03 : Lelaki Bertopeng

11 5 13
                                    

Guide To Read :

*** - 5/more minutes later
••• - 1/more hours later
... - next day/more

×××

Marcella berjalan berseorangan diri, menyusuli laluan pejalan kaki sambil tangannya mengendung beg tangan kecilnya itu. Dia tersenyum nipis apabila angin lembut menyentuh wajahnya. Gadis itu ingin pergi ke pasaraya terdekat di rumahnya, membeli bahan mentah yang dipesan oleh kakaknya untuk makan malam ini.

Matanya tidak henti dari memerhatikan setiap sudut kota Seoul itu. Sungguh pemandangan yang indah, tidak salah memilih untuk berjalan kaki pada ketika itu! Walaupun orang di sekelilingnya memandang Marcella aneh, tetapi dia edahkan sahaja kerana sudah terbiasa dengan persekitaran seperti itu. Bahkan di tanah airnya sendiri Malaysia, orang-orang sering memandangnya aneh sehingga dibuli.

Dia sendiri tidak tahu mengapa hal-hal begitu terjadi kepadanya. Padahal Marcella tidak mencari pasal dengan sesiapa, tetap ada sahaja yang berkasar terhadapnya. Dia fikir, apabila berpindah ke Korea dengan kakaknya akan mendapatkan kawan, tetapi sama sahaja. Tiada yang berubah.

Sedang sibuk Sang gadis dalam dunianya sendiri, tiba-tiba beg tangan yang dari tadi melekat di pergelangan tangannya dirampas oleh peragut dengan kasar. Marcella terkejut besar. Dia menjerit meminta tolong namun tiada seorang pun yang berada di situ menolongnya malahan mereka memandang Marcella dengan tatapan seakan ingin marah kerana membuat kekecohan.

Melihat itu, Marcella buntu. Dia terdiam dengan hatinya yang telah resah akibat kejadian ragut tadi. Ingin sahaja dia menangis disitu, merayu untuk ditolong. Perlahan, sosok berbadan tegap yang muncul entah darimana berlari dengan lajunya mengejar si peragut. Marcella yang melihat itu lagi terkejut besar dan ikut berlari mengikuti sosok itu.

Lelaki itu menarik kolar baju peragut itu dari belakang apabila dia sudah mendekat. Dia jatuhkan peragut itu sebelum merampas kembali beg tangan Marcella. Dia membuka topi peragut itu, mengencam wajah si pelaku dengan tajam sebelum berdecik kecil.

"Sekali lagi aku nampak kau buat kerja macam ni, siap.", katanya sebelum melepaskan peragut itu. Marcella yang sudah tercungap-cungap akibat berlari tadi akhirnya sampai di tempat kejadian. Lelaki itu memandang kosong sahaja Marcella. Dia menunggu Marcella mencari nafasnya yang hilang sebelum memulangkan beg tangannya.

Marcella menundukkan badannya tanda terima kasih. Lelaki itu hanya menggaru lehernya yang tidak gatal, malu.

"Boleh tak saya nak belanja awak air sebagai terima kasih saya terhadap awak?", lembut Marcella. Lelaki itu terdiam seketika, fikir. Dia akhirnya mengangguk kepalanya perlahan dengan senyuman dibibir. Marcella turut tersenyum, walaupun Sang gadis tidak nampak senyuman lelaki itu dikeranakan lelaki itu memakai pelitup muka tetapi dia dapat rasakan bahawa senyuman lelaki itu hangat.

•••

Laki-laki ini dari tadi matanya tidak henti memerhatikan gerak-geri Marcella yang sedang memilih buah untuk dijadikan pencuci mulut. Sudah hampir 1 jam mereka di pasaraya, lelaki bermasker itu masih tidak mendapatkan minumannya. Dia sempat berfikir yang dia sedang ditipu! Dia kemudian menghela nafas malas.

Diteliti wajah gadis itu dalam, entah apa yang terjadi, dia seperti merasa selamat berada di dekat Marcella. Gadis berpakaian aneh itu seolah dapat menyelamatkan lelaki itu dari kegelapan. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Lambat-laun tangan lelaki bermasker itu secara tiba-tiba bergerak sendiri untuk meraih tangan Marcella.

melukis sejarah // jaemin ft jenoWhere stories live. Discover now