EPISOD 4

456 16 0
                                    

EPISOD 4

MALAS membiarkan emosi mengawal diri, aku berjalan menuju ke bilik dobi. Tugas seorang isteri masih perlu aku jalankan walaupun statusku sebagai isteri dia masih lagi belum pasti di hatinya. Aku masukkan semua baju kotor ke dalam mesin basuh sekali dengan satu penutup cecair sabun basuh baju. Sementara menunggu baju habis basuh, aku membelek-belek telefon.

Sebaik baju selesai pusing di dalam mesin basuh, aku keluarkan dan isi kan ke dalam bakul. Bakul baju yang dibasuh itu aku bawa ke ampaian yang terletak di belakang rumah. Sedang aku menjemur pakaian, aku terasa sesuatu meniup di cuping telingaku. Tangannya melingkar kemas di pinggangku. Aku biarkan sahaja. Langsung tidak terasa diganggu malah rasa selesa apabila berada di dalam dakapan hangatnya. "I need to go," beritahu dia kepada aku.

Aku memusingkan tubuh membuatkan kami saling berhadapan. "Hati-hati di jalan raya. Jangan buat aksi Fast and Furious pula atas jalan raya," hidung mancung dia aku cuit manja. Tangan dia aku gapai dan salam. Aku melihat sahaja tubuh sasa itu pergi meninggalkan aku seperti membawa separuh jiwaku turut pergi. Kakiku terasa lemah sehinggakan aku tidak mampu lagi berdiri, terduduk di atas rumput hijau di laman belakang rumah. "Why?" bisikku perlahan mempersoal segala-galanya.

Ke manakah tujuan Firdaus? Dia keluar bertemu kekasihnya. Kekasih pertamanya dan mungkin juga kekasih terakhir miliknya walaupun aku mula wujud di dalam kehidupannya sejak setengah tahun yang lepas. Jawatan aku cumalah isterinya sahaja. Isteri di atas kertas. Itu apa yang aku rasa, tidak tahulah bagaimana pula tanggapannya terhadap statusku.

Kebahagiaan dia adalah kebahagiaanku. Tipu kalau aku kata aku tidak rasa sakit. Namun, siapalah aku. Cukuplah aku yang menjadi punca menarik dia terjebak dalam kancah perkahwinan dan kehidupan sebagai suami kepada aku. Sebelum lafaz akad diucap, dia sudah mengingatkan aku. "Yana mungkin dapat berkahwin dengan Fir tapi Yana tahu kan... yang Yana tidak mungkin akan dapat merasai cinta daripada Fir. Fir hanya cintakan dia. Hanya dia," kata-kata Firdaus satu ini masih kemas tersimpan dalam kotak memori aku.

Jam sudah berdetik dua pagi. Aku masih cuba mencelikkan mata. Di manakah keberadaan Firdaus?

Aku tersedar apabila Mak Idah mengejut aku bangun solat Subuh. Aku bangun merapati tingkap. Langsir diselak mengintai garaj. Kereta mewah milik suamiku tiada di garaj. Mampukah aku bertahan? Sampai bila aku mampu bertahan untuk menghadapi situasi ini? Jangan salahkan takdir kalau aku sendiri yang inginkan semua ini. Semua ini berpunca dari sifat tamakku yang ingin memilikinya. Sepatutnya aku bersyukur kerana sudah memiliki dia namun sifat tamak semakin beraja dek rasa hati yang ingin memiliki cintanya.

Sebaik menunaikan solat subuh, aku duduk seketika di atas katil bersandar pada kepala katil. Telefon bimbit di atas meja sisi katil dicapai.

Assalammualaikum, Fir. Awak kat mana ya? – Yana

Firdaus masih tengah tidur. Ini Kayla. – Firdaus

Aku terhenyak saat membaca reply daripada Firdaus. Aku tidak nafikan yang Firdaus nakal tapi senakal-nakalnya dia tidak akan sesekali berdua-duaan dengan mana-mana wanita termasuk juga kekasihnya sendiri. Hati cuba dipujuk supaya terus mempercayai Firdaus walaupun ada sedikit rasa ragu mula timbul dalam diri.

Kayla, Firdaus ada di mana ya sekarang? – Yana

In my house, of course. Why? Semalam kita orang hang out lama, tak sedar masa jam pukul berapa. Dah lewat sangat, so I tengok dia penat. So, I offer dia untuk stay at my place. – Firdaus.

'How could you, Fir...' kata itu hanya mampu aku bisikkan dalam hati sahaja. Hati aku terluka. Sungguh terluka walaupun aku tahu ini semua berpunca daripada diri aku sendiri.

'Kau tak akan pernah dapat cinta daripada suami kau sendiri, Shafira Liyana.'

Seminggu aku tidak menyapa apatah lagi menegur Firdaus. Malah, dia sendiri juga tidak berkata apa-apa. Kami seolah-olah orang asing walhal minggu lepas sebelum dia bertemu dengan Kayla, kami baik-baik sahaja. Walaupun, hubungan di antara kami agak dingin, aku masih lagi tidak terlepas menjalankan tanggungjawabku selaku seorang isteri. Pakaiannya, makan minumnya, masih aku jaga. Namun, disebabkan situasi ini aku jadi kurang selera sehingga menyebabkan aku turun berat badan.

Dalam seminggu itu, tiada sedetik pun aku tidak fikirkan cara bagaimana untuk memulihkan kembali hubungan kami agar kembali kepada biasa. Sungguh, aku terlalu rindukan dia. Hati ini tidak dapat nafikan yang aku rindukan suami aku itu.

Ting! Muncul satu idea bernas di dalam kepala aku untuk memulihkan hubungan di antara kami. Apa dia? Aku berencana untuk masak makanan kesukaannya dan hantar sendiri ke pejabatnya.

Melangkah masuk ke dalam teratak, Mak Idah menegur aku. "Awal balik, Fifi."

Aku mengukir senyuman manis buat Mak Idah yang juga tidak lekang mengukir senyuman. "Fifi nak masak something untuk Firdaus then hantar ke pejabat dia."

"Untung betul Firdaus ada isteri seperti Yana. Kalau begitu marilah kita ke dapur. Mak Idah boleh tolong apa-apa yang patut," tawar Mak Idah ingin membantu. Aku menggeleng kepala. "Tidak apa, Mak Idah. Mak Idah berehat sahaja. Nanti Fifi masakkan lebih untuk Mak Idah dan yang lain ya?"

"Ish, mana boleh macam itu. Patutnya Mak Idah yang sediakan semua selaku pembantu rumah. Ini tidak, Mak Idah dilayan macam mem besar pula."

"Apa pula cakap begitu, Mak Idah. Selagi Fifi boleh buat, Fifi senang melakukannya. Lagipun, sudah terbiasa dengan Walid yang mengajar Fifi untuk berdikari. Jangan selalu bergantung kepada orang lain sekali gus menyusahkan orang lain."

"Baiklah. Kalau begitu, Mak Idah masuk ke bilik sekejap. Berehat. Ada apa-apa panggil sahaja Mak Idah atau pembantu yang lain, bantu Fifi mana-mana yang patut."

Lincah tanganku menyediakan bahan. Menu akuuntuk lauk tengah hari buat suamiku adalah daging asam pedas bersama telurdadar yang gebu. Tak lupa, nasi panas.

APAIXONARTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang