kekasih hati sudah berada di depan mata. Tak payah mereka berjumpa sembunyi-sembunyi.

Spontan Wafaa jatuhkan kepala ke atas meja. Matanya dipejam walaupun dia sebenarnya tak mengantuk.

"Weii.. Kau buat apa ni Wafaa? Kau tak ingat ke pesan Sir?" Dina tarik-tarik lengan Wafaa. Makin gelabah dia bila Sir Adeef sedang memandang ke arah mereka.

"Wafaa! Bangunlah. Sir datang sini." Makin cuak Dina.

Adeef atur langkah ke arah Wafaa. Sampai di depan meja Wafaa, Adeef ketuk meja Wafaa dengan telunjuknya.

"Sleeping?"

Wafaa angkat kepala. Wajahnya masam. Menyampah pula dia tengok muka Adeef.

"Keluar dari kelas ni." Senada tutur kata Adeef.

Wafaa bangun. Tanpa sepatah kata beg sandangnya diangkat. Wajah Adeef langsung tak dipandang.

Laju dia melangkah ke arah pintu. Sesak nafas jadinya duduk dalam kelas Adeef. Jadi langkah terbaik, dia keluar. Dia masih terbayang-bayang aksi Adeef dengan Idora tadi. Manja.

Sebelum Wafaa keluar dari kelas, Adeef melaung.

"See me at my office Wafaa. 5 o'clock. Don't be late."

Wafaa mendengus halus. Entah apa lagi yang Adeef mahu darinya. Ingatkan dah ada Idora depan mata dah tak kuat melenting.

*****

Selepas pintu diketuk, Wafaa melangkah masuk tanpa menunggu jawapan dari dalam.

"Why?"  Nampak sahaja muka Wafaa, Adeef terus utarakan soalan.

"Kenapa apa?" Bingung Wafaa.

"Kenapa tidur lagi dalam kelas I?Ada jembalang lagi?"

"Tak." Wafaa menjawab malas.Mukanya menunduk menekur lantai. Tak betah dia mahu memandang wajah Adeef. Lelaki itu hanya mengingatkan dia pada Idora.

"Habis tu?" Adeef masih memberi tumpuan sepenuhnya kepada Wafaa. Nak kata Wafaa tak cukup tidur tak mungkin. Setiap malam Wafaa tidur awal kecuali malam yang Wafaa perdajalkan dia.

Wafaa hela nafas dalam. Seketika kepalanya diangkat dan matanya bersabung dengan mata Adeef.

"Tak ada apa. Maaf, sir."

Sir, Make Me Yours (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now