Guide To Read :
*** - 5/more minutes later
••• - 1/more hours later
... - next day/more×××
Mark melangkah keluar dari gereja sambil tangannya sibuk membetulkan jam di tangan. Dia turun menuruni tangga dengan perlahan dan akhirnya terus berjalan memasuki keretanya yang telah terletak kemas di tempat letak kereta. Baru sahaja ingin menghidupkan ejen, niatnya terhenti apabila dia ternampak sosok Marcella bertudung putih yang sedang berjalan melepasi gereja itu sambil tangannya memegang sesuatu.. seperti buku?
Mark segera keluar dari kereta dan melangkah mendekati Marcella, "Awak.. Marcella?", tegurnya seraya menghulurkan tangan, ingin berjabat tangan. Gadis itu berkerut dahi, dia memandang kosong tangan Mark sebelum bersuara.
"Saya kenal awak ke?", lembutnya. Mark terdiam mendengar balasan Marcella. Dia tertawa besar.
"Haha awak mesti la tak kenal saya tapi kita satu sekolah tau.", ucap Mark ceria. Marcella dari memandang penuh tanda tanya kepada Mark terus berubah tersenyum mendengar itu, "Betul ke? Awak kelas apa?".
Mendengar balasan ceria yang dilontarkan oleh Marcella membuatkan Sang lelaki itu tersenyum kecil. Dia seperti merasakan Marcella ialah orang baik. Tidak tahu mengapa semua orang membencinya.
"Awak tak nak pergi minum mana-mana ke? Tak elok saya buat seorang gadis berborak sambil berdiri macam ni.", Marcella lagi tersenyum.
"Saya boleh je.. tapi ada tempat yang saya kena pergi dulu. Awak tak kisah ke kalau awak pergi cop tempat di mana-mana kafe berdekatan? Nanti saya datang.", cadang Marcella. Mark terdiam seketika, berfikir seraya bibir dimuncungkan.
"Apa kata saya ikut awak pergi tempat yang awak nak pergi tu? Lepas tu, baru kita pergi minum.", Marcella mengganguk setuju dengan jawapan Mark. Tawaan kecil akhirnya terletus keluar dari mulut lelaki berdarah Kanada itu.
***
Mark memandang sedikit kaget kearah bangunan yang berada di hadapannya itu. Senibina yang menajubkan dengan unsur-unsur agama Islam di dalam mahupun diluarnya. Mark memusing badannya menghadap Marcella yang berada di sebelahnya.
"Awak.. nak pergi masjid?", tanya dia meminta kepastian. Gadis itu mengganguk polos. Mark akhirnya tertawa tidak percaya, matanya penuh tanda tanya.
"Kenapa awak nak pergi sini? S-saya nak ikut, boleh?!", Marcella mengerutkan dahinya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu tadi. Dia melihat Mark tidak percaya dengan mata yang dibesarkan, tangannya yang dari tadi memeluk buku- Al-Quran itu semakin dieratkan.
"Kenapa awak nak ikut? Tak apa ke?", tanya Marcella penuh kepastian. Mark menggaru lehernya yang tidak gatal, "Emm saya dari dulu.. memang nak kenal sangat tentang Islam.. tapi tak kesampaian.", balasnya. Mendengar itu, Marcella hanya mengganguk faham sahaja.
Dia kemudian berjalan maju untuk masuk ke pintu utama masjid. Mark masih diam ditempatnya, dia berfikir jika Marcella tidak mengizinkannya untuk masuk kedalam. Lambat-laun Sang gadis mulai bersuara.
"Saya tiada hak untuk menghalang sesiapa masuk ke rumah Allah kalau niat dia baik.", katanya lembut dengan senyuman terlukis dibibir. Mark akhirnya dari murung terus tersenyum bahagia mendengar pelawa Marcella itu. Dia berjalan maju menuju ke Marcella untuk bersama memasuki pintu utama masjid itu.
YOU ARE READING
melukis sejarah // jaemin ft jeno
FanfictionTerima kasih untuk sejarahnya. Kita memang tak akan pernah bersama. nct dream na jaemin ft jeno 2024