Saeyoon dan Jihoon memecut ke tanah perkuburan. Sebaik sahaja sampai di sana, mata mereka melilau mencari susuk tubuh yang dimahukan.
Jihoon melihat sisinya.
Roh Hyunmin sedang menapak kearah satu arah.
Segera bahu Saeyoon dicuit.
" Hyunmin pergi sana. Jom! " Ajaknya. Saeyoon mengangguk dan menapak laju mengikuti langkah si lelaki.
Sehingga mereka terhenti didepan satu kubur.
Dan seseorang sedang tertidur disitu.
" Ni ke Sangyeon? " Soal Jihoon pada si roh dan anggukan sayu diterima.
Jihoon memerhatikan perbuatan Hyunmin. Roh itu dengan perlahan mengelus kepala sang suami. Namun, sentuhannya tembus.
Jihoon memejam mata menahan sebak.
" Jihoon, tolong sampaikan pesanan aku pada dia boleh? " Pinta Hyunmin. Jihoon mengangguk bersetuju.
Rasa kasihannya mulai memenuhi hati. Pemuda Park itu mengejut lembut bahu Sangyeon. Terpisat-pisat mata lelaki itu dan kelihatan keliru memandang sekeliling.
" Ya, boleh saya bantu? "
" Encik ni, Lee Sangyeon ya? " Soal Jihoon dan lelaki itu mengangguk.
" Saya ganggu awak lawat kubur ya? Maaf, saya tertidur masa lawat kubur mend-- "
" Saya Park Jihoon, ini Ahn Saeyoon. Dan kami bawa pesanan daripada mendiang. "
Sangyeon tergamam.
Dia menunduk dan meraup wajahnya. Kedengaran keluhan halus dilepaskan.
Dan apabila matanya kembali memandang mereka, dapat dilihat air mata sudah memenuhi tubir mata Sangyeon.
" Korang kenal ke dengan mendiang isteri saya? " Soal si suami. Jihoon mengerling Hyunmin yang sedang melutut disebelah sang suami.
Tangan si roh asyik membelai rambut sang suami meskipun sentuhannya tembus.
" Kenal. Mendiang sangat baik. Jadi, dia ada tinggalkan pesanan buat encik sebelum dia pergi. " Balas Saeyoon apabila melihat Jihoon teragak.
Sangyeon tersenyum.
Senyuman seorang suami yang sudah redha dengan pemergian isteri.
" Apa yang isteri saya pesan? "
Jihoon memandang Hyunmin.
Roh itu tersenyum dan mengusap perlahan pipi sang suami.
" Sayang, tolong jaga makan. "
" Sayang, tolong jaga makan. " Ulang Jihoon. Saeyoon hanya mengangguk memandangkan dia tidak boleh melihat figura Hyunmin.
" Jaga kesihatan. Jangan skip meals. Makan banyak-banyak. And jangan lupa makan ubat. "
" Jangan stres-stres. Saya dah tak ada nak urut bahu awak setiap kali balik kerja. Jadi, awak boleh beli mesin urut. "
Sangyeon tertawa. Dia tersengih namun pandangannya sayu.
Penuh kehibaan.
" Saya sedang perhatikan awak daripada atas. "
" Saya selalu doakan awak, sayang. "
" Saya sayang awak, dear suami. "
" Semoga kita berjumpa. "
Dan roh Hyunmin berhenti berbicara. Habis sahaja Jihoon mengulangi ayat Hyunmin, Sangyeon nampak termangu.
Saeyoon mengelus lembut bahu si lelaki.
YOU ARE READING
Mi Àngel // Jihoon ✓
FanfictionAku boleh nampak hantu. Tapi tak semua percaya. Kecuali kau. Terima kasih. ©PARK JIHOON FANFICTION