III

11 4 0
                                    

"Asap hitam? Wanita tua?"

"Iye, itu apa yang adinda nampak pada imej yang ditayang dekat takungan air tu" Puteri Adelia menerangkan tentang apa yang berlaku pada perkampungan yang diserang itu

"Apa kata kita beritahu pada ayahanda?" Puteri Amylya memberi cadangan

"Tak, jangan. Kita tak boleh bagitau ayahanda. Ayahanda sedang dalam masalah tentang pertahanan kerajaan ni" Puteri Atulya tidak bersetuju tentang idea untuk memberitahu hal ini kepada ayahanda mereka

"Kenapa? Ada serangan yang berlaku ke?" Tanya Puteri Iman. Patutlah tadi dia ada terlihat beberapa pasukan tentera wilayah berkumpul di hadapan istana

"Kekanda pun tidak pasti. Tapi daripada perbincangan tadi, orang kanan ayahanda ada kata yang beberapa kumpulan tentera seperti diracuni"

"Mungkin serangan itu ada kena mengena dengan asap hitam yang bertukar menjadi wanita tua tu?" Kata Puteri Mikayla pula

"Kekanda tak pasti. Jadi buat sementara waktu ni, kita kena berhati-hati dengan keadaan sekeliling kita. Sentiasa berwaspada. Kita tak tau apa yang akan terjadi" ulas puteri sulung itu. Sifat dirinya sebagai seorang puteri sulung menunjukkan diri. Jika ayahanda mereka sedang sibuk, Puteri Atulya lah yang akan sentiasa menjaga keselamatan adinda-adindanya

"Tapi macam mana kekanda boleh masuk tanpa dayang atau pengawal perasan dengan tompokan darah dekat baju kekanda?"

"Tak ingat ke?" Jari telunjuknya di tunjuk pada bahagian atas pipi di sebelah mata "ilusinasi"

"Ohhhh lupa kita ada kuasa" sempat lagi Puteri Iman bergurau pada masa ini

"Adinda tiba-tiba.. terasa rindu dekat mendiang ibunda.." puteri bongsu meluahkan rasa rindunya pada mendiang maharatu iaitu mendiang ibunda mereka

"Kalau lah ibunda masih lagi di sini.. pasti keluarga kita sudah sempurna. Kan?.." sambung Puteri Iman

"Adinda, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita doakan semoga rohnya tenang di sana ye?" Puteri Atulya membelai lembut belakang badan Puteri Amylya dan menggenggam lembut tangan Puteri Iman. Puteri Mikayla hanya memandang saja 3 beradik itu. Jauh dalam hatinya, dia turut merindui mendiang ibunda mereka. Sejak lahir lagi, dia punya hanya masa yang singkat sahaja berada dalam dakapan tangan ibunda mereka

Walau apapun, selagi mereka bersama, mereka tetap dapat membina kebahagiaan mereka bersama-sama dengan ayahanda mereka. Mungkin pemergian ibunda mereka ada suatunya cara untuk mereka tetap menjalani hidup yang seperti itu. Jika mendiang ibunda mereka tidak kuat dahulu, pasti mereka tidak lahir dalam dunia ini

"Sudah lah. Pergi bersihkan diri adinda Eli. Adinda Eri dan Iman bersiap sedia untuk latihan petang nanti. Selepas adinda Eli sudah bersiap, turun ke ruangan latihan ye?" Tenang saja suara puteri sulung mengarah adinda-adindanya. Tiga puteri di hadapannya mengangguk lalu mula keluar daripada kamar puteri sulung

*.°✿ 𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧 ✿ °.*

"Selamat petang Tuan Puteri" pelatih istana yang melatih puteri-puteri diraja memunduk sedikit ketika empat puteri itu masuk ke ruangan latihan

"Selamat petang tuan hamba" puteri sulung membalas "jadi harini kita mahu berlatih apa?"

"Patik ingin membuat perlawanan singkat di antara tuan puteri sekalian"

"Perlawanan singkat?" Empat puteri itu berkata dengan serentak

"Iye tuan puteri. Tuan puteri perlu berlawan di antara satu sama lain, demi menguji potensi lawan dan kuasa sakti yang tuan puteri miliki"

𝑷𝒖𝒕𝒆𝒓𝒊 𝑴𝒂𝒉𝒌𝒐𝒕𝒂 | 𝐚𝐝𝐯𝐞𝐧𝐭𝐮𝐫𝐞 [𝐈]Where stories live. Discover now