EPISOD 2

663 22 0
                                    

EPISODE 2

AKU menggeliat merenggangkan otot-otot tubuh sebaik terjaga dari lena. Tilam empuk dan lembut memang melegakan tubuhku. Tilam?

'Bagaimana aku boleh berada di atas tilam?' desis hatiku tanda soal. Mata terus celik apabila patung beruang kesayangan milikku juga tiada di dakapan. Kini pelbagai soalan lain bermain di mindaku. Mana Teddy? Macam mana aku boleh berada di dalam bilik tidur? Bukankah tadi aku berada di dalam kereta yang dipandu Hilman? Tidak mungkin Hilman bertindak berani mendukung aku masuk ke dalam bilik.

Aku turun dari birai katil. Cadar, selimut dan bantal dikemaskan. Misi utama sekarang, aku perlu mencari keberadaan Teddy. Daun pintu bilik tidurku dikuakkan perlahan dari dalam. Kepala aku terjengul sedikit keluar pintu, seolah-olah kura-kura yang ingin melihat luar dari tempurungnya. Melihat tiada orang serta suasana rumah yang sunyi, aku berani melangkah keluar meninggalkan kamar beradu. Satu per satu anak tangga dipijak menuruni ke ruang tamu. "Mak Idah..."

"Ya, Cik Fifi?"

"Panggil Fifi sahaja, Mak Idah. Fifi dah pesan banyak kalikan buang sahaja panggilan 'cik' tu," Mak Idah hanya tersengih langsung tidak membalas kata-kataku.

"Hilman mana ya, Mak Idah?"

"Hilman? Hilman dah balik."

"Dah balik?" aku sudah tahu tapi aku ingin memastikan sahaja. Lantas kerana itu, aku melemparkan soalan itu kepada Mak Idah. Motor kapcai milik Hilman yang kebiasaannya terparkir di garaj tidak nampak di mataku saat kaki menjejak lantai ruang bawah. Namun begitu, masih ada soalan yang menjadi tanya buatku tika ini. Kenapa Hilman balik? Kujeling ke arah jam dinding, masih awal untuk Hilman pulang ke rumahnya.

"I yang suruh dia balik," suara garau milik dia kedengaran dari belakang. Aku menoleh ke belakang.

"Teddy." Punyalah aku mencari bagai nak rak keberadaan Teddy. Rupa-rupanya ada pada dia. "Do you want this?" Soalnya menggoyang-goyang Teddy pada paras tinggi. Tidak menjawab, aku terus menarik kerusi di ruang meja makan dan letak di hadapannya. Kaki memanjat di atas kerusi dan cuba menggapai Teddy dari tangan dia. Namun, entah bagaimana boleh tersilap langkah bibir mongelku bertemu dengan bibir miliknya. Tangannya pula pantas melingkar di pinggangku memastikan kedudukan tubuhku stabil menghalang daripada jatuh menyembah ke lantai jubin.

Tersedar dengan keadaan memalukan itu, aku menolak dada bidangnya menjarakkan posisi di antara kami. Sekali lagi, nasib malang menyebelahiku kerana tubuhku tidak seimbang. Aku menantikan tubuh kecilku menyembam atas lantai jubin namun tidak terasa. Dia berjaya menyambut tubuhku.

"Do you miss me?" Dia mengenyit mata kononnya menggoda. Eih, tolonglah!

"Put me down," arahku memukul bahu tegap dan dada bidangnya. Dia melambung tubuhku ke atas seperti bola. Aku menjegil mata kerana terkejut dan rasa gayat. "Are you out of mind?"

"Buat la muka macam tu lagi. Comel. Tahu pun takut. Siapa suruh pukul Fir macam tu? Sakit tau," dia mencebik bibir ingin aku pujuk. Memang taklah!

"Awak buat apa di sini?" Soalan daripadaku membuatkan dia beriak menjengkit kening. Comel! Suka benar diriku dengan reaksinya yang satu itu. Tampan!

'Encik Firdaus, cukup-cukuplah awak buat jantung saya ni berdegup laju.'

"Yana sayang, soalan apakah itu?" suara dia meleret masih cuba menggoda kerana tiada reaksi daripada aku. Jeritan batinku meronta-ronta tidak tahan dengan tindak-tanduk dan suara seksinya. Cair jiwaku dibuatnya.

"I miss you so much." Rengekku manja memeluk erat lehernya.

Dia ketawa besar. Tubuhku yang berada di dalam dukungannya diletakkan di atas sofa di ruang tamu. Mak Idah sudah hilang ke dapur sejak tadi memberi ruang kepada aku dan dia.

Dia duduk di sebelah aku di atas sofa yang sama. Aku menjeling dia, "Kenapa gelak?"

"Cute,"

"Tadi kan ada orang tu merajuk dengan saya... agak-agaknya siapa ya?" tambahnya memandang aku dengan senyuman nakal.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Pura-pura tidak dengar soalannya itu.

"I nampak you dengan dia, Fir. What do you expect? I thought you already forget her and accept me. But..."

Dia memegang tanganku. "Yana, please understand me. She needs me." Dahinya bertemu dengan dahiku. Seringkali dia berbuat begitu tanda dia ingin memujukku. Entah untuk kali ke berapa, aku akur. Aku terima yang aku sepatutnya faham situasi dia. Namun, untuk menipu hati yang aku sudah tidak kecewa dengan apa yang aku lihat tadi... aku tidak mampu.

"Nak Teddy," aku cuba mengambil Teddy dari tangannya. "Yana, Fir laparlah." Dia menayangkan muka simpati. Aduh, lemah aku begini jika ditayangkan muka kacak comel a.k.a puppy eye.

"What do you want to eat?" soal aku menimbang tara permintaannya. "You." Jawapan si dia pun memang tak makan saman.

"Fir, tak lawak. Fir nak makan apa? Baik jawab cepat, sebelum I change my mind," Aku mengugut. Tidak boleh bagi muka sangat ke dia ni.

"Udang sambal."

"Fir, awak tahu kan yang awak tak boleh makan benda pedas. Perut awak meragam nanti," aku cuba menghalang.

"Please..." Fir merayu. Sekali siap dengan pakej puppy eye.

"Fir-"

"Make me your special salad too, please." Dia mencelah dan menambah menu. Belum sempat aku membuka mulut membantah permintaannya, dia sudah pergi dulu meninggalkan aku sendiri di ruang itu.

Aku cuma mampu geleng kepala. Bangun dari sofa, aku menuju ke ruang dapur ingin menyediakan juadah permintaan Firdaus. Membuka pintu peti ais, aku melihat ruang peti ais penuh dengan bahan-bahan basah untuk dimasak. Pantas sahaja dia meminta aku memasakkan sesuatu untuknya. Mengambil apron yang terlipat di dalam laci, aku sarungkan pada tubuh. Beberapa bahan untuk udang sambal aku keluarkan dari peti ais. Mak Idah tolong aku tanak nasi di dalam periuk nasi. Lincah sahaja tanganku memotong bahan untuk masakan buat suami yang tercinta.

APAIXONARTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang