𝐀 𝐗 𝟖 𝟎 𝟏
𝓼𝓱𝓪𝓯𝓲𝓭𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵Madrid, 2022.
SEBAIK saja mendarat di bumi gladiator ini, pasukan ejen SAB terus menuju ke markas milik IINTRA yang terletak di tengah-tengah kesibukan ibu kota Madrid. Sebuah bangunan lapan tingkat yang dibina dengan konsep moden dan futuristik, bangunan milik syarikat perisikan terbesar di Eropah ini tetap gah berdiri walaupun dikelilingi banyak bangunan lain yang lebih tinggi mencakar langit. Di sinilah pasukan SAB akan tinggal dan membuat kerja sepanjang urusan misi ini dilakukan. Hotel atau rumah tumpangan memang tidak boleh digunakan atas sebab boleh merisikokan misi.
"Here, mister."
Suara lelaki yang bertugas sebagai pembantu pasukan mereka sebaik saja mereka sampai ke bangunan ini tadi kedengaran kuat di dalam laluan kaki lima yang kosong. Di laluan panjang tingkat tiga ini, terdapat banyak pintu di sebelah kanan dan kiri dengan nombor yang tertera di atasnya. Salah satu pintu mahogani dengan nombor 13 dibuka menggunakan kata laluan lalu ditolak menampakkan isinya.
"This is one of the working rooms, completed with some computers, screen, projector and some other devices you might need. As for the time being, your team can use this room," kata lelaki itu lagi. Tadi mereka ke tingkat tujuh, iaitu tingkat di mana bilik-bilik untuk mereka ditempatkan. Daniel berkongsi bilik dengan Firash dan Red manakala tiga orang lagi ejen yang datang ke Sepanyol bersama mereka pula berkongsi satu bilik yang lain.
Daniel yang terakhir masuk ke dalam bilik bekerja itu menutup pintu. J, Kane, Matt, Firash dan Red pula masing-masing sekadar mengangguk. Semuanya sibuk melihat interior bilik bekerja ini. Bilik ini sangat luas. Seperti bangunan ini sendiri, bilik ini berkonsepkan moden dan futuristik, cuma terdapat beberapa sudut yang diberi sentuhan kontemporari.
"If you guys need some help, please make use of the caller next to the door. I think I'm going to take my leave now," kata lelaki pembantu itu sebelum keluar meninggalkan mereka berenam.
Tup!
Tutup saja pintu itu, mereka berenam mula berpecah. Ada yang menuju ke meja mesyuarat utama yang terletak di tengah-tengah bilik. Ada juga yang menjenguk-jenguk stesen kopi yang disediakan di salah satu sudut bilik, bersebelahan dengan meja makan untuk enam orang.
Daniel sendiri mengambil tempat di sofa, penat penerbangan berbelas jam mula terasa pada badannya. Kalau mengikutkan logiknya, mereka boleh memulakan misi pada malam nanti. Namun dia tidak biasa dengan cara J mengetuai kumpulan, jadi dia tidak pasti bila mereka akan mula membuat kerja.
"Ehem."
Suara J berdeham tiba-tiba memenuhi kesunyian bilik. Kelima-lima ejen lain sekadar berpaling tanda mendengar.
"Can we start our discussion now?" Tanya J, serius.
Kane dan Red saling berpandangan sebelum menganggukkan kepala. Begitu juga dengan Matt yang baru siap membancuh secawan kopi segera. Mereka bertiga segera berkumpul di meja mesyuarat, tempat di mana J sedang menunggu.
"You two?" J menjongketkan kening ke arah Daniel dan Firash yang masih belum bergerak.
Daniel mengetap bibir sebelum bangun. Kalau diikutkan hatinya, memang dia mahu berehat dahulu kerana badannya terasa penat sungguh. Namun, arahan ketua mesti dipatuhi selagi untuk kebaikan misi dan ahli pasukan. Itu salah satu peraturan yang mesti diikuti semua ejen SAB.
Firash yang terakhir datang berkumpul. Kerusi beroda di tepi Daniel ditarik dengan penuh malas lalu punggungnya dilabuhkan.
Sebaik saja semua sudah duduk di meja itu, J terus membuka fail di tangannya.
YOU ARE READING
AX801: A Faltering Deception
Storie d'amoreGenre: Action, mystery, family, love Language: Bahasa Melayu/Malay Status: On-going . 𝐈 𝐝𝐨 𝐰𝐨𝐫𝐤 𝐟𝐨𝐫 𝐦𝐨𝐧𝐞𝐲, 𝐛𝐮𝐭 𝐈 𝐟𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐟𝐨𝐫 𝐣𝐮𝐬𝐭𝐢𝐜𝐞. . 𝐒𝐇𝐀𝐅𝐈 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐄𝐋. Kehadirannya di sebuah perkampungan terpencil adalah unt...