• a s r a m a - h o r r o r

55 13 1
                                    

Creadit by Unknown

Part 1

Tahun ni dengan tahun lepas sebenarnya tahun histeria akan terjadi. Ada seorang pelajar nampak benda tu. Budak itu macam pengantaraan. Lepastu, satu hari dia jatuh katil, katil bahagian atas. Walaupun ada palang, dia jatuh sebab 'benda' tu angkat dia dan hempas dia ke bawah. Budak tu patah tangan. Lepas kejadian tu, gangguan-gangguan berterusan.

Satu hari, ada pelajar-pelajar Tingkatan 1 pergi tandas, diorang nak ambil wudhu', cuci muka, dan macam-macam lagi benda yang diorang nak buat sebelum tidur. Tiba-tiba diorang terdengar bunyi flush tandas. Then, diorang tanya "Siapa tu?", tapi tak ada yang menyahut. Lepas tu, diorang buka pintu tapi tak ada siapa pun dekat dalam tandas tu. Kemudian diorang lari.

Part 2

Aku turun agak lambat ke tahfiz disebabkan aku baru sahaja habis training hoki dan olahraga. Tiba-tiba aku terdengar orang menjerit, Nana (bukan nama sebenar). Nana seorang yang mempunyai deria keenam, means dia boleh nampak semua 'benda'. Nana beritahu yang 'benda' tu datang dekat dia sebab nak bagi amaran, 'benda' tu marah and aku terus lari dengan gelabah, memanggil ustazah.

Nasib seorang saja yang kena ganggu tapi pelajar aspura menyibuk datang nak tengok. Kemudian, abang Nana, Nazmi (bukan nama sebenar) datang merawat adik dia sebab abang dia tahu apa yang Nana kena. 'Benda' tu marah sebab aspuri 'kotor', and you know perempuan setiap bulan, tak reti basuh.

Part 3

Benda ni terjadi sebelum cerita di atas. Ada seorang pelajar aspuri nama Alia (bukan nama sebenar) cemburu dengan seorang pelajar aspura, Ali (bukan nama sebenar) sebab reject dia (sebab apa, aku tak ingat). And dia ada buat kalung untuk letak dekat Ali, tapi Ali ni ada iman yang kuat. 'Benda' tu tak boleh duduk di situ dan balik ke aspuri.

Lepastu aspuri terkena histeria beramai-ramai. Ramai yang kena sehingga ada yang menjerit sana sini. Tapi budak yang pakai kalung tu tak ada sebab dia balik ke rumah. Lepas tu semua berkumpul di surau. Ada seorang pelajar nampak 'benda' tu ada dekat dengan dia dan dia kena rasuk. Pelajar tu mengilai-ngilai. Semua dah takut. Pelajar aspura pegang tangan dan kaki dia. Ustaz baca surah dan ayat-ayat lazim and perkara kembali kepada sedia kala.

Part 4

'Benda' tu ada sebab pernah ada kematian berlaku dekat dorm paling hujung dekat tingkat paling atas. Orang panggil dorm tu dorm z. Dorm tu dulu kipas siling, siling rendah. So siapa pun boleh terkena kipas tu.

Nak dijadikan cerita, ada seorang pelajar bangun terkejut sebab terlambat bangun ke sekolah and kipas masih terpusing laju. Kipas tu pun terkena leher dia 'zappp' dia tak ada kepala. Sekarang roh pelajar tu tak tenteram.

O U R  S T O R Y !Where stories live. Discover now