"Nampaknya sudah tiga tahun baru aku kembali ke tempat asalku" kata aku di dalam hati. Aku menarik nafas lega dan gembira selepas penat dari perjalanan untuk aku kembali ke tempat asal aku. Alangkah gembiranya dapat berada di rumah dan berbaring di atas katil untuk berehat dari penat perjalanan,tetapi kegembiraan itu tidak lama kerana terdengar suara ibuku memanggil.
"Aizo,Aizo bangun cepat nanti kena pergi ke sekolah. Cepat pergi mandi nanti tidak sempat bersarapan pula." Kata ibuku memenggil aku untuk pergi ke sekolah. Lalu aku menjerit "APA HARI NI SEKOLAH KA!!!" Alangkah terkejutnya aku mendengar yang hari ini sekolah maka hilanglah semangat aku untuk berehat.Aku cepat-cepat mengambil tuala dan bergegas ke bilik air untuk mandi untuk ke sekolah.
Setelah mandi aku pun memakai baju persekolahan aku sambil terkenang zaman aku dan kawan-kawanku pergi ke sekolah bersama-sama. Aku berfikir adakah mereka sihat sahaja atau ada yang sudah berpindah.? selepas aku bersiap memakai pakaian persekolahan akupun terus bergegas ke ruang makan untuk bersarapan.
Selepas aku sudah bersarapan aku pun mencari ibuku untuk bersalam dan pergi ke sekolah dengan secepat yang mungkin.Aku masih mencari ibuku ,akhirnya aku menjumpai ibuku dan menghulur tangan untuk bersalam.Alangkah terkejutnya aku selepas mendengar kata-kata ibuku.
YOU ARE READING
Kumpulan "Letter"
FantasyCerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan bernama "Letter" yang sering menolong masyarakat tanpa mengira waktu,tempat dan keadaan.Ketua kumpulan ini bernama Aizo atau yang digelar sebagai "A" mengetuai kumpulan yang ditubuhkan oleh dirinya send...