Heyoo guys! Lagi 2-3 minggu gituw my school dah nak bukak dah for f5 so author kene balik asrama :((
Dont worry! I'll try my best to finish my story 🖤
-------------------
Selepas sahaja tiba di Seoul, berdesup kami menahan teksi dan pulang ke rumah Jihoon. Jam ditanganku dikerling.
11.35 pm.
Maknanya, kami ada 25 minit lagi. Namun, kami perlu cepat. Sebab kami tak tahu momma nak ampunkan Jihoon atau pun tidak.
Selepas sahaja tiba didepan rumah Jihoon, terus kami segera masuk. Jihoon nampak lebih cemas.
Dan kami nampak momma bersama bakal suaminya ada di sofa. Sedang minum teh bersama.
" Momma!! " Jerit Jihoon lantas tubuh si ibu diterpa. Terperanjat momma. Matanya membulat lantas kepala Jihoon yang elok terletak dipangkuannya itu, dielus lembut.
" Kenapa ni, Jihoon? "
" Momma...maafkan Hoonie. " Dan berderai lagi air mata Park Jihoon. Momma tersenyum dan wajah si anak ditekup lembut. Diarahkan si anak untuk memandangnya.
" Anak momma mana pernah buat kesalahan kat momma. Kenapa minta maaf? " Penuh lembut momma menuturkan. Dan air mata yang membasahi pipi Jihoon itu diusap lembut.
Aku berpandangan dengan bakal suami momma sebelum lelaki itu tersenyum dan mengajakku untuk turut sama duduk di sofa sebelahnya. Dengan langkah janggal, aku terus melabuhkan punggung.
" Hoonie dah tahu semua. Semuanya. Pasal momma....dan lelaki nama Shindong tu. " Mata momma membulat dan dia nampak terkejut. Dia menunduk dan menggenggam tangan si anak.
" Maafkan momma, Ji. Momm-- "
" Tak! Momma tak salah. Shindong tu yang jahat! Papa pun...tinggalkan momma macam tu je. Momma tak salah. " Keluhnya. Momma tersenyum hambar dan menarik tangan si anak untuk duduk disebelahnya. Segera kepala Jihoon yang bersandar dibahunya itu dielus lembut.
" Papa tak salah. Tapi... "
" Awak ceraikan je saya. "
" Apa awak cakap ni?! Kenapa saya nak ceraikan awak?! Kenapa? Awak dah start sukakan Shindong tu?! " Dengus appa Jihoon. Dia berdecih dan wajahnya nampak kesal.
" Tak, sayang. " Hyena mengusap wajah si suami.
" Saya risaukan Jihoon. Dia masih kecik. Kesian dia. Tak apa, saya akan lari ke luar negara. Lagipun, Shindong nak saya. Bukannya awak. Awak jaga anak kita ya? " Senyum Hyena.
Appa Jihoon mendengus dan bahu isteri digenggam kuat.
" Tak boleh. Saya suami awak. Saya kena lindungi awak. Saya-- "
" Saya dah mengandungkan anak lelaki tu. Dan anak tu dah gugur pun. Saya okay. Saya boleh jaga diri saya. Awak jagakan Jihoon ya? Saya harapkan awak. "
" Tapi-- "
" Kita cerai hujung minggu ni kat mahkamah. Dan saya akan lari daripada sini. Jangan risau, saya akan telefon bila saya rindukan Hoonie. "
Senyuman Hyena.
Menyimpan seribu satu kesakitan.
" Tapi, kawan-kawan Hoonie cakap yang momma pelacur. Sebab dia nampak momma kat kelab. " Tunduk Jihoon. Momma menepuk lembut tangan anaknya.
" Momma dengan uncle Taeil tengah buat plan masa tu. Sebab tu kot ada orang nampak dan fitnah momma. Kesian anak momma ya? "
" Uncle Taeil? "
YOU ARE READING
Mi Àngel // Jihoon ✓
FanfictionAku boleh nampak hantu. Tapi tak semua percaya. Kecuali kau. Terima kasih. ©PARK JIHOON FANFICTION