𝐀 𝐗 𝟖 𝟎 𝟏
𝓼𝓱𝓪𝓯𝓲𝓭𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵"SITI?!"
Kuat suara Ellias melengking ke udara sebaik sahaja Daniel habis bercerita. Mereka baru sampai ke rumah beberapa minit yang lepas. Tadi, Daniel tiba-tiba saja mengajak mereka pulang selepas hampir lima minit tidak menghantar apa-apa signal mahupun respon kepadanya atau Ahmad. Baru saja dia mahu mencari, Daniel tiba-tiba saja muncul dan mengatakan bahawa misi mereka malam ini gagal.
"Abort mission. Tunda dulu untuk malam ini."
Dengan perasaan aneh, dia dan Ahmad ikutkan sahaja arahan orang atasan mereka itu. Ditahan segala rasa ingin tahu sepanjang perjalanan pulang dan sebaik saja sampai di rumah, terus Daniel diasak dengan pelbagai soalan. Kenapa misi digagalkan? Kenapa Daniel menghilang tiba-tiba? Dan kenapa Daniel nampak terkejut?
Pap!
Kepala Ellias ditolak Daniel geram. Sudahlah di tengah malam, yang disebut pula nama perempuan. Ellias ini lupa agaknya yang rumah Tok Hamzah cuma sekangkang kera dari rumah tumpangan mereka ini. Jika Tok Hamzah atau ahli keluarganya terdengar jeritan Ellias tadi, habislah mereka dilabel bukan-bukan nanti.
"Perlahanlah sikit. Kalau orang dengar macam mana?" Marah Daniel.
Ahmad pula pura-pura tidak nampak. Pad sentuh laptop disentuh dengan jari menggerakkan cursor untuk membuat kerja.
"Kau serius itu Siti? Siti yang, err..." Tergagap-gagap Ellias cuba merangka ayat.
"Ya, Siti yang itu," jawab Daniel laju.
"Macam mana dia... Eh! Aku tak boleh percayalah. Bukan ke dia istimewa? Macam mana dia boleh ada dekat situ pula malam-malam? Kau ni betul ke jumpa dia?" Ellias masih sukar untuk menerima cerita yang disampaikan oleh Daniel.
"Habis tu? Kau ingat aku jumpa hantu ke?" Marah Daniel.
"Who knows? Lagipun malam ni malam Jumaat," komen Ellias sambil menjongketkan bahu.
Daniel menggulingkan biji mata.
"Jangan mengarut. Buat apa aku tipu? Lagipun dia siap sepak aku, tak mungkinlah hantu boleh sepak aku," katanya lagi.
"Tapi-"
"Mad percaya apa yang Bang Niel cakap," celah Ahmad tiba-tiba.
Daniel dan Ellias berpandangan seketika sebelum mendekati Ahmad.
"Mad ada jumpa apa-apa ke?" Tanya Daniel. Selalunya Ahmad hanya akan percaya sesuatu dengan adanya bukti yang kukuh.
"Ini." Laptop dipusingkan menghadap dua orang jejaka itu. Mata kedua-duanya laju melihat apa yang dipaparkan pada skrin.
"Recording?" Ellias bertanya dengan sebelah kening terjongket hairan. Rakaman suara apa?
"Bukalah," kata Ahmad.
Tanpa membuang masa, butang space ditekan untuk memainkan rakaman itu.
Zzup! Zzup!
"Bunyi apa ini? Macam bunyi plastik saja," komen Ellias.
"Sabar, sekejap lagi keluarlah apa yang Mad nak tunjuk," kata Ahmad tenang.
Ellias kembali senyap.
Tud!
"K-Kau?"
"Apa kau buat di sini?"
"Aku? Aku yang patut tanya kau soalan itu. Apa kau buat di sini? Dan, macam mana kau..."
YOU ARE READING
AX801: A Faltering Deception
RomanceGenre: Action, mystery, family, love Language: Bahasa Melayu/Malay Status: On-going . 𝐈 𝐝𝐨 𝐰𝐨𝐫𝐤 𝐟𝐨𝐫 𝐦𝐨𝐧𝐞𝐲, 𝐛𝐮𝐭 𝐈 𝐟𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐟𝐨𝐫 𝐣𝐮𝐬𝐭𝐢𝐜𝐞. . 𝐒𝐇𝐀𝐅𝐈 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋. Kehadirannya di sebuah perkampungan terpencil adalah unt...