IV

11 3 0
                                    

"Ayahanda!" Puteri sulung itu memanggil ayahandanya tatkala dirinya sedang berlari dengan sopan menuju ke sang maharaja

"Iye anakanda, kenapa kamu berlari?" Maharaja yang sedang menuju ke sesuatu tempat itu berhenti lalu memalingkan badannya memandang anakanda sulungnya itu

"Bagaimana dengan perbincangan tadi? Maafkan anakanda tak dapat sertai sekali"

"Tidak mengapa. Perbincangan tadi ayahanda agak tidak berpuas hati"

"Mengapa ayahanda?"

"Ayahanda dapat tahu, yang ada beberapa buah perkampungan yang diserang oleh suatu tenaga jahat" muka tua Maharaja yang sudah berkerut seribu itu kelihatan resah dan runsing. Ketika mereka sedang melaksanakan perbincangan sebentar tadi, bendahara selaku pemangku Maharaja menyampaikan sebuah berita yang berjaya membesarkan biji mata Maharaja Gajruddin Alzam. Beberapa buah perkampungan seolah diserang dengan suatu entiti yang tidak dapat dikenalpasti

Tiada jejak mahupun kesan yang ditinggalkan daripada entiti tersebut ketika menyerang perkampungan-perkampungan yang menjadi sasarannya

"Tenaga jahat? Bagaimana itu ayahanda?"

"Ayahanda diberitahu yang tenaga jahat itu menyerap roh-roh warga kampung yang diserang itu"

'Nampaknya betul lah apa yang adinda Lia katakan awal tadi!' Bisik hati si tuan puteri

"Jadi, apa langkah ayahanda yang seterusnya?" Muka puteri sulung kian serius namun kekal tenang

"Perbincangan tadi tiada kata muktamad daripada warga istana. Jadi langkah seterusnya masih lagi di bawah perbincangan"

"Kalau begitu ayahanda, anakanda akan cuba fikirkan langkah seterusnya. Jika anakanda mendapat idea, anakanda akan terus maklumkan kepada ayahanda dengan segera!"

"Baiklah. Ayahanda memang boleh percayakan kamu dalam hal-hal yang seperti ini" kata si raja kemudian berjalan meninggalkan Puteri Atulya di belakang bersama dengan dayang-dayang yang beriring bersama

"Aku perlu beritahu adinda-adindaku tentang ini!" Bisik suaranya lalu bergegas menuju ke tempat di mana kebiasaanya mereka berkumpul

*.°✿ 𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧 ✿ °.*

"Jadi betullah apa yang dikatakan oleh kekanda Lia, kerajaan kita sedang diambang kemusnahan!" Puteri Amylya hampir menjerit mengatakan tentang keadaan kerajaan milik ayahanda mereka

"Tidak, kita tidak lagi diambang kemusnahan. Kita masih lagi boleh selamatkan wilayah-wilayah diluar sana" Puteri Mikayla membuka suara

"Tapi macam mana kita nak selamatkan wilayah-wilayah itu? Adinda tidak rasa yang pasukan tentera kerajaan dapat menyelamatkan rakyat diluar sana"

"Kekanda tiada strategi? Apa yang patut kita lakukan tentang pertahanan kerajaan ini?" Tanya Puteri Mikayla kepada Puteri Atulya yang sejak tadi hanya mendiamkan diri selepas menceritakan perbualannya dengan ayahanda

"Kekanda pun tiada strategi yang menjengah.. eish! Kenapalah otak ini tak berjalan dalam waktu-waktu genting seperti ni!"

"Apa kata kita tunggu sahaja berita-berita tentang serangan itu, kemudian kita fikirkan lagi apa yang patut dilakukan"

4 puteri itu bersetuju. Kali ini, tiada apa yang mereka dapat lakukan. Kerajaan yang bakal diserang, musnah dan akan hilang daripada mata dunia begitu sahaja. Namun mereka tidak akan benarkan sesuatu seperti itu berlaku pada kerajaan mereka. Mereka sanggup pertarungkan nyawa demi kerajaan ayahanda mereka

𝑷𝒖𝒕𝒆𝒓𝒊 𝑴𝒂𝒉𝒌𝒐𝒕𝒂 | 𝐚𝐝𝐯𝐞𝐧𝐭𝐮𝐫𝐞 [𝐈]Where stories live. Discover now