V

5 3 0
                                    

Suasana di dalam bilik singgah sana itu kembali sunyi. Tiada seorang pun yang berani membuka mulut, apatah lagi ingin melangkah kaki keluar daripada bilik itu

"Ayahanda.. apa yang patut kita lakukan?" Puteri sulung akhirnya membuka mulut

Si raja tidak menjawab. Mukanya masih lagi kelihatan tidak tenang dan pucat

"Hantar saja semua kumpulan tentera kita dan cari wanita ahli sihir itu! Siapa yang dapat membawanya menghadap beta tidak kira hidup atau mati, akan beta berikan ganjaran yang lumayan pada mereka!" Perintah itu tegas dan padat. Kali ini dia tidak akan lepaskan wanita yang telah menghancurkan keluarganya itu

"Tapi ayahanda, wanita itu sudah berkata jika ayahanda tidak ikut katanya, dia akan musnahkan kerajaan ini" Puteri Mikayla pula yang bersuara

"Tidak! Ayahanda tidak akan benarkan semua itu berlaku!"

"Hantar sajalah kami ke sana ayahanda. Kami pasti dapat melawan dia! Setiap latihan yang kami jalani, adalah untuk waktu seperti ini!" Puteri Iman yakin yang mereka berempat mampu untuk menjatuhkan kekuasaan sihir hitam wanita itu

"Tidak! Ayahanda tidak akan menghantar puteri-puteri ayahanda ke sana! Wanita itu terlalu bahaya untuk kamu berempat hadapi"

"Tapi ayahanda, kami—"

"Sudah! Keputusan beta muktamad!" Dengan itu, raja terus berjalan keluar meninggalkan warga istana dan puteri-puterinya di dalam bilik itu. Tiada siapa dapat mengubah keputusan muktamad si raja, tidak juga buat puteri-puteri diraja

"Apa yang kita perlu buat ni kekanda?" Puteri Amylya tidak senang duduk selepas keputusan terburu-buru yang dibuat oleh ayahanda mereka. Mereka hanya memandang susuk tubuh tua ayahanda mereka melangkah pergi

*.°✿ 𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧 ✿ °.*

Waktu siang melabuhkan tirai. Kini warga istana sedang bersiap-siap ingin dibuai mimpi. Mimpi indah atau tidak? Pastinya bukan yang indah dalam waktu-waktu seperti ini

Puteri Atulya sedang duduk di jendela berseorangan, hanya ditemani angin malam dan cahaya bulan dan bintang. Langit pada malam itu kelihatan muram, seperti turut muram dengan apa yang berlaku siang tadi

"Tak! Ayahanda tidak akan menghantar puteri-puteri ayahanda ke sana! Wanita itu terlalu bahaya untuk kamu berempat hadapi!"

Satu keluhan berat keluar daripada mulutnya. Apa lagi yang boleh mereka katakan jika kata-kata muktamad telah dibuat oleh raja? Biarpun mereka adalah darah dagingnya sendiri, tetapi itu tidak menjadikan mereka mampu untuk menambah aksi menolak apa saja yang telah diutuskan

"Apa yang anakanda beta keluhkan itu?" Satu suara garau menyapa di belakangnya. Badan dipalingkan lalu sesusuk tubuh yang telah separuh dekad itu sedang berdiri gagah manakala tangannya diletakkan di belakang badan

"Ayahanda.." 

"Bagaimana keadaan anakanda?"

"Anakanda baik-baik saja ayahanda.."

"Malam ini, hanya satu bintang saja yang bersinar. Bertemankan bulan" kata si ayahanda seraya melabuhkan punggung di atas bangku. Puteri Atulya turut duduk di sebelah ayahandanya. Mata mereka bersinar-sinar memandang ciptaan di langit Yang Maha Esa itu

"Pasti ibunda sedang memandang kita, dari atas sana.."

"Anakanda-anakanda beta pasti rindukan ibunda mereka kan?" Tanya si ayahanda

𝑷𝒖𝒕𝒆𝒓𝒊 𝑴𝒂𝒉𝒌𝒐𝒕𝒂 | 𝐚𝐝𝐯𝐞𝐧𝐭𝐮𝐫𝐞 [𝐈]Where stories live. Discover now