Bab 5: Cuti

10.4K 74 7
                                    

Cuti pertengahan tahun sudah pun bermula. Ibu bapa Rizal bercadang untuk menghantar Rizal bercuti di kampung di kawasan Janda Baik. Rizal ikutkan aja cadangan mereka, lagipun dah lama Rizal tak jumpa kawan-kawan di kampung.

Mereka bertolak pada petang Jumaat dan menaiki kereta Honda Jazz. Perjalanan mereka kurang dari sejam kerana menggunakan lebuh raya. Dalam perjalanan Rizal hanya tido sahaja di tempat duduk belakang.

Akhirnya mereka sampai di kampung dan disambut oleh Haji Dol dan Hajah Timah iaitu atok dan nenek Rizal. Rizal dan ayahnya Encik Daud mengangkat beg dari kereta untuk masuk ke rumah.

Di dalam rumah mereka berbual-bual dan menikmati masakan kampung. Encik Daud dan Puan Maria memberitahu yang mereka terpaksa bertolak pulang pada pagi esok kerana urusan kerja. Haji Dol dan Hajah Timah faham dengan kerja mereka di bandar dan sentiasa sibuk. Haji Dol memberitahu yang dia akan membawa Rizal berjalan-jalan di sekitar kampung sepanjang cuti sekolah ini.

___________________________________________

Selepas 3 hari Rizal duduk di kampung, dia berjumpa kembali dengan kawan-kawan lama dia iaitu Leman dan Rani. Rizal menanyakan tentang kawan-kawan yang lain dan Leman mengatakan yang kawan-kawan yang lain sudah pun berpindah semenjak mereka masuk ke sekolah menengah dan hanya tinggal mereka berdua di kampung itu.

Mereka bertiga berbual di pangkin di depan halaman rumah atok Rizal. Mereka mengimbau kembali kisah-kisah semasa mereka kecil dengan kenakalan mereka iaitu, pergi mandi di sungai tanpa pengetahuan ibu bapa mereka, melastik sarang tebuan dan merembat buah pisang di kampung sebelah.

Pada petang itu juga Leman dan Rani ingin mengajak Rizal pergi bersiar-siar di pekan dengan motosikal mereka pada hari esok. Rizal meminta izin dari atoknya dan Haji Dol memberi keizinan. Leman dan Rani memberitahu yang mereka akan datang ke rumah atok Rizal pada jam 8.30 pagi esok. Azan magrib berkumandang lalu Leman dan Rani pulang ke rumah masing-masing.

Pada hari esok seperti yang dijanjikan, Leman dan Rani tiba di rumah atok Rizal. Perjalanan dari rumah atok Rizal ke pekan hanya 10 minit sahaja dengan menggunakan motosikal. Rizal membonceng dengan Leman manakala Rani menunggang seorang diri.

Tiba sahaja mereka di pekan, Rizal sangat terkejut kerana pekan yang sekarang sudah semakin maju dan besar.  Mula-mula mereka pergi berjalan-jalan di kedai pakaian dan alat tulis. Leman ingin membeli alat tulis yang baru kerana alat tulisnya selalu hilang di sekolah.

Selepas penat mencari alat tulis dan pakaian, mereka berehat di kedai makan untuk makan tengah hari. Semasa makan Leman ada ternampak satu kedai yang bertulis ' Urut Tradisional '. Sudah lama dia tidak pergi ke tempat urut di situ. Selasai sahaja makan Leman mengajak Rani dan Rizal untuk pergi ke kedai urut itu.

Rizal dan Rani tidak pernah pergi ke kedai urut dan mereka ingin merasai untuk kali pertama. Sampai sahaja mereka di kedai urut itu, Leman menekan butang loceng yang ada di tepi pintu dan pintu pon terbuka dengan sendiri.

Di kaunter Leman mengatakan yang mereka ingin urut seluruh badan dan masa selama 2 jam. Penjaga di kaunter pon memberitahu harga dan Leman pon bayar kepada panjaga kaunter itu. Leman memberitahu yang dia akan belanja disebabkan ini kali pertama Rani dan Rizal pergi ke kedai urut itu.

Mereka duduk di kerusi yang disediakan dan selepas 3 minit datang 3 orang perempuan muda dan menyuruh Leman, Rani dan Rizal memilih siapa mereka mahu. Leman mengambil perempuan yang pertama, Rani memilih perempuan kedua dan Rizal dapat perempuan yang ketiga.

Perempuan-perempuan itu menyuruh mereka ikut diaorang dari belakang. Rizal masuk di bilik yang hujung, Rani pula di bilik yang tengah dan Leman di bilik yang depan.

HIDUPWhere stories live. Discover now