BAB 23

1.3K 154 21
                                    

" Sayang, jom balik. "

Seseorang menepuk bahu lelaki itu dengan penuh lembut. Namun hanya gelengan diterima.

" Tak apa. Baliklah dulu. "

" Tapi nanti kamu boleh sakit. Semua orang dah balik. Jomlah balik sekali. "

" Tak apa. Kejap lagi Hoonie balik. " Geleng lelaki itu.

Park Jihoon.

Dan momma yang menepuk bahunya hanya mengangguk patuh. Terus mengusap lembut kepala anaknya lantas menapak pergi. Hanya pandangan sayu diberikan sebelum tangan momma ditarik oleh Taeil meninggalkan kawasan permakaman itu.

Sementara itu, Jihoon masih mendiamkan diri.

Diapit Yoshi dan Junkyu.

" Ji, nangislah kalau tu buat kau lega. " Pujuk Junkyu. Dia menepuk lutut sahabatnya yang terduduk lesu.

Yoshi pula hanya mampu memandang sahabatnya. Sedikit sebanyak rasa bersalah menghentam dirinya.

" Aku paham, Ji. Aku hilang Miya. Aku tahu perasaan kau. "

" Aku pun faham, Ji. Aku hilang Mahiro dulu. " Sokong Yoshi. Dan kedua sahabat itu memeluk tubuh Jihoon. Cuba menyalurkan semangat.

Diatas kematian Ahn Saeyoon.

" Separuh nyawa aku dah pergi. Separuh nyawa aku dah tak ada.... " Keluh Jihoon, perlahan. Wajahnya seakan mayat hidup. Roh tanpa semangat.

" Kau nangislah Ji. Nangis selagi mana kau mahu. Dan bangkit lagi kuat lepas ni. " Yoshi tersenyum.

Jihoon meraup mukanya.

Kenyataan yang diterima daripada pihak polis semalam meragut nyawanya.

" Apa yang jadi ni Inspektor? " Gelabah Jihoon. Tubuh pegawai polis itu diterpa sebelum uncle menenangkan lelaki itu.

" Kami buat kesimpulan yang Cik Ahn Saeyoon telah dibunuh oleh banduan yang selama ini melarikan diri. Dan suspek juga merupakan ayah kandung mangsa, Ahn Jinggo. "

" Di--dibunuh? " Aunty melopong dan terduduk lemah. Segera tubuh itu ditampung oleh uncle.

" Maafkan kami. Benarkan kami teruskan penyiasatan. "

Dan daripada jauh, Jihoon dapat nampak, satu stretcher menolak satu mayat yang sudah berbungkus. Sebelum satu tangan berdarah terkeluar dan terkulai layu.

Tangan yang mengandungi gelang bracelet hadiahnya.

" Bracelet! " Senyum Jihoon.

" Huh? Kau bagi aku ke? "

" Yup! Hadiah! Sebab ada dengan aku selama ni, teman aku, selesaikan request dengan aku. "

" Bracelet je ke? " Senyum Saeyoon. Jihoon mencebik.

" Kau nak apa? Ferrari? "

" Cinta kau. "

" Hah?! " Mata Jihoon membulat sebelum tawa Saeyoon terletus.

" Aku gurau jelah! Hehehe. "

Dan ketika melihat tangan itu terkulai layu, saat itu juga tubuh Jihoon jatuh tidak sedarkan diri.

-----------------------

Pulang daripada pemakaman, Jihoon terus melabuhkan tubuhnya diatas katil. Fikirannya kosong. Matanya juga sudah kering dengan air mata. Segalanya kosong.

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now