• c r u s h i b u - r o m a n c e

59 12 9
                                    

Credit by Iman Aisy

1998
Nama aku Amy. Aku ada seorang lelaki yang aku suka. Nama dia Amri. Amri ni famous dekat sekolah sebab dia hensem, baik, suka tolong cikgu dan dia pandai. Dia di kelas pertama (budak sains) while aku di kelas kedua (budak akaun). Aku crush on him waktu pertama kali dia pindah ke sekolah aku. Dia sebenarnya, schoolmate aku masa di sekolah rendah. Tapi aku tahu, dia tak akan pernah tahu akan kewujudan aku sebab aku seorang gadis yang agak pendiam dan kurang aktif.

Setiap hari, aku akan pulang dari sekolah dengan dia disebabkan dia hanya jiran aku. Aku hanya mampu melihat dia dari jauh saja. But first time in my life, dia tegur aku. Hari tu, dia terlambat balik, jadi aku balik lebih awal tapi tak la awal sangat, sebab aku hanya jalan di depan dia saja. Dia panggil aku. "Awak!" Dan dia tanya pelbagai benda lepas aku balas panggilan dia.

"Awak budak sekolah saya, kan?" "Ya"
"Awak tinggal dekat mana?" "Dekat depan tu je"
"Awak balik sorang-sorang je?" "Yelah"
"Nama awak apa?" "Amy"
"Awak umur berapa?" "16"

Selepas hari tu, aku selalu balik sama-sama dengan dia. Aku seronok berkawan dengan Amri. Dia selalu buat lawak, even kadang-kadang benda tu tak lawak pun. Dia menceriakan hari-hari dalam hidup aku.

Tapi...

Aku tak pernah bagitahu dia yang aku belajar di kelas mana. Dia tak pernah tahu aku selalu ada disamping dia. Dia tak pernah tahu aku ni seorang gadis yang agak pendiam. Walaupun dia pernah tanya "Awak duduk dekat kelas mana, Amy?" Tapi aku hanya senyum, lepas tu aku akan cuba menukar topik.

One day, aku terserempak dengan Amri di library. Aku cuba nak larikan diri dari dia tapi Amri sempat nampak aku. Jadi, dia panggillah aku "Amy!", dengan melambai-lambaikan tangannya.

"Amy, jomlah belajar sekali dengan saya"

Aku ikut cadangan dia. And selepas kejadian tu, aku selalu terserempak dengan Amri di library. Setiap kali aku datang ke library, aku mesti jumpa dia. Kitorang akan belajar dan mengulangkaji pelajaran. Dia selalu ajar aku tentang pelajaran.

1999
Tahun ni, aku akan menduduki peperiksaan SPM. Aku masih seperti dulu, tapi Amri mendapat tawaran untuk menjadi pengawas. Tak ada siapa pun yang tahu tentang aku dan Amri. Aku tak ada kawan, while Amri, ramai yang mahu berkawan dengan dia.

Setiap hari, seperti biasa, aku akan pulang bersama Amri. Namun, sejak dia dilantik sebagai pengawas, dia selalu pulang lewat. Aku balik seorang diri.

Aku jadi kurang rapat dengan Amri seperti selalu. Dia lebih banyak meluangkan masanya dia bilik pengawas. Amri juga jarang ke perpustakaan untuk belajar bersama aku.

Benda ni berlanjutan sehingga aku habis SPM. Aku sudah jarang bertegur dengan Amri sejak dia mendapat jawatan dalam anggota pengawas.

Selepas SPM, aku menghabiskan masa aku dengan menolong ayah aku di bengkel kereta milik ayah aku. Ayah aku seorang mekanik manakala ibu aku seorang guru matematik di sekolah rendah. Aku hanya mempunyai seorang adik lelaki, Amirul. Amirul hanya muda 2 tahun dari aku.

2000
Aku mendapat tawaran ke UiTM Merbok, Kedah dan UiTM Shah Alam, Selangor. UiTM Merbok tu dekat saja tapi bila teringatkan tentang kata-kata Amri pada malam itu.

"Awak, saya dapat tawaran ke UiTM Shah Alam",

Hati aku berbolak-balik sama ada mahu pergi atau tak. Tapi ibu aku mahu aku sambung belajar berdekatan saja. Jadi aku membuat keputusan untuk stay di Kedah. Aku akan belajar di UiTM Merbok. Amri pula di UiTM Shah Alam.

2001
Aku sudah tidak berjumpa dengan Amri. Aku tak dapat pulang ke rumah setiap hari. Tetapi aku selalu mendapat surat misteri tanpa nama. Surat itu dihantar melalui posmen yang datang ke universiti aku. Tanpa nama. Namun, aku dapat mengagak daripada siapa surat ini datang. Amri. Sebab surat ini mempunyai tulisan yang kemas seperti Amri.

Surat ini seperti surat yang mengambarkan isi hati penulis. Gembira. Sedih. Takut. Penat. Seronok. Itu yang selalu bermain di hati aku.

2002
Aku masih keseorangan, tanpa kawan. Surat itu juga masih lagi dihantar tanpa nama. Aku masih belum dapat bertemu dengan Amri. Aku mengagak dia semakin sibuk dengan assignment dan projek yang perlu dibuat. Begitu juga aku.

Aku telah memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual kek hasil air tangan aku. Aku mahu menyimpan duit untuk menampung perbelanjaan aku dan mahu membuktikan aku mampu hidup berdikari.

One day, aku membuat kek kepada pemilik surat itu. Dia menulis surat kepada aku dan bertanya tentang perniagaan kek aku.

"Assalamualaikum, Amy. Macam mana perniagaan kek awak? Saya harap ia berjalan dengan lancar. Erm, awak ni cantik, so boleh awak hantar dekat saya kek?"

Jadi aku buatkan dia kek dan menghantar menggunakan alamat yang dia beri. '23, Kampung A, Jalan A, *****, Alor Setar, Kedah'

Itu. Itu alamat rumah berhampiran dengan rumah aku. Itu rumah. Amri. Sangkaan aku tepat. Pemilik surat itu memang Amri.

2003
"Amri masuk meminang", itu yang aku dengar dari mulut ibu aku masa aku jejak kaki di rumah selepas pulang dari universiti semasa cuti semester. Aku terkaku. Benda yang aku paling tak jangka akan berlaku dalam hidup. Seorang Amri Abdullah masuk meminang Amirah Ibrahim.

Ibu aku terima pinangan Amri. "Bulan satu, tahun depan, korang kahwin", ibu aku beritahu aku dengan riak wajah yang gembira. Aku tahu ibu aku seronok apabila dia dapat menantu yang baik. Lebih-lebih lagi apabila dia kenal orang tu.

2004
Selepas hampir 4 tahun, aku tak bertemu dengan Amri, aku berjumpa dengannya untuk diijabkabulkan. Kini, seorang Amri Abdullah merupakan suami kepada Amirah Ibrahim dengan sekali lafaz.

"Awak rindu saya tak?"

Soalan pertama yang ditanya oleh Amri semasa berjumpa dengan aku. Aku rindu dia. Aku hampir menangis semasa berjumpa dengan dia. Sekarang, aku akan selalu ada disamping dia.

2020
Kini, aku mempunyai tiga orang anak. Dua lelaki dan seorang perempuan. Anak sulung bernama Nurul Iman Aisy, 14 tahun, kedua, Muhammad Iman Azim, 13 tahun, dan terakhir, Muhammad Iman Ariffin, 10 tahun. Anak hasil perkahwinan aku dengan Amri. Anak yang aku sayang.

Aku merupakan seorang usahawan yang berjaya manakala Amri, seorang pensyarah di universiti tempat aku belajar dahulu. UiTM Merbok.

Aku harap hubungan kami akan kekal sehingga ke Jannah. Aamiin.

O U R  S T O R Y !Where stories live. Discover now