" Mana Junkyu? "
Aku tersentak. Segera dada diusap perlahan. Ya Tuhan! Siapa yang main tegur aku tanpa cakap annyeong ni?!
Aku berpaling sebelum mataku mulai bergetar. Jantung yang sebentar tadi berdegup kencang kerana terkejut, kini terkejut sebab benda lain.
Jihoon ada depan mata aku sekarang.
" Pahal kau kat sini? "
" Kan tadi Junkyu call aku. Mana dia? Kau okay? "
" Okay. Junkyu dengan Miya dah pergi. Dorang tinggalkan aku kat sini. "
" Sorang?! " Mata Jihoon membulat. Dan aku mengangguk.
Jihoon meraup mukanya. Dia mendengus sebelum wajahku kembali dipandang.
" Kau baru balik gym ke? " Soalku sambil menilik penampilan lelaki ini.
Tak dinafikan.Handsome.
" Haah. Tadi aku kat gym, baru 30 minit exercise, Junkyu call. Terus aku datang sini. "
" Kenapa datang cepat-cepat. "
" Sebab aku ri-- " Jihoon mengatup mulutnya. Aku tertanya dan memandangnya dengan kerutan.
Ri apa? Risang? Rindu? Ceh! Rindu apanya.
" Ah lupakan. Jom, aku belanja ice cream. "
" Lah? Tibe je ni. Pahal? "
Jihoon tersengih dan dia menepuk perutnya.
" Aku lapar. "
" Lapar makan meals, Jihoon. Bukannya aiskrim. " Gelengku. Kalau lapar, aku biasanya makan nasi. Tak pun ramyeon. Bukannya aiskrim!
" Aku dinner pukul 8 malam jap lagi. Ada lagi 2 jam ni, baik aku makan benda ringan dulu. " Dalihnya. Aku hanya bersetuju.
Sekurang-kurangnya, aku dapat makan aiskrim free sekali.
Kringgg kringgg!
Telefon bimbit Jihoon berbunyi nyaring. Lelaki itu mengeluarkan telefonnya lantas diangkat selepas melihat nama pemanggil.
" Woi Kyu! Pahal tinggalkan Saeyoon sorang-sorang? " Terjah Jihoon sebaik sahaja panggilan diangkat. Dia berkerut didahi.
Dan dalam sesaat, aku dapat lihat raut wajahnya bertukar.
Menjadi terkejut.
" Okay aku datang sekarang. " itu ayat terakhir Jihoon sebelum panggilan dimatikan. Dia segera bangun dan memaut bahuku.
" Kenapa? "
" Jom pergi hospital. "
" Eh? Kau sakit ke? Mana? Bahagian mana? " Aku menyentuh dahinya. Tidak panas.
YOU ARE READING
Mi Àngel // Jihoon ✓
FanfictionAku boleh nampak hantu. Tapi tak semua percaya. Kecuali kau. Terima kasih. ©PARK JIHOON FANFICTION