EPISOD 8 - TEASER

574 10 0
                                        

Episod 8

TOK! Tok!

"Assalammualaikum..."

"Acap, kau buat apa di sini?" soal Firdaus bertanda-tanya dek kehadiran Acap tiba-tiba di depan pintu terataknya.

"Pujaan hati aku demam. Aku datang melawatlah," jawab Acap selamba terus ke tujuan asal. Tak ada kias-kias dah.

"Dia isteri aku, Acap." Suara Firdaus tenang namun tetap ada bunyi tegas.

"Isteri?" Acap gelak kuat sampai pegang perut. Geli hati sangat. Tak tahulah bahagian mana yang terlampau kelakar. "Kalau ikutkan apa yang nampaklah. Kayla tu isteri kau dan Fifi, hurm. Macam perempuan simpanan kau. Kau tak pernah mengaku dia isteri kau dan kau sembunyi hakikat sebenar yang dia ialah isteri kau."

"Macam mana kau tahu Fifi demam?" soal Firdaus tidak mahu membincangkan isu tersebut.

"Fifi whatsapp aku. Dia kata dia rindukan aku sangat-sangat. Ada suami... suami bercinta dengan perempuan lain. Lepaskan je la dia, Firdaus. Aku mampu bahagiakan dia."

"Fifi tak akan cakap macam itu. Dia... ah! Ni mesti kau dulu yang mula whatsapp dia." Firdaus mengepal penumbuk cuba menahan rasa amarah dan geram yang mula menjentik hati.

"Ikut engkaulah nak percaya mana satu. Daripada aku bergaduh dengan kau di sini, baik aku naik ke atas jumpa buah hati aku." Acap terus memanjat tangga menuju ke ruang atas mencari Fifi. Firdaus tidak membiarkan Acap bebas laku mengekori dari belakang.

.... untuk tahu lanjutan episod ini? Mari dapatkan ebook Apaixonar.

Hanya RM7 sahaja.

Berminat, sila klik link ini >>> https://wa.me/60133804517 

APAIXONARTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang