Kisah 'B'

115 12 1
                                    

Nama aku Bruch tapi sebelum kumpulan aku dibubarkan semua panggil aku 'B'. Sebelum aku jadi ahli kumpulan 'LETTER' aku cuma seorang yang hanya menggunakan kekuatan aku untuk mendapatkan apa saja yang aku nak seperti gangster. Cara aku boleh jadi sebahagian dari kumpulan 'LETTER' adalah pada suatu hari aku sedang melakukan aktiviti biasa aku iaitu marampas barang dari budak-budak lain.

Tiba-tiba ada seorang budak (A) buat tak tahu sahaja pada aku, aku jadi marah tetapi dia masih buat tidak kisah dengan apa yang aku cakap. Aku menjadi sangat marah dan terus cuba menumbuk muka dia tetapi dia boleh elak begitu sahaja seperti dia sudah tahu yang aku hendak menyerang dia dari arah mana. Aku tidak mempercayainya dan terus cuba menumbuknya lagi tetapi beberapa guru disiplin datang dan menyuruh aku berhenti.

Selepas loceng berbunyi aku menunggu dia di hadapan kelasnya untuk mengajak dia bertarung dengan aku. Dia menerima ajakkan aku jadi aku terus membawa dia ke tempat lapang, selepas kami sampai aku meletakkan bag aku yang berisi barang yang aku rampas pada waktu rehat tadi. Aku berkata kepada dia "jadi hang rasa hang boleh lawan aku, pelajar paling kuat di sekolah."

Dia terus berkata "Ya,kenapa?" Aku menjadi marah dan terus mulakan langkah aku. Aku memberi satu tumbukan ke muka tetapi dia elak entah bila dia berikan tumbukan pada badan aku. Badan aku terasa sakit tetapi aku tidak mengalah aku berundur ke belakang selangkah dan aku mula berikan 'flying kick'. Tetapi dia memegang kaki aku semasa aku berada di udara aku betul-betul terkejut dan dia menghempas aku ke tanah seperti daun yang gugur.

Kumpulan "Letter"Where stories live. Discover now