• s i l e n t k i l l e r - h u m o r

35 5 1
                                    

Credit by 

"Weh korang! Jom main game nak? Aku bosan la wei."

Felia atau Anna hanya panggil Kak Felly itu tiba-tiba datang memasuki ruang bilik unit A. Sudah lah dengan bedak sejuk dipakai di muka. Ingatkan makhluk mana dah tadi.

"Weh haah la. Aku pun bosan gak ni."

"Jom main Silent Killer!"

"Adik-adik meh la join kitorang sekali!"

Untuk seketika Anna blur melihatkan mereka mula berkumpul membentuk bulatan. Iya lah, dia baru budak form 1 di sini jadi dia masih dalam proses biasakan diri. Oh, begini lah agaknya permainan-permainan yang selalu dimain budak asrama itu! Yang Bella sering cerita pada dia dan Eva.

Terlihat Farah dan Diana turut menyertai. Eva mencuit bahu Anna. Apalagi, mereka mula bangkit dari duduk sebelum memenuhi barisan bulatan. Ada juga beberapa orang dari bilik lain yang ingin ikut serta bermain.

Dalam hati Anna mula berasa teruja.

"Okay, untuk game ni ha bagi selimut masing-masing," arah Felly.

Rasa hairan tetiba hadir di minda Anna. Game apa agaknya sampai kena guna selimut ni? Elena, antara yang excited nak main turut mengambil selimut milik Diana kerana kedudukan dia di sebelah katil Diana. Diana pula hanya tergelak melihat perangai seniornya itu. Nasib baik mintak dulu.

Mereka yang duduk dalam bulatan itu - ada yang duduk bersila, bersimpuh tapi lebih ramai yang hanya melunjurkan kaki. Tiga helai selimut dihampar di tengah bulatan.

"Biar aku terangkan game ni. First, kita tunduk kepala dulu. Jangan tengok! Aku nak pilih siapa yang jadi Silent Killer and Police."

Tiba-tiba suis lampu sengaja ditutup oleh Felly. Nampaknya tunduk kepala saja tak cukup lagi. Takut ada yang ngintai!

"Okay dah. Boleh angkat kepala."

Suis lampu kembali dibuka. Mereka yang tertunduk tadi mula mengangkat kepala masing-masing. Elena yang tiba-tiba ketawa itu dipandang Anna. Haish, ke Elena yang jadi Silent Killer ni?

"Oi Lena. Kau jangan macam-macam. Kau ke Silent Killer?"

"Eh eh eh ada la!"

"Ha sape yang aku pilih tadi jangan nak bagitau ek."

Setiap wajah di bulatan itu Anna pandang cuba menganalisis reaksi muka mereka. Hmm, pandai betul ye mereka kawal ekspresi. Susah dia mahu tahu.

"Okay lepastu kita pegang tangan."

Hampir-hampir saja Anna terkejut apabila tangan kirinya tiba-tiba dipaut oleh orang sebelah. Luna tersengih memandangnya kemudian kepala dipalingkan melihat rakan di tepi.

Tangan kanan pula memegang jemari Eva. Dan mereka si junior hanya melihat kakak-kakak yang menarik selimut dan ditutup tangan-tangan yang berpegangan.

"Ha game dia macam ni. Kita start dengan orang yang jadi Silent Killer. Dia akan pam tangan orang dekat sebelah dia. Contoh kalau dia pam 10 kali, so orang kat sebelah dia tu kena pam 9 kali dekat orang sebelah. Dan begitulah seterusnya. Oh, kita tutup dengan selimut ni pun supaya tak nak orang tahu lah."

"Orang tu akan tunggu sekejap la sebelum start pam tangan. Baru lah orang tak dapat tahu yang dia Silent Killer. And, orang yang rasa tangan dia kena pam satu kali je maksudnya dia dah mati. Bila dia mati, dia tak boleh pegang tangan dah. Kira out."

"Silent Killer, mission kau adalah bunuh Police. Supaya Police tu tak dapat teka kau. Tapi kalau kau tak dapat bunuh Police pun, kena pastikan la yang Police teka salah. So kalau ada yang rasa dia jadi sasaran, be careful! Hehe."

O U R  S T O R Y !Where stories live. Discover now