"Ini Al-Quran.", singkatnya.
Mendengar itu, Jaemin mengangkat satu keningnya ke atas sehingga dahi berkerut. Lagi-lagi tatapannya penuh tidak percaya, "Tak faham la. Kenapa semua orang tiba-tiba baca Al..Quran? Tengah trend ke? Best ke?", bertubi-tubi soalan yang ditanyakan oleh Jaemin.
"Apa yang awak tak faham? Al-Quran ni petunjuk kepada orang-orang soleh untuk terus beristiqomah di jalan-Nya.", kata Marcella dengan senyuman nipis terlukis diwajah cantik itu. Jaemin terdiam. Dia tidak tahu ingin membalas apa ketika mendengar jawapan itu.
Niatnya ingin membuli Marcella sebenarnya tetapi terhenti apabila melihat benda yang dibawa Marcella itu, sudahlah rakannya, Mark turut membaca Al-Quran? Semacam tafsirannya. Lagilah dia ingin tahu apa itu Al-Quran. Jaemin merenung pakaian Marcella. Dia akhirnya faham mengapa gadis itu memakai pakaian yang bertutup sana sini.
Skirt sekolah yang pendek itu dijadikan panjang sehingga paras buku lali. Baju kemeja kain lembut dan labuh menutup pinggul. Kepalanya ditutup oleh kain panjang yang telah terlilit kemas, memang terlihat aneh pakaian Sang gadis ini tetapi ini realiti. Dia memang memakai itu ke sekolah tiap hari. Jaemin mengeluh seraya meraup wajahnya lembut.
"Ajar aku baca Al-Quran apa entah namanya.", tegas Jaemin sehingga membuatkan Marcella kaget sebentar. Mata Marcella membulat, "Awak biar betul-"
"Ye betul.", potong Jaemin laju. Sekali lagi, Marcella kaget mendengar jawapan yang dilontarkan oleh Jaemin itu. Dia diam sebentar seolah sedang berfikir. Laki-laki ini pernah membulinya 2 kali, pertemuannya dengan Jaemin pada hari ini juga sepatutnya seperti sebelumnya tetapi terhenti kerana lelaki itu menanyakan tentang Al-Quran.
Marcella buntu. Dia takut kalau Jaemin hanya menggunakan kesempatan ini untuk membuat benda jahat terhadapnya. Marcella tidak percaya Jaemin. Gadis itu akhirnya memandang kembali mata Jaemin dengan was-was dan serius.
"Saya akan ajar awak di tempat yang ramai orang sahaja. Tak boleh di tempat yang sunyi dan menyeramkan.", Jaemin mengganguk faham malas. Dia akhirnya menghadiahkan sejambak senyuman paling manis buat gadis itu sebelum mengeluarkan jari kelingking untuk membuat janji.
"Aku janji."
Marcella hanya memandang sahaja jari itu, tiada pergerakan dilakukan. Menyedari itu, Jaemin menggaru lehernya yang tidak gatal, canggung. Marcella tertawa kecil.
"Saya tak boleh pegang tangan dengan awak. Bukan mahram.", singkatnya.
"Kenapa pula?"
"Harga diri seorang wanita tinggi. Nabi Muhammad SAW telah berjuang lama untuk mempertahankannya, jadi kami sebagai perempuan perlu menjaganya dan awak.. seorang lelaki pun perlu menjaganya dengan.. mencuba untuk tidak melakukan persentuhan?", tawaan lembut terletus di mulut Marcella apabila dia memberi cadangan buat Jaemin di akhir katanya.
Jaemin turut tertawa. Kepala tidak henti dari menggeleng, dia akhirnya tersenyum girang melihat Marcella, "Baiklah, Cikgu Marcella! Saya janji saya tak akan buat macam tu lagi!", kata Jaemin seakan seorang askar. Marcella tidak henti tertawa melihat gelagat lelaki berketurunan Korea itu.
...
"Kita dekat mana ni, Marcella?", Jaemin berkerut dahi melihat pemandangan di hadapannya. Dia dari tadi tidak henti memperhatikan senibina yang terhasil dibangunan itu. Seolah kali pertama melihatnya.
YOU ARE READING
melukis sejarah // jaemin ft jeno
FanfictionTerima kasih untuk sejarahnya. Kita memang tak akan pernah bersama. nct dream na jaemin ft jeno 2024