I

33 5 0
                                    

Di sebuah kerajaan yang ada banyak wilayah, tinggalnya seorang maharaja yang sangat disenangi rakyat jelata kerana sikapnya yang sangat baik hati dan kerap turun ke perkampungan wilayah yang kecil bagi menghantar barang keperluan dan makanan

Rakyatnya sangat menganjungi kepetahannya dalam bercakap dan berlawan. Punca keamanan kerajaan itu juga kerana pemikirannya yang luas dalam membuat pertahanan yang kuat demi rakyatnya

Kerajaannya adalah satu-satunya kerajaan yang menggunakan sistem percukaian kepada rakyat yang berkemampuan sahaja. Beliau tidak lah terlalu kejam untuk memaksa rakyatnya yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai. Beliau menjaga dan menyayangi rakyatnya sama rata, tidak mengikut darjat atau pangkat

Suatu hari, beliau telah terjatuh cinta pada seorang rakyatnya. Seorang wanita yang baik, sopan, ayu, bercakap dengan menggunakan akal, bijak, jelita dan yang paling penting, sangat sesuai untuk bersama-sama dengannya memerintah kerajaan yang dibinanya

Mereka pun berkahwin dan dikurniakan 4 orang puteri yang mewarisi personaliti dan pemikiran yang sama seperti ibunda dan ayahanda mereka

Namun, maharaja sebenarnya tidak mahukan takhtanya dijatuhkan kepada salah seorang puterinya. Ketika sang permaisuri sedang tenat mengandungkan anak pertama mereka, datang seorang ahli sihir wanita yang menggunakan kuasa hitam dan telah menyumpah keturunan diraja itu

"Aku menyumpah, maharaja dan permaisuri tidak akan melahirkan walau seorang putera sekali pun! Dan aku menyumpah anakanda mereka mempunyai kuasa sakti sepanjang hidup mereka, untuk berlawan denganku pada masa depan kelak! Aku menyumpah keturunan ini!" Cahaya hitam keluar daripada tongkat saktinya, kemudian melulu ke arah sang permaisuri

Ahli sihir itu hilang disebalik asap hitam yang tebal. Maharaja mengutuskan askar-askarnya untuk mencari siapakah geranan ahli sihir itu diserata pelusuk wilayah dan kerajaan. Baginda permaisuri kemudiannya gering dan mangkat selepas melahirkan puteri bongsu mereka

Pada masa itu, maharaja sendiri membesarkan 4 puterinya dengan pertolongan dayang-dayang istana. Latihan seni bela diri, kemahiran menggunakan alatan, pembelajaran dan terutamanya sekali, belajar mengawal kuasa sakti mereka dan tidak menunjukkan kuasa mereka pada rakyat

Kini 4 puteri itu telah pun dewasa dan semakin jelita, sama seperti mendiang ibunda mereka. Ramai saja pemuda-pemuda di wilayah kerajaan itu punya hati pada puteri-puteri di raja, tapi apakan daya, mereka cuma lah rakyat biasa yang tidak sama darjat dengan puteri-puteri di raja. Putera-putera daripada wilayah-wilayah kerajaan itu turut juga menaruh hati pada keempat-empat puteri itu

*.°✿ 𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧 ✿ °.*

"Adinda Amylya! Bangun! Sudah lewat pagi ni!" Pintu bilik puteri bongsu itu diketuk oleh kekanda Iman, kekanda ketiganya

"Iye! Adinda sudah bangun!" laungnya walaupun matanya masih lagi tertutup lalu sambung beradu

"Adinda Amylya! Jangan lah sambung beradu. Bangun!" Puteri Iman sudah sangat mengenali adinda bongsunya itu

Puteri Amylya tidak menjawab

"Kalau tak kekanda akan panggil kekanda Atulya" ugut Puteri Iman kerana dia tahu bertapa tegasnya Puteri Atulya jika ada yang tidak mengikut waktu yang telah ditetapkan

Puteri Amylya masih lagi tidak menjawab

Beberapa minit kemudian, pintu biliknya diketuk kuat "Adinda Amylya! Sudah pukul berapa ini?!" Terdengar saja bunyi suara empunya badan itu, cepat-cepat dia terjun daripada katil besarnya

𝑷𝒖𝒕𝒆𝒓𝒊 𝑴𝒂𝒉𝒌𝒐𝒕𝒂 | 𝐚𝐝𝐯𝐞𝐧𝐭𝐮𝐫𝐞 [𝐈]Where stories live. Discover now