Special Episode 🌼

3.8K 257 28
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


-Sebelum Carla Mariam dan Tengku Mikael pergi-

Pemandang di bumbung hospital itu kelihatan sangat indah dengan kihijauan yang menyejuk mata dan udara yang segar. Carla tersenyum memandang beberapa pesakit yang juga mungkin senasib dengannya.

Ada yang sedang bersandar bahu dengan pasangan mereka, ada yang berjalan sambil berpegangan tangan. Uhmmm memang kalau orang single nampak memang confirm rasa nak tumbuk diri sendiri.

"Sayang?"

Carla menoleh kepalanya. Tengku Mikael datang mendekatinya membawa selimut dan buku-buku. Lelaki itu menyelimuti kaki isterinya. Takut sejuk.

"Mika mana?"

Tanya Carla sambil melihat gerak gerik suaminya. Tengku Mikael mengangkat Carla lalu diletak isterinya dipangkuannya. Selimut yang tadi dibawa dibuka dan diletakkan diriba Carla.

"Awak nanti orang nampak lah"

Kekanan kekiri kepala Carla melihat jikalau ada tak orang melihat kelakuan tidak senonoh suaminya itu. Eih dia buat macam ni rumah dia.

"Gasak diorang awak isteri saya, kesah apa saya"

Ehhh Tengku Mikael ni mulut selamba badak sumbu dia je.

Mereka berdua menikmati suasana diatas bumbung hospital yang telah di dekorasi dengan tumbuhan-tumbuhan itu. Carla melentokkan kepalanya dibahu tegap Tengku Mikael. Lelaki itu tersenyum mengusap-ngusap kepala isterinya. Sempat dia mencium dahi Carla dengan lembut.

"Awak..."

Panggil Carla dengan suara yang agak lemah.

"Ye saya"

"Kalau lah saya ditakdirkan untuk pergi, apa yang awak akan buat?"

Seketika suasana seperti sunyi dan diam. Tengku Mikael tidak menguturkan satu patah pun.

Carla mendongak kepalanya mahu memandang Tengku Mikael, namun baru sahaja dia mahu mendongak lelaki itu sudah menekap lembut kepala Carla semula ke dadanya.

"If awak betul-betul pergi. Saya akan ikut awak"

Terbeliak mata Carla mendengar Kata-kata suaminya itu. Tanpa dia sedar air mata jatuh ke pipinya membasahi baju Tengku Mikael.

"Saya cintakan awak Carla Mariam. Jika diizinkan untuk saya ikut awak, tanpa berfikir panjang saya akan ikut awak. Tapi kalau lah saya pergi dulu saya nak awak teruskan hidup awak"

"Mana aci macam tu"

Ternaik kening Tengku Mikael. Aih aci kat india lah.

"Kalau awak ditakdirkan untuk pergi dulu saya nak ikut awak. Kalau diizinkan lah hehehe"

Carla tersenyum mendengar komen tawa cenda suaminya. Tangan pucatnya menggenggam erat tangan kekar Tengku Mikael.

I'M NOT HER (Is In The Process Of Editing)Where stories live. Discover now