02 : Hero Buat Dia

13 5 24
                                    

Guide to read :

*** - 5/more minutes later
••• - 1/more hours later
... - next day

×××

"Budak perempuan tu macam mana, Jaemin?".

Mendengar namanya dipanggil oleh Haechan, Jaemin menoleh kearah sumber suara dengan wajah berkerut. Dia memusingkan badannya juga untuk menyesuaikan posisi badan. Haechan tertawa kecil.

"Alah yang tu la.. apa namanya? Wan Nur.. Marcello eh?", rakannya yang lain iaitu, Mark tertawa besar mendengar kata-kata Haechan yang tergagap itu. Jaemin juga turut tertawa kerana dia fikir tawaan Mark sangat la kelakar. Lelaki berkulit coklat keputihan itu kemudian mencebir.

"Nama dia susah bonggok. Bukannya macam nama kita.", nafinya.

"Eleh cakap jelah kau tak reti nak sebut."

Lagi-lagi Haechan mencebir bibir. Jelingan tajam sahaja dilontarkan darinya. Jaemin hanya menggeleng kepala sahaja melihat tingkah laku dua temannya ini. Lambat-lambat dia bersuara, "Kenapa dengan dia?".

"Jom buli dia."

Alangkan tersentaknya Jaemin apabila kata-kata yang dilontarkan itu suci dari mulut Lee Haechan. Mark berkerut dahi, dia kemudian menepuk pundak Haechan perlahan.

"Apa bodoh nak buli anak orang. Dia perempuan kan.", wajah marah dipasangnya. Haechan terdiam seketika sambil memandang wajah rakannya aneh, lambat-lambat tawaan sinis terukir.

"Kau selalu buli orang okay je. Ni tiba-tiba cakap macam ni. Pelik.", sindir lelaki itu. Mark menggaru lehernya yang tidak gatal itu mendengar kata-kata Haechan. Dia kemudian menelan air liur kesat, "Tak masalahnya dia kan perempuan. Dahle muslim.."

Tch-- sejak bila Mark?

Tawaan hambar dibalas oleh Jaemin. Dia kemudian bangun dari duduknya sambil memandang tajam Mark. Bibir bawah dia gigit perlahan dan memandang ke arah sudut koridor yang menuju ke kantin sekolah itu.

Wajah-wajah pelajar yang menyusuli koridor itu dia pandang satu-persatu sehingga kelibat Marcella terlihat, lalu terhasil lah senyuman sinis.

Sudah 3 hari Marcella di sekolah ini. Namun, dia masih lagi tiada teman untuk diajak bicara. Lelaki itu memerhati sahaja gerak-geri Sang gadis sebelum dia keluar dari ruangan peribadi mereka itu. Anak orang kaya yang banyak melabur duit untuk kemudahan sekolah, pastinya ketua sekolah itu sanggup menyediakan bilik khas untuk mereka meluangkan masa bersama ketika waktu rehat mahupun lapang. Tempat itu juga la yang yang menjadi saksi 'kejahatan' mereka.

Haechan yang melihat itu mengikut Jaemin melangkah keluar dari ruangan itu, meninggalkan Mark yang tiada niat langsung untuk melakukannya. Kaki mereka laju sahaja melangkah maju ke kantin sekolah. Seruan dan teriakan suara gadis-gadis yang berada di koridor itu hanya membuatkan mereka bertiga tersenyum sinis sahaja.

Tiada apa yang perlu dikagumi pun. Mereka hanya popular kerana ketampanan dan kekayaan yang sementara sahaja. Tidak tahu mengapa semua orang tergila-gilakan mereka. Akhirnya, mereka sampai ke destinasi yang dituju.

Jaemin lagi-lagi hanya tersenyum miris sahaja memandang 'target'nya. Marcella yang tidak perasan akan kehadiran mereka itu hanya berjalan menuju ke meja makan sebaik sahaja dia mengambil susu dan buah. Hanya makanan sampingan sahaja diambilnya dikeranakan Marcella takut jika makanan kantin itu tidak halal.

Nasiblah dia bawa bekal yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh kakaknya. Ada juga benda berat hendak dimakan. Sebaik sahaja Marcella melabuhkan punggungnya di meja makan, Jaemin datang dan turut duduk di depannya.

Marcella terkejut sedikit dan mencuba untuk mengabaikan kedatangan Jaemin. Tangan Marcella mula menjamu makanannya, Jaemin yang memerhati tersenyum ketus. Dia perhati sahaja raup wajah cantik Marcella.

"Lawa juga kau ni.", ujarnya. Haechan yang mendengar itu bersorak keras sehingga semua orang yang berada disitu memberikan tumpuan yang penuh terhadap mereka, termasuk 'dia'.

Marcella diam sahaja, melanjutkan menyantap makanannya tanpa gangguan. Bukannya dia tidak faham apa yang dikatakan Jaemin, dia faham. Pastiya semasa di Malaysia kakaknya sudah mengajar basic bahasa Korea kepadanya sebelum berpindah ke sana dengan kakaknya. Ada sebab mengapa dia pindah ke Korea, bukan hanya kerana tiada rakan dan dibuli tetapi urusan keluarga juga.

Melihat perilaku itu, Jaemin mula membuat wajah menyampah memandang Marcella. Dia mencebik bibir sebelum tangannya laju sahaja mengambil susu milik Marcella yang terletak kemas di sebelah bekal makanannya. Jaemin tuangkan susu itu ke kepala Sang gadis.

Habis basah tudung dan pakaian seragam sekolah Marcella! Semua orang yang berada disitu terkejut dengan tindakan Jaemin, termasuk Haechan. Tetapi nama pun membuli pastinya selepas terkejut akan datang tawaan yang keras menghiasi.

Marcella diam tidak bersuara, dia masih terkejut dengan apa yang berlaku terhadapnya. Gadis itu terus berdiri dari duduknya, menatap Jaemin dengan pandangan tidak percaya. Laki-laki itu hanya membalas dengan senyuman sinis, seakan mengejek Marcella.

Lambat-laun, satu tumbukan yang mengejut berjaya mendarat di pipi kiri Jaemin. Lelaki itu habis terjatuh ke lantai. Semua orang yang melihat itu tidak percaya termasuk Marcella. Jaemin memegang bibirnya yang mula berdarah akibat tumbukan itu. Pandangannya jatuh kepada seorang lelaki yang berdiri gagah didepannya, memandang Jaemin dengan pandangan yang dingin.

Jaemin tertawa sinis, "Sial Jeno.", ujarnya sebelum kembali berdiri menghadap lelaki yang digelar 'Jeno' itu. Lelaki itu masih lagi dengan tatapan dinginnya, tiada ketakutan atau reaksi diberikan saat dirinya bertentangan mata dengan Jaemin.

"Kau berlagak lagi macam hero?", kata Jaemin. Jeno menghela nafas panjang sebelum membalas.

"As you can see.", tanpa fikir lama, Sang lelaki terus menarik lembut pergelangan tangan Marcella untuk pergi meninggalkan kantin. Jaemin memandang kepergian mereka tidak puas hati, sesekali jarinya mengelap darah yang mengalir dibibirnya.

Haechan yang masih ternganga akibat kejadian tiba-tiba itu pergi mendekati Jaemin. Jaemin lagi-lagi tertawa tidak percaya, "Faham."

•••

Mata Marcella tidak lepas dari tidak memandang wajah tampan lelaki itu. Lelaki yang digelar 'Jeno' oleh Jaemin itu sememangnya membuat Sang gadis tertanya-tanya tentangnya. Jeno lah yang menyelamatkan Marcella pada hari pertama sekolah disitu, menyelamatkan dirinya dari Jaemin, sekarang pun diselamatkan olehnya juga dan pelakunya masih Jaemin.

Entah mengapa, sepertinya lelaki itu seolah mengetahui jika Jaemin akan membulinya. Terusan sahaja berada di tempat kejadian dan menjadi 'hero' seperti yang diperkatakan Jaemin. Marcella mengambil beg kertas yang dihulurkan Jeno itu.

Dia buka sekilas untuk melihat isinya. Ternyata sepasang baju kurung berwarna merah jambu lembut dengan corak bunga menghiasi yang entah dari mana lelaki itu dapat di tengah-tengah tanah Korea itu. Marcella memandang Jeno bingung. Lelaki itu berdehem sebelum memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar.

"S-saya jumpa baju tu dalam lobi saya. Tak tahu siapa punya.. awak pakai jelah.", terangnya, gagap. Marcella hanya diam sahaja, tidak membalas. Sebaliknya dia menunduk seperti mengucap 'terima kasih' kepada laki-laki itu. Jeno terkejut kecil dengan tindakan spontan oleh gadis itu.

"Terima kasih, awak. Saya hargai kebaikan awak.", ucap Marcella. Tanpa disedari, Sang jejaka mula tersenyum manis sehingga tertutup matanya. Dia seperti tersipu malu dengan ucapan ringkas Marcella itu. Marcella menaikkan kening dan dahinya berkerut seolah dia memandang aneh terhadap Jeno.

"Jumpa awak nanti.", singkat Jeno sebelum melambai kecil kearah Marcella. Marcella membalas lambaian itu dengan senyuman kecil dibibir. Jeno mula membuka langkah untuk beredar dari tempat yang dia tinggalkan Marcella itu, tangga menuju ke tingkat dua. Perlahan mata Marcella kembali kepada beg kertas itu. Dia hanya menghela nafas kecil sebelum beredar menuju ke tandas untuk menukar pakaiannya.

×××

melukis sejarah

melukis sejarah // jaemin ft jenoWhere stories live. Discover now