EPISOD 5
AKU memarkir kan kereta di ruang parkir bawah tanah di atas bangunan pejabat milik suamiku. Boleh sahaja aku parkir kan kereta di atas tapi aku tidak selesa jika mata para pekerja suamiku memandang aneh kepadaku. Sangka aku terlalu angkuh. Aku berdiri di depan meja resepsi. Ku ukir senyuman buat gadis penyambut tetamu yang bertugas di situ. "Assalammualaikum, boleh saya berjumpa dengan Encik Tengku?"
"Sekejap ya, Cik..."
"Fifi. Cik Fifi."
"Saya call PA Encik Tengku," beritahunya meminta aku menunggu. Aku mengangguk faham. Sementara itu mataku meliar di segenap ruang lantai lobi bangunan pejabat milik suamiku ini. Tidak putus manusia keluar masuk dari pintu lobi membuat urusan. "Cik Fifi, PA Encik Tengku minta Cik naik ke tingkat 25. Gunakan lif di situ ya," beritahu gadis penyambut tetamu itu dengan nada ramah.
Aku masuk ke dalam perut lif. Saat pintu lif terbuka pada tingkat 25, aku melangkah keluar. Tubuh Maria tegak berdiri menyambut kedatanganku dengan senyuman. "Cik Fifi, makin comel. Geram saya tengok." Aku senang dengan tingkah PA suamiku yang mesra dan peramah ini. Hanya dia seorang sahaja yang tahu statusku selaku isteri kepada ketua besar di dalam bangunan ini.
"Encik Firdaus ada?"
"Bos tak ada. Keluar pergi lunch."
"Maria." Aku memanggil Maria membuatkan langkah gadis itu terhenti menoleh ke belakang memandang aku. "Ya, Cik Fifi?"
"Bos awak dengan Kayla kan di dalam pejabat?" Maria cuba menyembunyikan rasa gelisah dan resah namun dihujung mataku, aku sedar tindak-tanduknya. "Bos keluar lunch," dia masih mengulang jawapan yang sama meyakinkan aku.
"Di mana?" Aku tahu tak sepatutnya aku menyoal Maria seperti polis pencen tapi rasa ingin tahu dalam diriku sangat tinggi. Aku perlukan jawapan.
"Bos tak cakap pula tadi," jawabnya menggaru kepala. Namun, suara Firdaus dari corong interkom di atas meja Maria membuatkan Maria cepat-cepat menoleh ke arahku memberi pandangan serba salah dan kasihan. "Maria, tolong buatkan air sejuk untuk Cik Kayla," arah suamiku kepada Maria.
"Cik Fifi, saya-" belum sempat dia menjawab, aku mencelah dahulu. "Jangan. Saya faham."
Pintu pejabat Firdaus terkuak dari dalam membuatkan kepala aku dan Maria berpusing ke arah tubuh yang berdiri di depan pintu itu. "Maria, kenapa lambat sangat?"
"Hi," suaraku dibuat-buat ceria. Jari tak lupa menunjukkan simbol 'peace no war'.
"Yana." Firdaus jelas terkejut tidak menyangka aku berada di situ.
"Fifi, you ada di sini? Lama tak jumpa kan? Sejak-sejak you rampas my boyfriend," kata Kayla sinis sengaja memanaskan hatiku. Malangnya aku tidak rasa apa-apa. "Kayla," aku senyum menegur kekasih suamiku.
"Maria, you pergi pantri buatkan air untuk I," arah Kayla dengan riak selamba kepada Maria. Dia melangkah merapati aku. "Lunch untuk Firdaus ya?" soalnya menuding jari ke arah mangkuk tingkat yang berada di pelukanku. "Yes."
"If you don't mind, lunch ni biar I dengan Firdaus yang makan. You balik ya? Don't worry, I'll make sure Firdaus tak skip lunch." Kayla merampas mangkuk tingkat itu daripada tanganku. Suamiku hanya memerhati tanpa berkata apa-apa.
"But-"
"Yana, please. Don't. Later, I'll lunch."
Aku pandang Firdaus. Kata-kata yang ingin keluar daripada mulutku tidak terluah. Lantas aku berdiam tidak bersuara. Kata suamiku sendiri walaupun senada tetap mencucuk-cucuk hatiku, pedih.
Siapa sebenarnya isteri Encik Firdaus sekarang? Kayla atau aku?
"I'm sorry," ucapku sebelum membawa langkah pergi jauh dari pemilik bangunan itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
APAIXONAR
RomanceSEBELUM INI DIKENALI SEBAGAI MRS. FIRDAUS APAIXONAR (n.) the act of falling in love, to fall in love with someone or something MENCINTAI tak semestinya memiliki... Tapi bagaimana kalau sekiranya yang dicintai itu suami aku sendiri? Bukan ke aku be...