episode 6🌼

3.8K 287 30
                                    


"Ahhh bestnya tergolek-golek!"

Carla terguling-guling di atas katil bersize King Madison, bahagianya rasa bila sudah siap makan, jujur dia kata pandangan Tengku Mikael sangat tajam,

"Perut sakit lah"

Carla mengelus-ngelus perut lepernya, dia rasa makananannya tak hadap sebab nervous sangat didepan Tengku Mikael tadi,

"Kau nak mandi?"

Madison yang baru keluar dari bilik air dengan bathribe sambil mengosok rambut bertanya,

"Ahhh nak mandi lah ni tapi aku tak ada baju"

"Kau mandi je nanti aku sedia kan"

"Thank you"

Madison mengangguk, dia menggosok-gosok rambut basahnya, sedang Carla mahu jalan kebilik air tiba-tiba dia terpandang sesuatu,

"Kenapa pergelangan kau luka tu Mad?"

Berkerut dahi Carla bila dia terpandang pergelangan Madison yang seperti terluka,

Madison memberi senyuman manis kepada Carla,

"Ahhh ni aku ada bagi kucing makan hari tu, maybe dia terkejut dia cakar tangan aku"

Carla yang mendengar penjelasan Madison terasa agak ragu-ragu, tidak mahu bertanya lebih dia mengangguk dan terus masuk kebilik air,

Dia merenung dirinya lama dicermin, dadanya mula terasa sesak seperti paru-parunya di himpit, cuba untuk menenangkan diri dia mengatur nafasnya perlahan,

"Mad?!"

Carla memanggil madison,

"Ye!"

"Tolong ambik kan beg aku!"

Madison yang sedang bermain handphone terus bergerak mengambil beg tote Carla,

Carla mengeluarkan tangannya sedikit dari celah pintu, Madison memberikan beg itu kepada tuannya,

"Kau ok tak?"

Tanya madison risau,

"Aku ok just nak ambik barang je dalam ni"

"Kalau nak apa-apa panggil aku ada je kat dalam bilik"

Carla membuat gaya tangan OK, mendengar Carla tidak apa-apa Madison berlalu pergi kearah katil,

Carla sudah tidak tahan dia terus mengeluarkan inhalernya dengan tangan yang bergetar, disedut inhaler itu dalam, dia cuba mengawal nafasnya perlahan,

' Ya Allah tolong, tolong jangan kejadian tu terjadi lagi, hamba tak kuat '

Bisik hati Carla,

_____

GRUK GRUK

Kedengaran bunyi perut Carla yang berkeroncong, gadis itu lapar, disebabkan tadi dia makan macam tidak ikhlas sekarang dia lapar,

"aduhhh time time macam ni lah kau nak lapar aku malas turun, dah pukul sebelas pulak tu!"

Carla berbisik perlahan tidak mahu membangunkan Madison yang sedang lena tidur disebelahnya,

"Ahhh tak boleh jadi ni aku kena makan mana beg aku"

Carla bangun dari tempat tidurnya dia bergerak perlahan menuju kearah beg tote kesayangannya, bila sudah jumpa dia mencari sesuatu didalamnya,

Dia mencari mencari dan...

"Ahhh penyelemat ku~, ramen carbonara ku i love you, tiba masanya kau masuk kedalam perut ku ayok kita ayok"

Dipeluk erat ramen instant carbonara itu seperti ramen itu kekasihnya,

I'M NOT HER (Is In The Process Of Editing)Where stories live. Discover now