Api sangat marak dan membara di sekelilingku,tahap kepanasannya tidak terkata sehingga terasa inilah idea yang paling teruk yang pernah aku fikirkan.Aku tersilap aku sepatutnya basahkan diriku dengan air.Tetapi aku perlu cepat kerana api semakin marak dan jika aku terlalu lama aku mungkin sudah terlambat untuk keluar semula.
Aku terdengar suara minta tolong tetapi tidak jumpa di sekitar aku,jadi aku pun berusaha mencari mangsa secepat mungkin.Hampir kesemua tempat aku mencari,akhir sekali aku memeriksa di bilik air.Mujurlah aku terjumpa dia di bilik air,kerana bolehlah aku menggunakan air yang ada untuk melindungi diri kami.
Selepas aku basahkan diri aku terus keluar secepat mungkin,syukurlah aku berjaya selamatkan budak lelaki tersebut dan keluar untuk minta tolong panggilkan ambulan untuk memastikan mangsa dalam keadaan selamat.Tidak berapa lama kemudian bomba dan ambulan pun datang,aku berasa sangat gembira dan aku terus pensan.
Aku terjaga dari pensan dan badanku rasa sangat sakit."Jangan risau kau hanya melecur sedikit dan terlalu banyak sedut udara bertoksik dari asap.Sebab tulah kau pensan."Kata doktor."Aku puji kau sebab basahkan diri,kalau tak kau tentu dah terbakar dan tak dapat selamatkan budak itu."Tambah doktor lagi.
YOU ARE READING
Kumpulan "Letter"
Viễn tưởngCerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan bernama "Letter" yang sering menolong masyarakat tanpa mengira waktu,tempat dan keadaan.Ketua kumpulan ini bernama Aizo atau yang digelar sebagai "A" mengetuai kumpulan yang ditubuhkan oleh dirinya send...