_Episode 1_

10.5K 357 43
                                    

-20 tahun yang lalu-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


-20 tahun yang lalu-

"puan push puan sikit lagi!"

Kedengaran kuat suara jeritan meneran bergema dibilik bersalin tersebut.

"Cayla sikit lagi push!"

Seorang lelaki tidak lepas mencium dan menyemangatkan wanita yang sedang bertempur dikatil bersalin itu, berkali diusap dahi berpeluh wanita tersebut.

"Puan push puan sikit lagi! We almost there!"

"AHHHHH!"

Wanita itu meneran dengan sekuat hatinya.

"Uwek uwek"

Kedengaran suara bayi melaung diruangan tersebut,doktor memotong cord bayi tersebut dilap badan bayi itu lembut menggunakan tuala lalu di berikan kepada sang ayah.

"Tengku Mikael congratulations anak tengku perempuan"

Lelaki itu mendukung anaknya dengan kasih sayang, terukir senyuman bahagia dibibirnya, dia menoleh kearah sang isteri mahu menunjukkan cahaya mata mereka,belum sempat untuk menyapa terkaku lelaki itu ditempatnya, isterinya kelihatan sangat pucat tidak bermaya.

"Doktor pendarahan berat berlaku!"
Seorang nurse berkata cemas.

Doktor mula gelabah dia cuba untuk memberhentikan pendarahan berat yang berlaku.

"Check nadi now!"

Tengku Mikael terdiam dan terkaku dengan bayi didalam dakapan,seperti masa terhenti dia melihat isterinya terkulai lemah.

"Awak"
Isterinya memanggil lemah

"Ye Cayla aku kat sini!"

Tergopoh gapah Tengku Mikael mendekati isterinya.

"Saya rasa saya dah tak lama..."

"No! You can't say that,awak kuat bertahan!, Kita kena jaga Madison sama-sama please!, Doktor!!!"

Bercucuran jatuh air Tengku Mikael,dia mengusap dahi isterinya,dikucup juga tidak lepas,tidak dihiraukan kekacawan yang berlaku disekitarnya, doktor dan perawat cuba sedaya upaya untuk memberhentikan pendarahan yang tidak berhenti keluar.

"Bertemu dengan awak... Adalah satu kebahagiaan yang terindah.."

Dengan tangan yang lemah Cayla membelai lembut pipi suaminya, Tengku Mikael teresak-esak menangis,tidak dia tidak rela kehilangan wanita itu tidakm

"Maafkan saya..... Saya tak dapat nak bersama dengan awak sampai rambut memutih..."

Perlahan dan sendu suara Cayla kedengaran.

"Jangan pernah seksa diri awak sewaktu saya sudah tiada,Cari lah pengganti saya yang boleh menyayangi Madison dan awak sepenuh hati,saya cintakan awak Tengku Mikael Stenford"

I'M NOT HER (Is In The Process Of Editing)Where stories live. Discover now