Bab 4

2K 19 0
                                    

Masuk ke kereta, Adeef hanya fokus ke depan dan tekun memandu. Memang setiap hari mereka begitu. Mereka tak akan bercakap kalau tiada perkara penting untuk dibualkan.

Wafaa merenung kosong ke arah jalan raya yang sibuk. Fikirannya menerawang jauh terfikirkan hala tuju hubungannya dengan Adeef.

Sekilas Adeef disebelah dipandang. Lelaki itu nampak kacak dengan kemeja hijau lembut. Baru dia perasan yang pakaian mereka sedondon hari ini. Dia juga berblouse hijau lembut. Macam pasangan suami isteri lain pula. Sehati sejiwa.

"Tak nak turun?"

Mendengar soalan Adeef, cepat Wafaa liarkan pandangan. Ya, dia sudah sampai ke bangunan belakang universiti. Rumah mereka tidak jauh dari kampus. Mungkin mengambil masa 10-15 minit sahaja dengan menaiki kereta.

Di bangunan belakang universiti itu Adeef selalu turunkan dia. Bangunan itu bangunan terbiar. Nampak usang dan jalan di depan itu juga jalan mati. Adeef tidak mahu sesiapa pun tahu tentang hubungan mereka dan dia hanya menurut. Kalau orang tahu, dia juga akan kena tempiasnya. Nanti dia akan dituduh yang bukan -bukan.

Klise kan? Tapi inilah kisah hidup mereka. Malas menyesakkan kepala, Wafaa buka pintu kereta.

"Sekejap." Tak sempat Wafaa boloskan diri keluar, suara Adeef kedengaran lagi.

"Your lips." Tanpa amaran ibu jari Adeef naik menyapu lembut bibir Wafaa.

Membulat mata Wafaa. Terkejut.

"Tak payah nak pakai lipstick terang-terang. I don't like it."

Kejung tubuh Wafaa. Apa kena dengan Adeef? Biasanya lelaki itu tak pernah kisah pun kalau dia pakai lipstick terang.

"Alright. You lips more better without those color." Adeef tersenyum nipis. Ibu jarinya yang menyentuh bibir Wafaa tadi dikesat ke tisu.

Wafaa teguk liur. Apa yang baru berlaku? Bibirnya disentuh.

Terangkat kening Adeef melihat reaksi Wafaa.

"Why? You want me to touch it with this?" Adeef turut sentuh bibirnya sendiri.

Panas muka Wafaa. Laju dia menggeleng.

"Saya dah lambat." Wafaa mahu cepat-cepat keluar. Sesak pula nafas duduk lama-lama dalam kereta dengan Adeef.

"Jap." Lengan Wafaa kini dilelar Adeef.

Wafaa pandang tangan kiri Adeef yang mendarat di lengannya.

Adeef hulur tangan kanannya untuk Wafaa salam.

"I'm your husband, right?"

Nak tak nak Wafaa sambut jemari sasa itu dan belakang kekura tangan itu dikucup.

Adeef membalas dengan mengusap kepala Wafaa.

Laju Wafaa tarik tangannya dan melangkah keluar dari kereta. Kenapa dengan Adeef? Adakah sebab kejadian semalam, lelaki itu berubah sedrastik ini?

Tapi apapun sebab sebenar Adeef, lelaki itu sudah berjaya membuatkan senyumannya melebar pagi ini. Hati berbunga-bunga.

Sambil berjalan menuju ke pintu masuk melalui jalan belakang universiti, Wafaa menyanyi kecil. Baik sungguh moodnya hari ini dan ini semua hanya kerana Adeef Aryan. Magis bukan? Hanya sedikit sentuhan dari sang suami, Wafaa sudah mampu segembira ini.

*****

Adeef berjalan dengan langkah tegapnya seperti biasa. Cuma pagi ini, bibirnya lebih murah dengan senyuman. Bila berselisih sahaja dengan pelajar yang rajin menegur, terus dia mengoyak senyum.

"Senyum lebar hari ni." Tegur Safuan, salah seorang pengajar di situ.

Adeef perlahankan langkah dan mereka mula berjalan beriringan.

"Mood aku baik hari ni."

"Ooh.. Lupa. Semalam kan malam jumaat."

Ketawa besar Adeef. Kebanyakan pengajar di situ tahu yang dia sudah berkahwin. Cuma dia tidak berminat untuk hebohkan dan ini semua kerana kepentingan Wafaa. Dia tak nak Wafaa tertekan. Biarlah Wafaa habis belajar dahulu.

"Ehh.. Tadi ada orang cari kau kat pejabat."

Berkerut kening Adeef. Tak pernah-pernah ada sesiapa mencarinya di sini.

"Siapa?"

Safuan angkat bahu.

Baru sahaja Adeef mahu bertanyakan soalan lain, seseorang muncul di hadapannya dan menghalang laluannya.

Tersentak Adeef.

"Aku pergi dulu ya." Safuan tinggalkan Adeef di situ memberi laluan untuk Adeef berbual dengan wanita di depan mereka. Melihat reaksi Adeef, dia yakin wanita itu kenalan Adeef.

"Dora, you buat apa kat sini?" Terkejut Adeef melihat Idora berdiri di depannya. Sudah seminggu mereka tidak berjumpa disebabkan kesibukan kerja.

"I? Kerjalah sayang." Idora tersenyum manis.

"Kerja? Sini?"

Idora mengangguk.

Terus sebelah tangan Adeef meraup rambutnya yang sudah tersisir rapi. Manakala sebelah lagi tangannya naik bercekak pinggang.

"Kenapa? You tak suka ke I dekat dengan you?" Tebak Idora apabila melihat telatah Adeef.

Adeef buang keluh.

"Look, Dora. My wife study sini. I tak rasa tindakan you ni.."

"Biarlah. You hak I. You kekasih I. Bukannya you cintakan dia pun." Mudah Idora menjawab. Dia cukup tak suka tatkala Adeef menyebut tentang isterinya itu. Kalau boleh dia tak mahu ambil tahu atau kenal dengan isteri Adeef.

"But she also has feelings. I tak nak dia mengadu pada mama. You know what I mean."

"Dah tu you nak I minta tukar balik? You ingat senang ke I nak dapat mengajar kat sini?"

Terdiam Adeef.

"I tak kira. I tetap nak mengajar sini. I nak dekat dengan you, sayang." Idora mampir mendekat pada Adeef. Lengan lelaki itu cuba digapai.

Cepat Adeef jarakkan kembali tubuh mereka.

"Kita di sini sebagai pengajar Dora. Jaga kelakuan you."

Berubah raut wajah Idora.

"Atau you takut wife you nampak?"

"Bukan. I appreciate you sanggup tinggal jauh dari rumah you semata-mata sebab nak dekat dengan I. But please, behave."

Idora berpeluk tubuh. Rimas dengan nasihat Adeef. Lelaki itu memang sukar dijangka. Nama sahaja pasangan kekasih tapi tak pernah sekalipun lelaki itu ucapkan cinta. Nak pegang-pegang pun tak pernah. Bukan mahram katanya.

"You buat I rasa menyesal pindah sini."

"Sorry Dora. I tak berniat nak buat you terasa atau kecil hati."

"Hmm.. I dah pindah rumah. Tapi I belum habis angkat barang. Kalau you betul-betul ikhlas dengan I, you kena tolong I petang nanti."

Senyap Adeef. Petang? Habis tu Wafaa nak balik nanti macam mana?

"Boleh ke tak?" Tekan Idora bila Adeef hanya diam tak menjawab.

"Sure." Adeef lorek senyum nipis. Serba salah sebenarnya.

"Thanks sayang. Love you." Idora tersenyum gembira. Wajah kacak Adeef dipandang tak lepas. Rindunya menggebu.

Adeef hanya mengangguk kecil. Masalah baru sudah timbul.

Sebelum ini dia boleh jauhkan diri dari Idora tetapi sekarang semuanya kucar kacir. Di sini ada Wafaa, di sini juga ada Idora. Kalau boleh dia tidak mahu sesiapa terluka kerananya. Idora kekasih tetapi Wafaa isteri. Fikirannya berserabut.

Dari jauh Wafaa memerhati kelibat pasangan kekasih itu. Mood yang awalnya ceria tadi terus berubah suram.

Lantas nafasnya ditarik panjang. Dia perlu sedar kedudukan dirinya dalam hati Adeef. Dia dengan Idora ibarat langit dan bumi.

Tengoklah cara Idora berpakaian dan bergaya. Tutur kata wanita itu dan senyuman wanita itu, semuanya nampak sempurna. Sesuai bila bergandingan dengan lelaki kacak seperti Adeef. Bukan macam dia.

"You're a nobody, Wafaa. Nobody."

Sir, Make Me Yours (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now