Hidup Kembali

71 10 0
                                    

Setelah kami berjaya kalahkan kumpulan perompak tersebut, kami terus mengikat mereka dan bawa mereka kepada polis. "Terima kasih kamu semua sudah lama kami hendak tangkap mereka, tapi kamu semua berjaya selesaikan semua ini sekejap sahaja, terima kasih. Tapi saya rasa macam pernah jumpa kamu ni." Kata Ketua balai. Tiba-tiba seorang pegawai polis berkata "Saya kenal siapa mereka. Mereka semua adalah Ketua Kawasan dari Kumpulan 'LETTER' dan awak ni mesti ketau Kumpulan 'LETTER'kan." "Eh, Kumpulan 'LETTER'? Saya ingatkan kumpulan kamu telah dibubarkan atas sebab-sebab tertentu." Kata Ketua Balai.


Kami tanpa kata apa-apa terus keluar dengan muka sedang senyum. "Bos, mungkin kita perlu hidupkan kembali kumpulan kita." Kata B. "Saya akan beritahu pendapat saya di sekolah esok." Kata ku. "Hey, aku dengar kita ada pelajar baru. Kalau perempuan aku punya kalau lelaki aku harap dia tidak populer." Kata seorang pelajar. Cikgu melangkah masuk ke dalam kelas dan berkata "Baiklah sebelum cikgu ambil kehadiran cikgu nak memperkenalkan seorang pelajar baru. Silakan masuk dan kenalkan diri."


Aku berkata "Nama saya Roronoa Aizo. Saya pernah bersekolah di sini dan saya seorang ketua Kumpulan 'LETTER' dan saya rasa yang saya patut hidupkannya kembali." Semua bekas ahli Kumpulan 'LETTER' bersorak gembira. Cikgu menyuruh aku duduk di tempat yang kosong dan mula ambil kehadiran. "Akira ada tak?" Kata cikgu. "Ada". "Kior?" "Ada" Grqn?" "Ada." "Teena?" "Ada" "Ok, semua hadir."Kata cikgu. "Eh?Mengapa cikgu kehadiran mereka berempat sahaja?" Kata ketua Kelas.


"Sebab cuma mereka sahaja yang selalu tidak hadir dan yang lain kehadiran penuh." Satu kelas ketawakan mereka. "Sudah mari mulakan kelas." Selepas 2jam 30 minit loceng rehatpun berbunyi. Aku bertanya kepada B, "Jadi berapa ramai ahli yang ada dalam kelas ini?" "26 daripada 32, termasuk Bos dan yang menariknya kita semua Ketua Kawasan." F berkata "Tetapi sekarang ni dah ada kumpulan baru dan ada beberapa kumpulan kita menyertai mereka,dan mereka adalah kumpulan dari pelajar yang bermasalah. Kalau tak silap nama kumpulan mereka ialah..."

Kumpulan "Letter"Where stories live. Discover now