• 0 5 m a r c h - s a d r o m a n c e

32 6 1
                                    

Credit by Unknown

May 2018.

"Hujanlah Ara. Pakcik ambil sekali kamu dengan abang-abang form 2 ya?" Awal-awal pagi lagi pakcik van dah keluarkan soalan yang terpaksa dijawab dalam hati. Tiara hanya mengangguk. Tak kuasa nak jawab walaupun sepatah "ya."

Van yang berwarna oren kekuning-kuningan itu pun meredah hujan melewati rumah-rumah teres kampung. Dan akhirnya, van itu tiba di sebuah rumah putih.

"Ara, nanti abang tu duduk sebelah kamu. Boleh ya?" Sekali lagi pakcik van itu memberi soalan yang terpaksa dijawab dalam hati. Nak tak nak, kenalah nak kan? Takkanlah nak suruh abang tu duduk atas bumbung pula?

Sebaik sahaja Ara mengangguk menjawab soalan, bau perfume abang form 2 itu pun menerjah masuk rongga hidung Ara tanpa mengetuk meminta izin. Nasib jenis bau lembut. Kalau macam bau-bau bangla, mahu saja Ara teleport terus pergi ke sekolah. Tak sanggup!

Setapak kaki kanannya memijak lantai van, Izzat tercenggang. Mana aku nak duduk ni?

"Zat, kamu duduk sebelah Ara. Boleh ya?"

Izzat tersenyum tawar. Mahu tak mahu, dia duduk sajalah di situ.

10 minit.

10 minit bau perfume Izzat menguasai zarah-zarah udara di dalam van itu termasuk hati Ara sebelum sampai ke sekolah. Lalu, disitulah kali pertama Ara terjatuh cinta dengan lelaki seperti Izzat.

Sudahlah pandai pilih perfume. Duduk pun sopan saja. Tak ada terkangkang-kangkang macam beruk terlepas zoo.

Jul, 2018.

"Ara! Cepat naik kelas!"

Ara dengan terkial-kial membawa beg dan papan kadbod untuk projeknya, terserempak dengan Izzat semasa Ara baru sahaja nak naik ke tangga.

'Perfume tu...' sekali lagi perfume itu masuk ke dalam hatinya. Tanpa mengesahkan makcik kedai buku yang sibuk memerhati, Ara terus kaku dengan kakinya yang sudah selangkah memijak satu anak tangga.

"Ara! Cepat!"

Dek terkejut dengan jeritan itu, Ara serta merta menoleh ke arah atas tangga dan... "Argh!!"

Dia terus menutup mulut kerana menjerit kuat sangat. Apa itu? Beruk hitam ke? Besarnya! Sumpah. Dengan mata kepala Ara sendiri bayang-bayang hitam itu bukannya orang.

Namun, penglihatannya terbukti salah. Itu adalah Naim. Senior form 4 nya sendiri. Lebih tepat, senior sepasukan kawadnya.

Balik saja hari itu, Naim terus menghantar satu message.

Naim : HAHAHA Itulah orang kata pergi sekolah suruh belajar! Bukannya duk berangan tak tengok tempat.

Arghh malunya! Sampai hati Naim gelakkan juniornya sendiri. Namun, sejak hari itulah dia mula rapat dengan Naim. Apa-apa kejadian sedih atau gembira, Ara mesti bagi tahu Naim terlebih dahulu. Begitu juga Naim. Saling bertukar-tukar cerita antara satu sama lain.

Sampaikan satu hari, Naim terjumpa ibubapa Tiara di kedai makan. Mereka bersalam-salaman dan berborak dengan rancak macam tak ada hari esok untuk sambung.

March 2020.

Tarikh keputusan Spm diumumkan.

"Aku tak sure esok kat sekolah aku boleh stay lama atau tak. Sebab aku ada budak nak jaga kat rumah ni. Kalau ada rezeki, kita jumpa, okay?"

Itulah yang diberitahu ke Tiara. Tanpa fikir panjang, Tiara terus membalas "okay" kerana minggu itu, minggu exam. Banyak perkara nak diselesaikan dan bukannya Naim seorang.

O U R  S T O R Y !Where stories live. Discover now