Guide to read :
*** - 5/more minutes later
••• - 1/more hours later
... - next day×××
Sekolah Menengah Tinggi Sains, Seoul, Korea Selatan, itulah nama sekolah gadis bertudung ini jika diterjemahkan ke bahasa Melayu. Marcella berjalan melepasi susun darjah sekolah. Semua orang memandangnya jijik dan aneh.
Sungguh tiada rasa hormat keatas dirinya. Ingin saja dia menangis tapi apa gunanya? Dia fikir, apabila sudah pindah ke sini akan mendapatkan kawan tetapi lain pula yang jadinya. Tiada kawan dan keseronokkan langsung.
Sama macam di Malaysia, pasti dia akan dibuli juga disini kerana tiada kawan dan berpakaian aneh.
Marcella menghela nafas lemah, dia menundukkan kepalanya sedikit agar tidak melakukan kontak mata dengan salah seorang dari pelajar di sekolah itu. Takut sebenarnya, mereka memandang hina terhadap gadis itu, pastilah dia tidak ingin mencari pasal.
Sedang dia berjalan sembari menunduk dan ingin menuju ke kafeteria sekolah, gadis ini secara tidak sengaja telah terlanggar bahu seorang pelajar lelaki yang dia sendiri tidak kenal-- pasti, yang sedang berjalan bersama dua orang rakannya seperti turut menuju ke kafeteria. Marcella menaikkan pandangannya, memandang lelaki berwajah kacak yang sedang berdiri gagah didepannya.
Dingin sungguh wajahnya.
"M-maaf.", ujar Marcella gagap namun agak lembut seraya menundukkan pandangannya kembali. Kedengaran pelajar lelaki itu menghela nafas, seperti sedang marah ataupun malas mahu melayan.
"Tak ada mata ke?", singkatnya.
Marcella memejamkan matanya seketika sebelum menelan air liur kesat. Kepalanya masih menunduk memandang lantai yang bersimen itu. Sang lelaki lagi-lagi menghela nafas apabila melihat tiada balasan yang diberikan oleh gadis itu.
"Kau ni pekak ke?".
Tangan lelaki itu mencengkam kuat pipi Marcella secara tiba-tiba sehingga membuatkan gadis itu terkejut tatkala marah kerana laki-laki yang bukan mahramnya menyentuh dirinya sesuka hati. Semua orang disekeliling mereka mula memerhatikan dua makhluk Tuhan itu sambil tertawa suka.
Sesekali Marcella cuba untuk melepaskan cengkaman yang kuat dipipinya itu tapi hasilnya gagal kerana lelaki itu jauh lebih kuat darinya, "Le-lepas la."
"Lepas? Sakit ke?", laju Marcella mengganguk membuatkan lelaki itu tertawa sinis sebelum melepaskan cengkaman itu kasar. Habis terduduk gadis itu dibuatnya! Pasti sakit punggungnya.
Tawaan mula kedengaran dengan lebih kuat dan jelas, membuatkan Marcella rasanya ingin sahaja menangis disitu, "Na Jaemin!", tegur suara seseorang yang datang entah dari mana menenangkan suasana dikeranakan pelajar disitu mula berhenti daripada tertawa.
Lelaki yang di gelarkan 'Na Jaemin' oleh empunya suara itu melihat ke sumber suara. Pandangannya masih dingin dan kosong, tiada reaksi langsung!
"Kau betul ke yang kau ni lelaki?", tanyanya menahan amarah. Jaemin berkerut dahi, "Hahh?"
"Lelaki tak akan buli perempuan walaupun dia lain dari orang lain."
"Apa kau merepek ni? Dia yang salah, pandai la tanggung.", balas Jaemin laju tiada perasaan. Lelaki itu mengumpalkan tangannya menjadi penumbuk. Sesekali giginya diketatkan menahan amarah. Jaemin yang perasaan akan perilaku aneh lelaki itu kemudian tersenyum sinis.
"Kau suka dia ke?", tanyanya singkat membuatkan semua orang disitu terkejut. Termasuk gadis itu, Yesoo.
"Tolong tak bermaksudnya suka, Na Jaemin.", ujarnya tegas. Jaemin tertawa sindir.
"Jadi, kenapa tolong? Sepatutnya kau jalan terus sahaja. Tak perlu berhenti dan berlagak macam hero."
Semua orang mula berbisik-bisik. Lelaki itu memandang Marcella yang masih terduduk didepannya itu sekilas sebelum dia menunduk memandang kearah lain. Yesoo, gadis kacukan Cina dan Korea yang dari tadi memerhatikan itu hanya mengumpalkan tangannya menjadi penumbuk sahaja sebelum pergi beredar dari tempat kejadian.
Jaemin lagi-lagi tertawa. Pandangannya kemudian jatuh kearah Marcella. Tangan Jaemin lambat-lambat mempelawakan Marcella untuk bangun. Sang gadis hanya memandang sahaja tangan mulus itu dan bangun dengan sendirinya. Marcella kemudian menunduk lagi tanda minta maaf sebelum berjalan laju menuju ke tempat tujuannya.
Na Jaemin, lelaki itu hanya memerhatikan sahaja Sang gadis berjalan dari belakang, tanpa dia tahu kalau itu adalah titik permulaan bagi hidupnya.
×××
❪ melukis sejarah ❫
YOU ARE READING
melukis sejarah // jaemin ft jeno
FanfictionTerima kasih untuk sejarahnya. Kita memang tak akan pernah bersama. nct dream na jaemin ft jeno 2024