𝐀 𝐗 𝟖 𝟎 𝟏
𝓼𝓱𝓪𝓯𝓲𝓭𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵I do work for money but I fight for justice.
─┉─ • ༻✧༺ • ─┉─𝐊𝐞𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧. 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧.
Dua perkara yang terlalu sukar untuk dicapai pada tika ini. Zaman di mana manusia berebut-rebut untuk meninggikan darjat diri. Berebut-rebut untuk menjadi lebih daripada orang lain. Obses dengan kehidupan yang ditatap sempurna oleh mata dunia, walau hakikatnya cuma diambil secebis daripada kehidupan nyata.
Tatkala ada yang cuba menegakkan keadilan pun, pasti akan ada cabaran dan dugaannya.
Dan ada masa, yang awalnya ingin mencari kebenaran, rupa-rupanya yang paling awal tersungkur pula.
Bagaimana pula dengan dia, si pencoret jalan cerita?
.
Ini bukan cerita cinta biasa, tidak seromantis dan seasyik cerita yang lainnya. Cerita ini kosong, tiada perasa malah tawarnya sungguh terasa. Jadi adakah kamu yakin, ingin terus membaca?
.
𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐲𝐚, 𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮.
.
Kisah ini menceritakan seorang lelaki yang cuma ingin menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang insan biasa. Bekerja demi kelangsungan hidup, di samping mencari keseronokan dan kepuasan hati apabila tugasnya selesai.
Namun tugasnya ini tidak mudah. Bertubi-tubi masalah datang menimpa. Setiap jalan yang diambil terasa seperti jalan mati. Setiap pilihan yang dibuat ibarat menjerut diri. Satu langkah ke hadapan dia bergerak, berlangkah-langkah ke belakang dia ditolak kembali.
𝐈𝐭 𝐟𝐞𝐞𝐥𝐬 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐢𝐧 𝐚 𝐥𝐨𝐨𝐩, 𝐜𝐨𝐧𝐬𝐭𝐚𝐧𝐭𝐥𝐲 𝐦𝐨𝐯𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐭 𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐞𝐬𝐜𝐚𝐩𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐮𝐭.
.
Si dia.
Pertemuan pertama mereka tidak disengajakan. Namun bukan yang seterusnya. Berkali-kali bertentang mata sehingga berkenalan, bukan cinta yang diraih.
Tapi rasa tidak suka.
Kenapa dia sering muncul? Datangnya selalu tanpa tanda, mengganggu tugasnya dan kemudian hilang tanpa khabar berita.
"𝐊𝐚𝐮 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚? 𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐮 𝐜𝐮𝐛𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭?
"𝐈𝐭'𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐟𝐢𝐧𝐝 𝐨𝐮𝐭."
Mudah didengari tetapi sukar untuk dilakukan. Si dia yang misteri itu – tiada siapa mengenalinya. Latar belakangnya tiada yang tahu, apatah lagi dirinya.
.
Tapi akhirnya dia sedar, si dia itu rupa-rupanya mempunyai niat yang baik. Bukan menganggu tapi cuba membantu.
"𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚. 𝐊𝐚𝐮 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐚𝐤𝐮."
"𝐇𝐦? 𝐈 𝐭𝐡𝐨𝐮𝐠𝐡𝐭 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐰𝐞 𝐡𝐚𝐭𝐞 𝐞𝐚𝐜𝐡 𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫?"
.
Benci?
Sesungguhnya gadis itu tidak tahu, rasa benci itu tidak pernah wujud dalam hatinya. Kerana dalam hatinya dia berbisik...
'𝐘𝐨𝐮 𝐦𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐲𝐨𝐮 𝐚𝐫𝐞 𝐦𝐲 𝐚𝐫𝐜𝐡 𝐧𝐞𝐦𝐞𝐬𝐢𝐬. 𝐁𝐮𝐭 𝐲𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐚𝐜𝐭𝐮𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐩𝐢𝐧𝐧𝐚𝐜𝐥𝐞 𝐨𝐟 𝐦𝐲 𝐞𝐱𝐢𝐬𝐭𝐞𝐧𝐜𝐞, 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐢𝐥𝐯𝐞𝐫 𝐥𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐚𝐦𝐢𝐝𝐬𝐭 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐚𝐝𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐲. 𝐈𝐧 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐜𝐡𝐚𝐨𝐭𝐢𝐜 𝐦𝐞𝐬𝐬, 𝐈 𝐟𝐢𝐧𝐝 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐨 𝐛𝐞 𝐛𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐚𝐭 𝐥𝐞𝐚𝐬𝐭 𝐈 𝐦𝐞𝐭 𝐲𝐨𝐮.' — 𝐒𝐡𝐚𝐟𝐢 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥
─┉─ • ༻✧༺ • ─┉─
AX801,
membuka tirainya..
.
.
Nota penulis:
Hai, lama tak jumpa. Setelah sekian lama tak update, saya kembali dengan cerita baru, iaitu AX801. Kepada yang pernah baca WILDAN, awak akan kenal watak utama cerita ini iaitu Daniel, kawan baik Adam. Saya pernah update prolog dan chapter pertama dulu tapi dipadam semula sebab rasa tak bersedia untuk menulis semula masa tu.
Tapi sekarang, in shaa Allah saya dah ready hehe. Selepas ditukar seluruh jalan cerita termasuklah watak female lead sekali. Tapi jangan risau, saya rasa jalan cerita kali ni lebih tersusun dan lebih menarik in shaa Allah. Dan in shaa Allah juga penulisan saya lebih baik daripada cerita WILDAN dulu.
Satu lagi, gaya penulisan saya pun rasanya dah berubah sangat daripada WILDAN, idk for the better or worse, tapi awak semua ada boleh tolong judge makin baik atau makin teruk.
Untuk pengetahuan semua juga, cerita ini dah lama ada dalam draf iaitu sejak tahun 2021. Saya tulis sedikit demi sedikit selama hampir tiga tahun lamanya. Jadi awak-awak semua akan perasan perubahan gaya bahasa, cara penulisan dan panjang pendek ayat saya di sepanjang cerita ini. Saya minta maaf awal-awal kalau benda ini akan mengganggu pembacaan tapi harapnya okey sajalah :)
Itu saja daripada saya. Terima kasih sudi baca, dan tolong komen apa-apa yang rasa perlu ditambah baik, ya? Bye, assalamualaikum.
YOU ARE READING
AX801: A Faltering Deception
RomanceGenre: Action, mystery, family, love Language: Bahasa Melayu/Malay Status: On-going . 𝐈 𝐝𝐨 𝐰𝐨𝐫𝐤 𝐟𝐨𝐫 𝐦𝐨𝐧𝐞𝐲, 𝐛𝐮𝐭 𝐈 𝐟𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐟𝐨𝐫 𝐣𝐮𝐬𝐭𝐢𝐜𝐞. . 𝐒𝐇𝐀𝐅𝐈 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋. Kehadirannya di sebuah perkampungan terpencil adalah unt...