Episode 30🌼

4.1K 313 96
                                    

"ahhhh penatnya"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ahhhh penatnya"

Tengku Mikael merebahkan dirinya dipangkin kecil depan pokok mangga itu,

Kehulur kehilir Tengku Mikael bekerja dari tadi, panjat pokok mangga lah, serut kelapa lah, siang ikan lah, tangkap ayam pun ada,

Termengah-mengah Sang Tengku bekerja, peluh yang menetik didahi dihapus menggunakan hujung Tshirt nya,

Sudah hampir 4 minggu dia duduk dikampung ini mencuba untuk menarik hati sang isteri, pelbagai penderitaan kerja diberikan kepadanya, aihhh nasib sayang bini, nak mengeluh pun memang salah dia,

Sedang duduk berehat didepan pokok mangga Tengku Mikael membuat keputusan untuk masuk kedalam, pintu belakang dapur itu dibuka, sosok sang isteri cuba dicari namun kelibat pun tiada,

"Mana pula dia pergi?"

Tengku Mikael berjalan menuju ke sinki untuk membasuh tangannya,

"Tengku!"

Mika berlari menuju kearah Tengku Mikael, Tengku Mikael menoleh tersenyum lebar,

"Mika!"

Tangan dilap cepat diseluar sweatpants nya sebelum mendukung Mika,

"Mika pergi mana?"

"Mika pergi teman mama pergi hospital!"

Hospital?, Berkerut muka Tengku Mikael,

"Hospital?, Mama sakit ke?"

Ahhh sudah Mika gelabah, dia terlepas cakap,

"Ahhh tak lah mama tak sakit, Mika ni ahhh sakit perut sikit shebab tu mama bawak gi hospital"

"Ni dah ok?"

Mika mengangguk kepalanya laju,

"Mika bila Mika nak stop panggil Papa Tengku?"

Entah kenapa Mika belum pernah lagi memanggil dirinya Papa, asyik-asyik Tengku, dah macam pekerja dengan bos,

"Mika belum biashe lah"

Mika memainkan jarinya,

Tengku Mikael tersenyum faham, yelah dari anak itu kecil dia tidak ada disisinya wajar kalau anak itu merasa janggal,

"Mama mana?"

Tanya Tengku Mikael cuba mencari sang isteri,

Mika yang seperti tahu sesuatu mula gelabah, kekanan kekiri mata anak itu,

"Ahhh mama kat bilik tukar baju"

Alasan cuba diberikan, padahal mamanya masuk bilik untuk minum obat baru yang baru diberi oleh Syed Ian tadi,

"Ahhh ni Mika pergi lah masuk bilik ambik towel pergi mandi, hospital tu banyak penyakit,nanti Mika sakit pula"

Tengku Mikael meletakkan Mika kebawah, Mika dengan mengangguk sebelum pergi kebiliknya,

I'M NOT HER (Is In The Process Of Editing)Where stories live. Discover now