EPISOD 3

457 18 0
                                    

EPISOD 3

NAMA aku Shafira Liyana Adam Micheal dan dia Tengku Syed Firdaus Al Amin Tengku Syed Warfiq Al Ikhlas. Nasib baik yang jabat tangan tok kadi bukan aku. Kalau tidak, mahu tak terlepas akad nikah untuk aku lafazkan dek namanya yang panjang. Sudah setengah tahun aku bergelar isteri kepada si dia. Aku cintakan dia. Tapi, dia... dia cintakan aku? Aku tak punya jawapan. Kena tanya tuan badan.

Satu pinggan nasi yang berisi lauk sambal udang serta mangkuk kecil salad sudah aku hidangkan di atas dulang petak. Tak lupa juga, sekuntum bunga mawar merah aku letakkan di atas dulang tepi pinggan nasi. Bunga mawar yang menjadi hiasan hidangan itu aku petik dari taman bunga di ruang laman rumah kami. Fungsi bunga mawar ini adalah salah satu cara aku untuk memikat suamiku sendiri.

Menatang dulang naik ke atas, aku masuk ke dalam bilik utama. Dulang tadi diletakkan di atas sofa yang berada di depan katil bersaiz king. Dia sedang tidur di atas katil langsung tidak sedar dengan kehadiranku. Aku memanjat naik ke atas katil empuk milik kami berdua. Aku melompat-lompat di atas katil itu seperti kanak-kanak riang. Firdaus bertingkah menarik selimut dan membalut tubuh. Tingkahku dihentikan lantas aku duduk bersila di atas katil.

Kaki milik Firdaus yang terkeluar dari selimut aku tarik. Lalu, aku geletek. Peliknya, dia tidak ketawa tetapi aku yang ketawa. Tiba-tiba, pergelangan tanganku dipegang kemas oleh Firdaus. Dia menolak selimut ke tepi dan memandang aku dengan pandangan yang tajam. "Naughty girl."

Terkejut aku apabila tubuhku ditindih dia. Mata aku membulat besar apabila jari-jarinya menari di pinggangku. Menggeliat tubuhku macam cacing kepanasan menahan geli. Semput!

"Firdaus, stop it. I'm sorry. I'm sorry," rayuku.

"Promise me not to do it again." Dia memandang aku menantikan kata-kata daripada aku. Tapi, apa yang aku buat adalah mengucup pipinya sekilas dan berlari keluar dari bilik tidur.

Aku berpatah balik. Pintu bilik tidur dibuka semula dan kepala aku terjengul macam kura-kura, "Makanan Fir, Yana letak atas sofa. Selamat menjamu selera,"

"Oh, by the way... tadi dia ada call Fir," beritahuku sebelum menutup pintu kamar. Perlahan-lahan, aku sandarkan tubuh pada daun pintu itu. Terlepas keluhan berat dari bibirku. "Why I love you, Mrs. Firdaus?"

APAIXONARWhere stories live. Discover now